44

20.7K 924 58
                                    

Zafriel menguak pintu bilik yang dikongsinya dengan Aurelia. Senyuman meniti di bibirnya bila melihat wanita itu sedang sibuk menyiapkan kerja di meja yang terdapat di sudut bilik itu.

Zafriel melangkah perlahan ke arah Aurelia. Tangannya selamba mengusik pipi mulus isterinya itu membuatkan fokus Aurelia tergganggu. Dia menoleh kepada Zafriel. "Apa ni Zaf?" rungutnya perlahan bila melihat wajah tak bersalah Zafriel.

"Kau buat apa ni?" soal Zafriel sambil dia menanggalkan jam tangannya dan diletakkan di atas meja. Aurelia mengerling sekilas pada Zafriel yang menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya.

"Tengah buat kerjalah. Kau ni bila balik? Tadi cakap maybe malam karang balik." kata Aurelia. Zafriel senyum sambil dia melingkarkan tangannya pada pinggang Aurelia.

"Kerja habis cepat, balik cepatlah. Lagipun, aku cuma bincang dengan Fikry dan Qyra tentang apa yang perlu dibuat. Lepas tu, aku singgah kejap kat kubur ibu." kata Zafriel. Aurelia menoleh kepada Zafriel.

"Kau pergi lawat kubur ibu? Kenapa tak ajak?" rengek Aurelia. Zafriel mencebik.

"Bukan kau ke yang cakap we should not be seen together?" balas Zafriel. Aurelia tersengih. Zafriel mengeratkan pelukan pada pinggang Aurelia. "Kau dah makan belum? Tadi mummy cakap kau belum keluar dari pagi tadi sampai sekarang. Sekarang dah pukul 6 petang. Satu hari kau belum makan?" soal Zafriel.

Aurelia sengih. "Aku nak siapkan design ni. Lagipun, aku dah biasa tak makan. So, it's not a big deal lah."

Zafriel memicit batang hidung Aurelia membuatkan wanita itu menjerit. "Zaf!!"

"Not a big deal? Kalau kau jatuh sakit macam mana?" desak Zafriel. Aurelia menggaru pipinya. "Kalau ye pun sibuk, kau kena makan juga. Kalau perut ni masuk angin, tak pasal-pasal kau kena bermalam kat ward." kata Zafriel.

"Kejap lagi aku makanlah. Tinggal sikit lagi ni." kata Aurelia. Zafriel mengecilkan matanya. Aurelia sengih. Belum sempat Zafriel bersuara lebih, Aurelia mengucup perlahan bibir jejaka itu. Terjongket kening Zafriel. Aurelia senyum nakal.

"Kau buat apa ni?"

"Kissing my precious husband."

Zafriel ketap bibir bila mendengar jawapan nakal wanita itu. Senyuman nakal seperti mencabarnya. Cis ..

"Kau nak tahu tak apa aku akan balas?" soal Zafriel sambil menjongketkan keningnya. Aurelia telan liur.

"Err.. Aku nak sambung buat kerja ni.."

"Not so fast, dear."

Aurelia terjerit bila badannya didukung oleh Zafriel dan dibaringkan di atas katil. Aurelia laju menarik selimut menutupi badannya. "Kau jangan macam-macam Zaf. Nak dinner dah ni.. Nanti mummy panggil.."

Zafriel tidak hirau. Dia menarik kasar selimut dari terus menutupi badan isterinya itu.

"I don't even care."

•••••||•••••

Bunyi ketukan di pintu membuatkan lena Zafriel terganggu. Dia menggosok matanya sebelum bangun dari katil. Aurelia yang masih lagi tidur selepas menunaikan solat Maghrib tadi.

"Daddy.."

Zarif jongket kening bila melihat muka lesu Zafriel. "Zaf baru bangun tidur ke? Takkan awal sangat tidurnya."

Zafriel garu kepala yang tidak gatal. "Ermm.."

Zarif kerut kening sebelum tersenyum nakal. "Ohh.. Okay.." balasnya selamba. Zafriel hanya tersengih. "Ni, mummy panggil turun makan." kata Zarif.

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now