#Teaser3

214 4 0
                                    

"Baju tu, tak sesuai untuk saya. Saya tak biasa pakai." Hampir tak kedengaran. Rasa malu tak surut lagi bila Ghibrel longgokkan helaian baju tidur berkain nipis itu di atas kaunter pembayaran tadi.

"Dah jadi isteri aku, kau kena pandai menggoda. Kita kahwin bukan atas dasar cinta. Jadi kau kena kerja keras sikit untuk buat aku bernafsu dengan kau. Supaya aku tak adalah rasa ralat sangat sebab terpaksa kahwin dengan kau." Lidah tak bertulang Ghibrel selamba menuturkan kata.

Iman tahan nafas yang berubah panas. Capai baju yang menjadi topik perbualan mereka, Iman putar kaki untuk berlalu.

"Kau nak bawa baju tu ke mana?"

"Buang."

"What?"

"Depan Rayhaz pun saya tak pernah pakai. Takkan awak nak paksa saya pakai depan awak pula?" Iman cuba melawan. Tak mahu Ghibrel sesuka hati nak mengarah dia.

Berdiri, rahang Ghibrel terketap.

"Yang kau nak heret nama bekas suami kau dalam hal ni apahal?" Bengkeng riak yang terbias.

"Saya cuma nak awak.."

"Wear it right now, Iman!" Tegas. Mencantas bicara yang tak sempat bernoktah.

Iman telan liur. Tak hiraukan Ghibrel, kaki tetap diatur untuk menjauh. Tersekat saat ugutan Ghibrel jelas mengetuk gegendang telinga.

"Kalau kau berkeras tak nak pakai, aku akan pastikan kau tak pakai seurat benang sekalipun hari ni."

Automatik kepala Iman terpusing ke belakang.

"Kenapa awak layan saya macam ni?"

"Aku nak layan kau macam mana sekalipun, tu hak aku. Kau patut berterima kasih sebab aku tak ikut arahan  Rayhaz untuk bunuh kau. Jadi sebagai balasan, aku nak kau. Aku nak seluruh tubuh kau malam ni." Jari telunjuk mengisyaratkan keseluruhan tubuh Iman itu dari atas hingga ke bawah.

"Ghibrel!" Suara Iman ternaik sedikit. Tak sangka dari permintaan mudah, Ghibrel akan lencongkan topik mereka hingga menjadi sehangat ini.

"You don't have any other options. Get ready. Lagi setengah jam aku akan masuk ke bilik." Ghibrel buat keputusan untuk Iman. Kali ni bukan Iman yang bawa diri, sebaliknya kelibat Ghibrel pula yang dah menghilang.

Pandang belakang pintu yang dah tertutup rapat, nafas Iman berhembus laju.

Permintaan Ghibrel itu cukup berat. Bukan mudah untuk Iman lakukan. Cukuplah dia pernah serahkan tubuh dia pada Rayhaz bertunjangkan nafsu semata-mata. Untuk kali ini, Iman seboleh-bolehnya tak mahu ulanginya lagi.

#GhibrelTheMrKiller

Ghibrel: The Mr. KillerWhere stories live. Discover now