2

266 25 5
                                    

"No no Appa jangan main2 tentang hal ni ok. Sowon taknak!"

Ini sudah kali yang ke berapa entah sudah Sowon menolak permintaan keluarganya untuk menerima perjodohannya dengan anak Encik Choi.

"Sowon, tak boleh ke sekali saja kamu dengar arahan appa untuk terima hal ni?" Encik Kim memohon.

"Appa, suruhlah apa pun, Sowon akan buat. Tapi kalau hal ni... Ini tentang masa depan Sowon tau. Dahla Sowon masih belajar. Takkan tetiba nak jadi isteri orang?"

"Lagi satu Sowon tak kenal pun anak kawan appa tu, takkan tetiba nak disatukan? Ini tak adil" sambung Sowon tak terima.

"Walaupun kamu masih belajar, umur kamu tu dah cukup matang untuk jadi isteri orang. Lagipula beberapa bulan lagi kan kamu tu dah nak habis belajar?" Puan Kim tersenyum "omma yakin kamu akan okey"

Encik Kim menghela nafas "kamu sendiri dengar kan apa yang Encik Choi tu cerita tadi? Takkan kamu tak kesian dekat dia. Lagipula bukan appa nak ambil kesempatan ye, tapi... Kalau kamu terima perjodohan ini, kamu sendiri yang akan senang dimasa depan"

Sowon memutarkan bebola matanya dengan jengah. Kalau terus berbalas macam ni, memang sampai esok pun tak habis la jawabnya.

.

.

.

Petang sehabis kelas di kolej, Sowon singgah dulu di bookshop bersama Hanna, kawan karibnya. Mereka bercadang untuk cari beberapa buah buku yang mereka perlukan dimasa akan datang.

"Yaa, semalam aku nampak kau naik kereta dengan family kau. Pakai kemas2 pula tu. Pergi mana?"

Sowon mengangkat sebelah keningnya hairan, "kau nampak aku?"

Hanna mengangguk "eoh, kau kan lalu depan rumah aku. Time tu aku baru balik dari minimarket, biasa ler beli snek untuk tengok blockbuster hehe" sengihnya.

"Hm" Sowon menghela nafas "pergi dinner rumah kawan appa aku. Tapi, rasa menyesal pula pergi sana"

"Hah? Waeyo?"

"Kawan appa aku tu nak jodohkan aku dengan anak dia"

Hanna menutup mulutnya tak percaya "woah...jinjja?? Lepas tu kau terima ke tak?"

Sowon menggeleng. Lalu Hanna mencubit lengan Sowon, membuatkan Sowon mengaduh kecil.

"Yaa! Kenapa kau cubit aku??"

"Yela, kau tu hah. Dah orang jodohkan, terima jela. Bukan ke kau masih single? Lainla kalau dah berpunya. Orang dah tolong jodohkan tu kan bukannya reti nak bersyukur!"

Sowon menjeling "nak terima tu no hal, tapi aku still waras ok. Takkan aku nak terus terima? Aku kenal dia pun tak, muka dan perangai dia pun aku tak tau macam mana lagi, also aku rasa aku muda lagi kot nak jadi isteri orang"

"Eee takde mudanya umur macam kita ni ok" tundas Hanna. "Kau kan pergi dinner rumah kawan appa kau tu semalam, takkan tak tengok rupa dia?"

"Hello, dia ada dekat LA sekarang. Appa dia tu bercadang nak terus buat ala2 surprise la terus kahwinkan aku dengan anak dia bila anak dia balik korea ni beberapa hari lagi tu" ujar Sowon.

Hanna menatap Sowon hairan. "Maknanya dalam beberapa hari ini jugalah kau akan disatukan dengan anak kawan appa kau tu kalau kau terima??"

Sambil memilih beberapa buah buku di rak, Sowon mengangguk dengan malas.

"Aku rasa even aku tak jawab, aku akan tetap dijodohkan punya Han"

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Macamlah kau tak kenal omma dan appa aku tu. Aku kena patuh juga la dah dorang suruh. Kalau sejuta kali aku tolak, sejuta kali jugalah dorang tarik tau"

Hanna ketawa "means kau akan jadi isteri orang la beberapa hari lagi? Hehe tahniah friend!"

Sowon cuma memandang ke tempat lain dengan meluat.

.

.

.

Beberapa hari kemudian di Incheon National Airport....
08:45PM

Seorang pemuda tampan berkaca mata hitam jalan menghampiri Encik Choi bersama bagasi besar miliknya. Oh dan dibelakangnya juga ada seorang lagi pemuda berkulit putih yang entah siapa.

"Oremannae, Seungcheol" Encik Choi memeluk mesra tubuh kekar anak lelaki tunggalnya itu.

Itu adalah Seungcheol, kini ia sudah tiba di korea setelah beberapa tahun tinggal di LA. anyway dia tak datang sendiri, dia juga membawa seorang kawan karibnya iaitu...Joshua Hong.

"Annyeong Uncle Choi, naneun Joshua imnida" Joshua menghulurkan tangannya memperkenalkan diri.

"Kamu pandai berbahasa korea juga" Encik Choi tersenyum lalu menyambut salam itu dengan mesra.

"Tentu, dia tahu banyak bahasa selain bahasa kita dan english tau" terang Seungcheol sambil menepuk bahu Joshua. Joshua cuma menggosok lehernya dengan segan.

"Marilah kita ke kereta cepat. Kita nak pergi ke sesuatu tempat ni" Encik Choi mulai berjalan diikuti Seungcheol dan Joshua dari belakang.

Seungcheol dan Joshua saling tatap sebentar. "Kita tak terus balik rumah?"

Encik Choi mengangguk pelan. Dari depan, dia perlahan menyunginggkan senyum lebar. "Kita akan pergi ke restoran Ddalgae-nam"

Seungcheol cuma ber-oh ria.
"Mungkin Appa aku nak bawa kita makan dulu kot sebelum balik" ujarnya pada Joshua.

Joshua juga ber-oh sahaja mendengarnya.


Married [Hiatus]Where stories live. Discover now