8

4.4K 229 12
                                    

Ayna tiba bersama Yulie di lobi hotel ternama itu tepat jam 7 malam. Malam ini bakal diadakan majlis makan malam tahunan syarikat yang diterajui oleh keluarga Adam. Ayna hanya membututi langkah Yulie kerana dia belum biasa dengan event syarikat ini. Sebaik memasuki ballroom, mereka terus duduk di meja yang telah ditetapkan. Dari meja itu Ayna jelas dapat melihat Adam yang duduk semeja dengan keluarganya. Yang kelihatan agak berusia itu mungkin orang tua Adam, mertuaku. Andai Ayna.
"Dah tak payah tengok rimau tu. Ni bukan waktu kerja lagi." Kata Yulie. Ayna malu sendiri, tidak sedar pula dari tadi matanya hanya tertancap pada Adam yang sedang berbual dengan orang tuanya.
"Assalamualaikum.."
Yulie dan Ayna menoleh ke arah suara garau yang memberi salam itu. Yulie membalas salam dengan senyuman di bibir.
"Ayna, ini Ashraff, abang Adam. Raff, ni Ayna. PA Adam." Yulie memainkan peranan memperkenalkan mereka. Ayna hanya menguntum senyum.
"Manis orangnya. Suka makan gula ke?" Usik Ashraff. Ayna hanya diam, terus saja Ashraff dilabel sebagai gatal. Kalau tak gatal, tak lah kali pertama jumpa dah berani usik macam tu.
"Alamak, tak dilayan lah.. i pergi dulu lah. See you later Yulie and Ayna manis." Kata Ashraff sebelum terus berlalu ke mejanya.
"Eh.. macam Hawa je tu.." Yulie bersuara sambil bibirnya dimuncung kan ke arah meja di hadapan mereka, yakni meja keluarga Adam. Kelihatan seorang perempuan yang manis berjubah putih, sedang berbual mesra dengan ibu Adam, dan kemudian mengambil tempat betul-2 di sebelah Adam. Belum sempat Ayna bertanya kepada Yulie, kedengaran suara emcee yang mungkin sudah bersedia untuk memula kan majlis.
"Selamat petang para hadirin, sebelum kita memulakan majlis kita pada hari ini, Datin Katrina katanya ingin menyampaikan berita gembira kepada kita semua. Apa agak nya tu, silakan Datin."
Semua mata di ballroom itu tertumpu pada Datin Katrina yang sudah berdiri sambil memegang mikrofon. "Assalamualaikum. Dengan hati yang penuh kesyukuran saya ingin berkongsi berita gembira dan bahagia ini kepada kalian semua." Datin Katrina memula bicara. Dia menyuruh Adam dan gadis berjubah putih itu turut berdiri sebelum menyambung ayatnya. "Suka saya umumkan bahawa Hawa Andrea dan Adam Rayyan telah bertunang dan bakal bernikah tidak lama lagi. Mohon doakan agar urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Terima kasih semua."
Ayna memejamkan matanya. Cuba menyusun nafas yang berterabur mendengar khabar yang disampaikan oleh Datin Katrina tadi. Tepukan gemuruh yang bergema di seluruh ballroom itu seakan tidak tembus di telinganya. Ya Allah.. Ayna mengurut dadanya. Memaksa dirinya untuk bertenang. Tapi dia tidak mampu.
"Ayna. Kenapa ni? You okay tak?" Tanya Yulie apabila melihat Ayna resah tidak keruan. Ayna tidak menjawab. Kerana dia tahu dia pasti akan menangis andai mulut mula berbicara.
"Ayna.."
Ayna mengangguk lemah sebelum bangun dari tempat duduknya. Menembusi lautan manusia. Mencari jalan keluar dari ballroom tersebut. Tiba saja di lobi hotel, dia terduduk di kerusi yang tersedia di hadapan kaunter reception itu. Menarik nafas. Mengurut dada. Menompang bah air mata yang boleh menyerang bila-2 masa sahaja. Apa semua ni Adam?

______

Adam melepaskan keluhan berat sebaik tiba di hadapan meja Ayna. Memang dia tahu Ayna tidak datang hari ini setelah apa yang berlaku semalam. Malam tadi, dia memerhatikan setiap riak dan gerak geri isterinya itu sebaik mamanya menyampaikan berita pertunangannya dengan Hawa kepada semua yang hadir. Dia tahu hati Ayna pasti sangat terluka.
"Good morning encik adam. Sorry I am late." Sapa Ayna tenang apabila melintasi Adam yang berdiri di hadapan mejanya. Kalau ikutkan hati, ingin saja Adam menarik Ayna ke dalam dakapannya.
"As usual, my coffee." Pesan Adam sebelum memasuki pejabatnya. Ayna mengeluh. Dia berlalu ke pantri. Secangkir kopi panas dibawa menuju ke pejabat bos nya itu.
"Your coffee encik. Ada apa-2 lagi?" Tanya Ayna. Berlagak biasa. Adam menapak mendekati Ayna. "Sayang.. i am sorry.." ungkap Adam. Ayna diam. Menunggu penjelasan seterusnya daripada Adam.
"Mama yang aturkan semua. I pun baru tahu i ditunangkan dengan Hawa masa kita balik Malaysia." Sambung Adam.
"Wow. Boleh pula macam tu. Ke memang you dah lama dengan Hawa tu, i ni cuma tempat lepas rindu lepas nafsu kat london dulu?!" Ayna tiba-2 melenting. Dia rasa diperbodohkan. Dia bukannya anak kecil yang senang-2 boleh disogok dengan dusta.
"Nur Alayna!" Laung Adam sambil menumbuk meja. Dia paling pantang rasa cintanya terhadap Ayna diragui dan dipersoalkan apalagi oleh Ayna sendiri.
"Kenapa tumbuk meja? You nak pukul i kan? Pukul lah, pukul!" Cabar Ayna.
"Keluar. Pergi dari sini. You dipecat." Suara Adam mendatar tapi bergetar. Cuba menahan gelora kemarahan di hati. Kerana dia tahu gelora itu tidak akan mampu menyelesaikan masalah mereka sekarang.
"Okay Adam. Okay.." Ayna yang mulanya terkedu tetap melangkah keluar dari pejabat itu. Dengan langkah penuh amarah dan ego yang beraja di hati.

*hello semua! Author is back! Jangan lupa vote and comment!

JANGAN PERNAH BERUBAH Where stories live. Discover now