41

17.5K 836 6
                                    

"No!"

"Yes!"

"No!"

"Yes!"

Aurelia berdecit kegeraman. "No, no, no!"

"Yes, yes, yes!"

Aurelia mengetap bibir. "Tak payahlah bersanding semua tu! Nikah je cukup jelah! Kau ni membazir la kalau bersanding semua!"

Zafriel menggeleng. "Apa salahnya? Membazir tak bazir, tu belakang kira." balas Zafriel. Aurelia ketap bibir.

"Zaf, kalau kita bersanding, maksudnya semua orang akan tahu. Maksudnya, Farin pun akan tahu. Maksudnya, dia tahu kau still lagi hidup, sihat walafiat. Maksudnya .."

"Dia akan bunuh aku? Tu yang kau risau?" potong Zafriel laju. Aurelia diam. Zafriel mengeluh. "Aku tahu kau risau pasal aku. Tapi aku boleh jaga diri, Ara. Kau tak perlu risau pasal aku." sambung Zafriel.

"Aku tak nak apa-apa jadi pada kau." tutur Aurelia perlahan. Zafriel senyum.

"Ye, aku tahu. Aku tahu kau sayang aku. Aku tahu semua tu. Pasal Farin, kau jangan risau. Aku akan pastikan dia takkan dapat sampai pada kita. Aku akan pastikan dia takkan dapat sentuh kau walaupun seinchi pun. Aku akan pastikan adik-adik kau takkan terluka. I will make sure that. So, don't worry."

Aurelia mendongak memandang Zafriel. Setiap kali matanya bertembung dengan mata jejaka itu, setiap kali itu jugalah dia akan berasa selamat. Setiap kali jejaka itu datang dan memberikan words of comfort kepadanya, setiap kali itu jugalah dia berasa tenang tanpa perlu memikirkan masalahnya. Ketenangan itulah yang dicarinya dalam sebuah hubungan. Yang hanya akan wujud bila dia bersama dengan Zafriel.

•••••||•••••

Farin memandang Aurelia yang baru sahaja keluar dari pejabatnya. Senyuman melebar di wajahnya. Kakinya terus mengorak langkah mendekati gadis itu.

"Hi, sweetie."

Aurelia yang sedang ralit membaca kiriman whatsapp daripada Ilaisa memandang Farin. Serta-merta wajahnya berubah tegang. "Kau nak apa Farin?" soalnya keras. Tiada masa dia hendak berlembut.

Farin tersenyum penuh makna. "Aku cuma nak kau je. Tu pun susah ke kau nak faham?"

Aurelia tergelak sinis. "Yes, memang aku tak faham. Aku tak faham kenapa kau boleh bersikap macam ni! Apa aku buat pada kau sampai kau buat aku macam ni?!" jerkah Aurelia. Kesabaran dalam dirinya mulai menipis.

Farin menolak Aurelia sehingga gadis itu tersandar pada tiang di hadapan pintu pejabatnya itu. Tangannya mengepung badan Aurelia. "Kau tanya aku apa salah kau?" soal Farin sinis. Matanya meneliti wajah mulus Aurelia. "Sebab kau tak pernah nampak aku! Orang yang kau nampak cuma Mikael dan Zafriel! Aku ni siapa pada kau?!"

Aurelia mengetap bibir. "Apa benda kau merepek ni?!"

"Merepek?!" Farin tergelak. "Aku merepek?! Huh! Aku tak faham macam mana kau boleh jatuh cinta dengan Mikael yang playboy tu! Padahal aku yang kenal kau dulu, kau tak pandang pun!"

Aurelia menolak badan Farin. "Kau ni kenapa sampai nak ungkit semua tu?! Kalau ye pun kau suka aku, tu semua salah kau sebab kau tak pernah cakap tentang perasaan kau pada aku! Dan sekarang ni, kau salahkan aku sebab jatuh cinta dengan Mikael?!"

"Kalau kau suka aku, kenapa kau paksa aku kahwin dengan Mikael bila aku tak nak?! Sebab kawan?! Huh, kawan jenis apa kau ni?! Sanggup bunuh kawan sendiri?!"

Pang!

Aurelia memegang pipinya yang terasa pijar kerana ditampar oleh Farin. "Aku tak bunuh dia!"

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now