16

4K 206 5
                                    

"Abang, Ayna takut lah.." luah Ayna sebaik mereka berdua melangkah keluar dari kereta. Hari ini Adam membawanya untuk berjumpa dengan ibu mertuanya.
"Jangan risau. Mama okay. Insha Allah. Lagipun abang ada." Adam cuba menenangkan Ayna. Dia menggenggam erat tangan Ayna, berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Ayna hanya menundukkan kepala. Hanya mengikut langkah kaki Adam.
"Assalamualaikum.. papa.. mama.." Adam memberi salam, dia menyalami tangan kedua orang tuanya. Ayna menyalami Dato Iskandar sebelum menghulurkan tangannya kepada Datin Katrina. Dia sedikit lega apabila Datin Katrina menyambut huluran tangannya.
"Duduk sini.." Suruh Datin Katrina sambil menepuk tempat di sebelahnya. Ayna teragak-agak tapi duduk jua apabila Adam mengangguk.
"Ma, ini isteri Adam. Nur Alayna." Adam memulakan bicara.
"Sekarang baru nak bagitahu ke dam? Dah berapa tahun kahwin dengan anak orang, baru sekarang reti nak hebahkan. Lelaki jenis apa lah kamu ni dam. Nasib isteri Adam ni penyabar. Kalau mama, dah lama lari." Tanpa warm up,  enjin bebelan Datin Katrina terus panas. Memang panas lah telinga Adam yang mendengar.
"Adam minta maaf ma.." ungkap Adam kesal. Datin Katrina mengeluh berat. Dia mengalihkan pandangan pada Ayna yang duduk di sebelahnya. Tangan Ayna dicapai. "Maafkan mama ya Ayna. Mama tak tau Adam dah ada isteri, tu yang mama tunangkan dia dengan Hawa. Mama takut Adam ni gay." Panjang lebar penjelasan Datin Katrina. Sikit lagi Ayna tergelak tapi ditahan saja. Macam manalah Adam boleh disangka gay.
"Ayna pun minta maaf aunty.."
"Eh mengada tau.. aunty pulak.. panggil mama lah.." Sampuk Datin Katrina. Ayna membalas dengan senyuman manis. Sungguh dia tidak sangka penerimaan orang tua Adam sangat baik. Tidak seseram yang dia sangka kan.

______

"Ayna.. Ayna.. Ayna!" Panggilan kali ketiga itu disertai dengan tepukan di bahu Ayna. Ayna yang sejak dari tadi termenung tersentak.
"Jauh sangat termenung tu. Abang balik pun tak sedar." Tegur Adam. Sejak dia masuk ke dalam kamar, Ayna langsung tidak menyedari kehadirannya. Entah apa yang dimenungkan.
"Ayna teringatkan ibu dan ayah.. Ayna teringin sangat nak jumpa mereka." Luah Ayna. Adam mengeluh perlahan. Entah kenapa berat hatinya untuk mengizinkan Ayna menemui keluarganya. Mungkin kerana kejadian tempoh hari. Dia tidak Ayna mahu dihina oleh Nek Jah.
"Abang janji. Abang akan usaha pujuk ibu dengan ayah. Ayna sabar k." Adam memujuk.
"Abang. Izinkan Ayna jumpa ibu dengan ayah." Pinta Ayna, jemari Adam digenggam. Mengharapkan Adam akan faham isi hatinya.
"Sayang.. bukan dalam masa terdekat ni."
"Abang, Ayna nak mohon ampun dengan ibu dengan ayah. Ayna berdosa dengan mereka bang." Balas Ayna. Tidak tenang hari yang dilaluinya mengenang ibu dan ayah yang masih menyimpan amarah terhadapnya.
"Abang tahu. Tapi kalau dah sampai masanya, abang sendiri akan bawa Ayna. Abang pun bersalah dalam hal ni. Buat masa ni, kita biar mereka bertenang dulu. Dan, Abang tak izinkan Ayna pergi sendiri." Adam bersuara tegas. Memberi keputusan tegas. Dia tidak mahu Ayna dihina lagi. Dia tidak mahu Ayna menjadi mangsa Nek Jah. Ayna akur. Dia mengangguk perlahan walau hatinya tidak rela dengan keputusan Adam.

*vote and comment

JANGAN PERNAH BERUBAH Where stories live. Discover now