Prolog

1K 53 13
                                    

Lagenda mengatakan dunia ini dahulunya Earth,dunia yang dipenuhi dengan manusia biasa.Tiada kuasa magik,makhluk magik atau apa-apa yang bertentangan dengan 'normal',walaupun ada manusia yang mempunyai kebolehan yang bertentangan dengan perkataan tersebut;ilmu hitam.
Namun,Earth bergabung dengan dunia lain,iaitu Magic World apabila Perang Dunia Ketiga berlaku.

Ketika peperangan tersebut berlaku,sekumpulan orang muncul dilangit selepas satu cahaya yang terang menyinari seluruh Earth.Ketua mereka,ialah seorang gadis jelita yang berambut putih berkata kepada manusia-manusia yang cuba membunuh kaum mereka sendiri,cuba membawa kemusnahan kepada dunia mereka sendiri;

"Kami dari Magic World.Kedatangan kami ke Earth selepas menyembunyikan diri dari manusia selepas berabad-abad berlalu,adalah untuk hentikan tindakan bodoh manusia yang membawa kemusnahan lagi kepada Earth"

Kemudian,dalam sekelip mata,orang-orang dari Magic World,menamatkan Perang Dunia Ketiga yang berlangsung di seluruh Earth dengan kuasa dan magik yang dimiliki oleh mereka.

50% daripada Earth menjadi Magic World.Orang-orang Earth hidup di bahagian Earth yang masih kekal,dan orang-orang Magic World tinggal di bahagian Earth yang bergabung dengan dunia mereka.

Manusia bimbang dan takut dengan kedatangan orang dari Magic World ke dunia mereka.Mereka takut yang orang dari Magic World akan menyerang mereka untuk jadikan seluruh Earth menjadi milik mereka,walaupun orang dari Magic World langsung tak terfikir untuk lakukannya.

Kerana mereka berada di Earth adalah untuk melindungi Earth dari dimusnahkan oleh penduduknya sendiri,dan kedatangan anasir luar yang berbahaya dari dimensi atau dunia lain.

Untuk elakkan perkara yang tak diingini kedua pihak,semua manusia yang berpangkat tinggi di dunia mereka sebelum kedatangan orang Magic World,berjumpa dengan wakil orang Magic World.

Wakil orang Magic World adalah dua orang perempuan.Salah seorang daripadanya adalah gadis berambut putih yang mengetuai orang dari Magic World ketika Perang Dunia Ketiga,dan seorang lagi,gadis cantik yang berambut hitam panjang.Mereka berdua dikatakan sebagai adik-beradik kerana penampilan mereka yang hampir sama.

Para presiden ingin menjalankan perjanjian damai dengan orang Magic World demi keselamatan pihak mereka.Antara syarat perjanjian yang tertera dalam kertas perjanjian tersebut adalah:

"Kedua pihak tidak akan menganiaya,menyakiti atau membunuh antara satu sama lain walau apa pun sebabnya"

"Kedua pihak tidak dibenarkan melepasi sempadan yang memisahkan dunia kedua pihak tanpa kebenaran"

"Mana-mana pihak yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman mati tanpa sebarang pengecualian"

Tanpa sebarang bantahan,orang dari Magic World bersetuju dengan syarat perjanjian yang tertera dan menandatangani perjanjian tersebut.

Dengan itu,wujudnya Perjanjian Damai Earth-Magic World.

Kerana perjanjian tersebut,manusia memasang perangkap dan tentera dengan senjata api di sempadan yang memisahkan dunia mereka dengan Magic World,manakala orang dari Magic World memasang pelindung magik untuk memisahkan dan melindungi dunia mereka dari manusia.

Kerana,tiada seorang pun dari Magic World yang berniat untuk membunuh orang Earth dan tidak mahu berlakunya pertumpahan darah antara mereka.

Bahagian yang dipenuhi dengan manusia dinamakan Earth,dan bahagian yang dipenuhi dengan pengguna magik dan kuasa dipanggil Magic World,walaupun mereka semua hidup di dunia yang sama.

Kedua pihak hidup di dunia masing-masing dengan aman dan damai,walaupun berlakunya perbalahan dan pembunuhan antara manusia.

"Tiada apa yang kita boleh lakukan tentang kejadian yang berlaku di dunia pihak sana.Apa yang berlaku di sana adalah antara mereka.Kita tak boleh masuk campur,melainkan ia melibatkan orang kita dan mereka meminta pertolongan dari kita"

Itu yang dikatakan oleh wakil Magic World apabila mendengar kejadian yang berlaku di dunia manusia kepada orang-orangnya.
Tidak lama kemudian,manusia meminta pertolongan daripada orang Magic World untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di antara pihak mereka.

"Kami boleh tolong,namun ianya bukanlah perkara yang mudah dilakukan dengan perjanjian yang telah kami tandatangani dengan pihak mereka.Kerana salah satu syarat yang tertera,iaitu kedua pihak tidak boleh menganiaya,menyakiti atau membunuh antara satu sama lain walau apa pun sebabnya"

"Orang kami dan kamu juga berkemungkinan akan tercedera ketika kami cuba selesaikan masalah antara orang kamu.Perkara yang akan terjadi jika salah satu syarat dilanggar,kamu tahu apa yang akan terjadi."

"Pelaksanaan hukuman mati kepada pelaku,atau mungkin akan berlakunya perang antara kita sekiranya ianya melibatkan orang penting dalam pihak kita"

Atas apa yang dikatakan oleh gadis berambut putih tersebut,perjanjian tersebut dibatalkan.Pelindung magik,perangkap dan tentera bersenjata api di sempadan yang memisahkan dua dunia tersebut,tiada lagi.

Orang dari Magic World sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara manusia.Antaranya menghantar beberapa pengguna magik dan kuasa untuk tinggal di sana supaya memudahkan urusan mereka.

Walaupun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya,namun orang dari Magic World berjaya juga menolong manusia.

Dan disebabkan itu,sesetengah manusia mula mengubah pandangan mereka mengenai orang dari Magic World.Mereka mula berkomunikasi dan membina kehidupan baru.

Ada manusia yang datang ke Magic World dan tinggal di sana,begitu juga dengan orang Magic World.Kedua pihak cuba memahami antara satu sama lain dengan hidup di kalangan mereka.

Kerana itulah ada manusia yang di dalam Magik World,dan pengguna magik dan kuasa di dalam Earth.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa dua dunia yang berbeza tidak patut menjadi satu.Namun,ianya bergantung kepada mereka untuk hidup di dalam kehidupan yang macam mana.

Hidup dengan spesies yang sama?Hidup dengan spesies yang berlainan?

Bergantung kepada pilihan mereka untuk memilih kehidupan yang mana.

---------------------------

Namun,terdapat sesuatu yang pelik dalam lagenda tersebut.Apakah ia?

Ketika menandatangani perjanjian damai,Magic World menghantar dua perempuan menjadi wakil mereka.

Gadis berambut putih menjadi pemerintah salah satu kerajaan Magic World dan menjadi seorang lagenda kerana kekuatannya ketika berlawan,kebijaksaannya ketika memerintah,dan dirinya yang langsung tak seperti berusia walaupun hampir 100 tahun dia memerintah sebelum mangkat.

Namun.mengenai seorang lagi,gadis jelita yang berambut hitam,tidak diketahui sesiapa langsung...

Ianya kekal menjadi misteri,sehinggalah sekarang




THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now