#Teaser1

400 8 0
                                    

"I can't kill her." Pejam mata, Ghibrel muntahkan ayat jelas meniti pada deria telinga Ferd.

Tegak tubuh Ferd tiba-tiba. Mata mencerlung memandang Ghibrel.

"Kau nak cari nahas ke, Ghib? Kau tahu tak pengikut-pengikut Rayhaz tu ramai? Dia suruh kau bunuh perempuan tu. Just do it!" Ferd pula yang naik resah.

Celik mata, Ghibrel jeling wajah Ferd sekilas.

"Kau ingat tugas cabut nyawa orang ni semudah kau 'celup' anak dara orang ke?" amuk Ghibrel naik angin. Sedikit berbicara lucah dengan Ferd sebab dia tahu perangai buruk Ferd yang satu tu.

Ferd mendengus. Sikit pun tak terkesan.

"Aku tak nak kau pertaruhkan nyawa sendiri semata-mata untuk orang yang kau tak kenal, Ghib."

"Dia bekas isteri Rayhaz. Aku pelik, kenapa seorang lelaki yang pernah bergelar suami tergamak nak bunuh bekas isteri sendiri."

"Itu bukan masalah kau. Tugas kau, hapuskan perempuan tu."

"Memang masalah aku! Masalah aku sebab tangan ni.." Jeda. Dada terasa memberat mahu menyedut nafas hangat.

"Sebab tangan ni tak pernah membunuh, Ferd." Sambung Ghibrel dalam nada tertahan-tahan. Ketat sungguh dadanya kala ini.

Ferd tak faham dia.

Ghibrel bukannya tak mencuba. Banyak kali dia cari peluang untuk cederakan Iman. Tetap ada sesuatu yang menghalang tatkala jemari dia cuba untuk menyakiti tubuh gadis itu. Kalau Ferd terkejut dengan tindakannya, Ghibrel apatah lagi.

"Habis tu macam mana sekarang? Kau tak takut mati sebab perempuan yang langsung tak ada kaitan dengan kau?"

"Kalau itu takdir aku, aku nak kata apa lagi?"

"Ghib!"

"Whatever happens, I chose not to kill her." Tegas Ghibrel bersama renungan penuh amaran. Amaran supaya Ferd tidak perlu terus menentukan apa yang patut dia lakukan.

Membuatkan Ferd mula tersandar pada bahu sofa. Ghibrel yang keras kepala, bukannya mudah mahu melentur lelaki itu kembali.

#GhibrelTheMrKiller

PM segera jika berminat. Pre-order sehingga 25/9/2019. Cetakan TERHAD. Tiada di mana-mana kedai buku.

Ghibrel: The Mr. KillerWhere stories live. Discover now