#Teaser5

217 3 0
                                    

"Apa ni?" Kening Iman berkerut sedikit.

"Sejak bila pula kau dah tak kenal duit?" Sinis suara Ghibrel. Seperti selalu, dingin.

Iman telan liur yang terasa kelat. Berdepan dengan Ghibrel, butuh kesabaran yang cukup tinggi. Malas nak cakap banyak, Iman letakkan wang yang Ghibrel hulurkan padanya di atas meja.

"Tu duit nafkah kau bulan ni."

Semedan sepasang kaki Iman terpasak pada lantai kayu rumah papan yang didiami mereka. Menoleh, ada menyinggah rasa tak percaya.

"Saya masih ada duit. Awak ajelah pakai duit tu." Iman menolak.

Sebab dia tahu Ghibrel lebih memerlukan wang sekarang ni. Sejak mereka berdua jadi pelarian daripada konco-konco Rayhaz, tahu sumber pendapatan Ghibrel dah mula merosot.

Penolakan Iman, buat Ghibrel mula mengetap gigi. Bergerak-gerak rahang Ghibrel. Mulalah otak jahat dia berfikir yang lain.

"Tak cukup? Sebab jumlah tu tak banyak macam bekas suami kau yang kaya-raya tu bagi pada kau selama ni?" hambur Ghibrel menuduh membuta tuli.

Nafas Iman tersekat. Rasa ketat dan sendat dada dia bila perihal Rayhaz mula diungkit.

"Kalau kata memang tu cukup, awak nak saya balik pada dia ke?" Geram punya pasal, laju bibir Iman membalas. Hinggakan tak sedar bicara dia tu boleh mengundang bala.

Sekelip mata terasa belakang tubuh Iman terhentak pada dinding kayu. Waktu bila Ghibrel bertindak, Iman memang tak sedar. Alih-alih tubuh tegap itu sudah menghimpit dia dari hadapan.

"Setapak kaki kau masuk ke tempat Rayhaz, aku akan pastikan kau dah tak mampu nak berjalan selepas ni." Tekan Ghibrel, bersama dada yang mulai berombak ganas.

Pucat lesi wajah Iman. Hanpir putus nafas. Nyaris putus nyawa. Mulut ini, sejak bila pandai menderhaka pada tuan sendiri?

#GhibrelTheMrKiller

Ghibrel: The Mr. KillerWhere stories live. Discover now