Part 14 (2)

4K 114 0
                                    

Ayra melipat telekung dan sejadah yang Shariff gunakan tadi lalu di sidai ke atas sofa. Ayra melihat Shariff khusyuk melihat iPhone kepunyaannya. Dia kehairanan.

"Kenapa main phone saya ni bang?"lembut Ayra bertanya

"Saja nak check mana tahu ada message ngan mana2 laki."jawab Shariff

"Abang jealous eh?"Ayra memerli

"Suami mana yang tak jealous kalau isteri dia message lelaki lain?"tak tahu lah sama ada Shariff memberi soalan atau jawapan.

Ayra hanya tersenyum lalu dia bangun dari katil. Shariff yang melihat Ayra bangun terus menarik tangan Ayra.

"Sayang nak pergi mana?"

"Nak pergi dapurlah tengok apa yang ada, nak masak sarapan untuk abang."jawab Ayra sambil tersenyum manis

"Tak payah, abang dah suruh Mak Siah siapkan and dia cakap ok."selamba Shariff menjawab

"Kesian Mak Siah. Tak pelah saya nak tolong dia."sekali lagi Ayra bangun dari katil dan tangannya ditarik lagi oleh Shariff

"Janganlah ingkar cakap suami sayang."kata Shariff. Dia menarik muka Ayra supaya mendekatinya.

Shariff dapat rasakan yang Ayra cuba menjauhkan mukanya dari Shariff, tetapi tidak berjaya kerana Shariff 2 kali lebih kuat berbanding Ayra

"Abang, janganlah."Ayra merengek
"Okok Ayra tak pergi dapur, Ayra teman abang dalam bilik."Ayra menyerah kalah

Shariff terus melepaskan tangan Ayra sebaik sahaja mendengar ayat Ayra yang mengaku kalah. #loser

Ayra bangun dan duduk di sebalah suamimya di atas katil. Mukanya masam mencuka dan mulutnya memuncung seperti ingin dipujuk oleh seseorang.

Shariff memandang Ayra yang berada di sebelah diiringi gelakan kecil.

"Alololo mucungnya mulut tu. Nak abang cium ke."usik Shariff sambil bibirnya mengukir senyuman nakal.

"Abang nikan!!!!"

"Hehehe abang gurau jelah. Ni sayang, abang ada surprise untuk sayang."

"Mana?"tanya Ayra dengan muka kosongnya

"Kejap lagi ok?"

"Hmm"jawab Ayra

To be continue

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now