47

16.7K 748 21
                                    

Rayyan menilik jam tangannya. Dah hampir 30 minit Aurelia menghilang di dalam rumah. Earbuds disumbatkan dalam telinga.

"Ray, what's going on inside? Can you see anything?"

"Server is not connected for the past ten minutes. So I can't see anything. Aku rasa mamat tu dah tahu tentang hidden camera."

"Ten minutes?! Are you kidding me Ray?! Kenapa tak bagitau awal-awal?! What if anything bad.."

Bang!

Bunyi tembakan membuatkan Rayyan terus berhenti bercakap. Bibirnya diketap. "Move, guys!" arahnya. Dia bangun dari meniarap dari bumbung tersebut. Terus, tanpa gentar dia melompat turun. Telefon di poket seluar diambil dan nombor seseorang didail.

"Hmm?"

"Are you guys ready? Orang-orang kau mana? I need them right now."

"Now? Okay."

Rayyan mendengus bila mana gadis itu selamba sahaja menamatkan panggilan. Dia terus berlari untuk masuk ke dalam perkarangan rumah. Langkahnya terhenti bila melihat kawasan depan rumah tersebut terdapat lima orang lelaki berbadan besar.

Rayyan senyum sinis. "Hi buddy."

Sebaik sahaja menuturkan itu, dia terus mengambil batang kayu yang berhampiran dan terus cuba dipukul pada mereka. Namun, lelaki itu berjaya mengelak. Bila mana lelaki itu cuba menyerangnya, Rayyan mengambil kesempatan tersebut untuk menyiku abdomennya dan terus dia berpusing. Tumbukan dilepaskan bertalu-talu pada muka lelaki tu.

"Argh!" Rayyan meringis kesakitan apabila lengannya dihiris dengan pisau. Dia menyepak lelaki tadi sebelum berpaling memandang lagi seorang lelaki. "Shit tak guna kau!" Rayyan laju mencapai pisau yang diselitkan di ankle holster nya. Tanpa gentar, dia menyepak bahagian abdomen lelaki tersebut sambil itu cutter knife nya dilibaskan pada seorang lagi lelaki yang ingin menyerangnya.

"Hey, watch out!"

Rayyan berpaling. Tidak sempat seorang lelaki itu menghempapnya dengan menggunakan kayu, belakang badan lelaki itu terlebih dahulu disepak oleh seorang gadis dari belakang. Jatuh tersembam lelaki itu dibuatnya. Rayyan senyum sinis. Tanpa kata, dia terus menyepak kepala lelaki itu sebelum memandang gadis yang membantunya tadi.

"Go and find your sister. I'll take care outside here." kata gadis yang berwajah dingin tersebut. Rayyan angguk. Rayyan terus melangkah. Dia cuba membuka pintu tersebut namun tiada gunanya.

"Tepi."

Rayyan memandang Zafriel yang tiba-tiba hadir di tepinya. Dia memandang Calvin dan Fikry yang turut serta. "Macam mana.."

"You guys owe me an explaination, young man." kata Zafriel tegas. Rayyan diam. Pada masa yang sama, Calvin dapat membuka pintu tersebut.

Terus, mereka menceroboh masuk. "Ara!"

Rayyan meliarkan pandangannya. Kenapa kosong? Takkan mamat tu lari kot?

"Guys!"

Mereka memandang Rayhan, Ilaisa dan Ilaiqa. Hampir terbeliak mereka bertiga bila melihat Zafriel. "Abang Zaf.."

"Mana Ara?" tanya Zafriel tanpa mempedulikan mereka. Rayhan menggeleng.

"Kitaorang dah cari satu rumah. Takde. Kitaorang tak tahu mana mamat tu atau Kak Ara." kata Rayhan. Zafriel mengetap bibir. Penumbuk dikepalnya.

"Now korang tahu kan apa kesan bila korang bertindak sendiri?!" marah Zafriel. Rayyan ketap bibir.

"Hey dude, can you just calm down." tuturnya. Zafriel memandang.

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now