€.INTRO.€

94 8 8
                                    

"Weh korang jom cerita hantu nak?" Cadang seekor hantu idol yang bernama Woozi.

"Hmm boleh gak. Orang pun tak berapa nak ade kat warung ni untuk kita kacau so apa salahnya" kata si hantu galah Chanyeol. Kakinya di langkah dengan berhati-hati agar tidak memijak si toyol Jimin.

"Duduk ah korang. Aku lanje malam ni" kata Bangchan si hantu badut. Woozi sudah mengambil tempat duduknya namun Chanyeol masih menggaru kepalanya.

"WOI KUTU TERBANG WOI"

Chanyeol tersengeh. Sekarang ini dia memikirkan cara dia mahu duduk di kerusi tanpa mematahkanya.

"Duduk jelah tepi gerai. Bukannya orang nampak pun" suruh Joocheon si vampire.

"So nak bukak citer ape?" Tanya si toyol,Jimin. Semua mula mengusap dagu mencari idea cerita.

"Hah aku ada satu" ujar si hantu raya. Semua hantu sudah memberi perhatian sepenuhnya kepada si hantu idol.

"So cerita dia begini"

WOOZI SI HANTU IDOL

"AHHHH OPPAKUUU SARANGHYEEE"

Woozi tersenyum manis kepada fans-fans yang setia menyokongnya dari dahulu. Gitarnya dimain lalu dia menyanyi dengan gembiranya.

Setelah dua jam berlalu, konsertnya telah habis. Semua fans sudah beransur pulang dan Woozi turun ke belakang pentas.

"Yo Woozi kau hebat harini"

Woozi tersenyum kepada managernya. Kerusi kosong diambil lalu dia duduk. Stylelistnya membuang makeup yang ada dimuka Woozi dengan berhati-hati.

"Nah Woozi hadiah fans. Semakin hari semakin popular kau"

Woozi mengambil hadiah tersebut dan mengamatinya. Ya,dia bahagia kerana mempunyai fans dan berjanji tidak akan pernah melukai hati fansnya.

Sehinggalah satu hari.

"WOOZI OPPA TIPU KITA!"

"DIA LELAKI YANG TAK GUNA MENYESAL AKU MINAT DIA"

Woozi buntu. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku sampai fansnya benci akan Woozi.

Phone diambil dan sosial media discroll Woozi.

BERITA TERGEMPAR
WOOZI DAN SEORANG PENYANYI IDOL ROOKIE DIKABARKAN SEDANG HANGAT BERCINTA

"H-hyung apa semua ni?"

Manager Woozi hanya mengeluh. Woozi menyerabutkan rambutnya dan mengeluh.

"SERABUTLAH! WOOZI NAK BALIK" kata Woozi sebelum keluar dan menghempas pintu. Managernya mengamuk lalu menghempas barang-barang yang ada di atas mejanya.

"SIAL"

________________

Seminggu telah berlalu namun khabar angin tersebut masih lagi menjadi bualan netizen.

Woozi sudah buntu. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat. Dia mula minum dengan kuantiti yang banyak dan sentiasa mabuk.

Managernya juga tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat dengan Woozi.

"Hyung Jihoon keluar dulu"

Managernya hanya mengangguk. Namun,dia tersedar yang Woozi menggunakan nama betulnya. Dia hanya menggunakan nama tersebut apabila dia benar-benar tertekan.

"WOOZI TUNGGU"ujar managernya namun Woozi sudah jauh berjalan dan tidak mendengar panggilan managernya.

BAM

Badan Woozi terpelanting ke seberang jalan akibat dilanggar oleh kereta. Kereta tersebut tidak berhenti tapi meneruskan perjalanannya.

Manager Woozi yang menyaksikan semua itu tersenyum seram. Telefonnya diambil dan didail.

"Hello?ambulance?TOLONG k-kawan saya kena langgar lari di alamat XXX. Tolong datang dengan segera"

Managernya menamatkan panggilan lalu bergegas ke arah Woozi dengan wajah risau yang palsu.

"W-Woozi bangun"

Woozi memandang ke arah managernya dengan senyuman. Tangannya yang berlumuran darah memegang baju managernya.

"Bye,hyung"katanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Managernya hanya tersenyum lalu ketawa. Badan Woozi dilepaskan lalu ditinggalkan disitu.

"Dasar lelaki bodoh"kata managernya sebelum beransur pulang.

________________

"JADI ITULAH CERITA AKU" kata Woozi si hantu raya sambil menghentak meja. Chanyeol si hantu galah sempat melatah akibat terkejut. Walaupun dia sudah menjadi hantu kisah seram tetap menakutkan baginya.

Dasar hantu bertopengkan manusia

"So? Who's next?"

"Reader,are you ready for this roller coaster ride of fun?"

Semua hantu itu tersenyum seram. Keadaan warung itu menjadi sunyi sepi.

////////////////////////////

Hey readers! Yes,im back with another FF but ni genre seram+lawak.

I hope you guys like this and please vote. Pada yang vote cerita ni saya amat berterima kasih dan terharu kerana anda membuatkan saya bersemangat untuk sambung.

Love Ya♡

GhostEDWhere stories live. Discover now