• 1 •

2K 10 1
                                    

•°•°•

Aku patut abaikannya dari mula lagi.

Kiriman video itu adalah punca kepada segala peristiwa pelik yang mula membelenggu fikiran warasku. Akan aku hancurkan telefon ini kemudian. Masih ada sesuatu yang perlu aku uruskan.

Betulkah ini arahnya?

Satu lagi teks pesanan ringkas yang aku terima daripada nombor tersebut. Perasaan yang bercampur-baur membuatkan aku bertindak melempar telefon pintar itu sehingga berkecai di atas jalan tar.

Aku berlari selaju yang boleh ke suatu arah sehinggalah satu susuk tubuh ramping yang sedang berdiri di sana mampu dilihat dengan jelas. Langkahku menjadi perlahan.

Dengan dada yang terasa sesak, aku berdiri cukup jauh sambil menghadapnya. Dia hanya tersenyum dengan motif yang tidak mampu aku tafsirkan.

"Siapa kau sebenarnya?"

Tren bawah tanah laluan 7, tepat pada jam 7.15 di stesen Sajung. Aku ingat lagi.

Aku perlu ke pejabat dengan menaiki tren bawah tanah atau kini dipanggil sebagai 'subway' kira-kira dua minggu lepas.

Setelah sekian lama beratur panjang demi mendapatkan kopi panas pada pagi itu, aku bergegas ke laluan bawah tanah dengan harapan agar aku tidak terlepas tren pada jam ini.

"Sila berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan tren bawah tanah."

Ini pelik. Mengapa aku begitu teruja untuk ke tempat kerja hari ini?

Aku menghela nafas lega setelah menemui koc 2-3. Dengan megahnya aku berdiri di sana, menanti pintu koc itu terbuka dengan sendirinya.

"Pintu di sebelah kanan akan dibuka."

Aku harap dia ada di sini. Dia akan sentiasa duduk di tempat yang sama, juga pada waktu yang sama.

"Pintu akan ditutup."

Aku berdiri di hadapan wanita yang aku sebut-sebutkan itu, tidak lupa untuk berpegang kepada getah pemegang yang tergantung di paras kepalaku. Aku sedar jika wajahku saat itu sedang membahang kepanasan kerana begitu asyik memandang fizikalnya. Aku amatlah terpukau sehingga suasana yang agak bising di dalam koc itu mampu dihiraukan bagaikan angin yang lalu.

(18++) Miss Mystic حيث تعيش القصص. اكتشف الآن