Chanyeol

43 3 1
                                    

Chanyeol Story

Bunyi bayi yang menangis memenuhi rumah yang sederhana besar itu. Si isteri bangun dan menyusukan anaknya manakala si suami pula bangun untuk bersiap-sedia untuk ke pejabat.

"Sayang! Tie saya mana!" Jerit Chanyeol dari dalam bilik tidur mereka

"Saya akan tolong pakaikan! Awak pergi makan sarapan dulu!" Hanee menjerit dari bilik bayi. Chanyeol dengan laju turun ke bawah dan makan sarapannya.

"Nah,tie awak" Hanee memakaikan tie pada leher Chanyeol dengan kemas. Bayi mereka masih tidak henti menangis dari tadi.

"Noah ok ke? Kenapa dia asyik menangis dari semalam lagi"

"Dia sakit perut. Takpe,jangan risau nanti kalau teruk saya bawak dia ke klinik" Chanyeol mengangguk dan mengucup dahi isterinya sekilas. Dia memakai kasut dan melambai isterinya sebelum keluar untuk ke tempat kerjanya.

"Noah,anak mama. Jangan nangis sayang" Hanee mendodoikan anaknya yang bernama Noah itu. Sejak semalam lagi Noah cirit-birit. Mungkin susu formula yang tidak sesuai.

Noah mula tertidur pulas. Hanee perlahan-lahan meletakkan Noah di dalam baby crib dan berlalu ke dapur.

"Nak masak apa ya harini?" Peti aisnya dibuka. Kosong. Dia mengeluh perlahan.

"Alamak, kalau aku pergi beli barang siapa nak jaga Noah?" Hanee memikir sejenak. Kalau mahu suruh Chanyeol,entah bila dia boleh pergi.

"Mintak tolong Go Eun lah" Go Eun merupakan jiran sebelah rumah mereka. Go Eun sudah biasa datang untuk bermain bersama Noah.

Hanee naik ke biliknya bersama Chanyeol untuk bersiap dan pergi ke rumah Go Eun.

Lima minit kemudian...

"Go Eun?" Hanee mengetuk pintu dan menekan loceng. Setelah beberapa saat menunggu,akhirnya Go Eun membuka pintu.

"Oh,auntie. Kenapa ni?"

"Boleh tak kamu tolong jaga anak auntie sekejap? Auntie nak keluar pergi beli barang" Go Eun menutup pintu sekejap dan membukanya semula.

"Boleh, hantarlah kat sini" katanya dengan nada ceria. Hanee tersenyum dan pergi mengambil Noah.

"Terima kasih,ya. Auntie pergi tak lama pun" Hanee mencium anaknya dan berlalu ke pasaraya.

.........









"Chanyeol,mana dokumen yang saya suruh awak siapkan haritu?" Tanya manager Chanyeol, Choi San.

"Ah,sekejap ya" Chanyeol memberikan dokumen itu pada San dengan senyuman. San merampas dokumen itu dengan muka ketat.

"Kau bodek bos kan?"

"Hah? Bodek bos?"

"Bos lansung tak marah kau minggu ni. Selalunya,bila waktu sekarang ni dia dah marah kau" kata San sinis. Chanyeol hanya diam.

"What the commotion here?"

"Bos"mereka berdua bangun dan menunduk hormat. Inilah bos mereka, Park Junmi. Dia baru sahaja bergelar janda selepas kematian suaminya.

"Chanyeol masuk bilik saya sekejap" Chanyeol mengangguk dan berjalan mengikut Junmi. San hanya memandang Chanyeol dengan wajah jijik.

"Kenapa bos?" Chanyeol berdiri di hadapan meja Junmi. Junmi berjalan disekeliling meja.

"Chanyeol...I dengar yang you ada hutang yang banyak dan tak mampu nak sara keluarga you" Junmi memegang bahu Chanyeol. Chanyeol terkejut tetapi hanya membiarkannya.

GhostEDWhere stories live. Discover now