40

1.6K 158 8
                                    

"So, aku berkomplot dengan Minyoung untuk rampas syarikat Taeyong. Pada mulanya, cuma tu je yang kitorang fikir. Tapi rancangan berubah bila Minyoung cakap dia nak rampas Taeyong dari kau" Yuta menyedut sedikit jus oren yang dipesan

"Dan kau pun setuju je?"

Yuta mengangguk

"Waktu tu aku masih sayangkan kau dan aku nak kau jadi milik aku. Tapi sekarang aku sedar, tak guna pun kalau aku masih teruskan rancangan ni. Kau pun bukan nak kat aku" sambungnya lagi

"Sedar pun. Aku tak faham la camne manusia macam korang ni boleh wujud. Tak berhati perut" balas Hyeri

Yuta menelan kelat kata-kata Hyeri

"Aku tahu aku jahat. Dan tu la salah satu sebab kenapa aku nak mintak maaf kat kau. Aku tak layak dengan kau" luah Yuta

Hyeri menghela nafas

"Dah berapa bulan?" Yuta menghalakan pandangan ke arah perut Hyeri yang sudah menampakkan sedikit bonggolan

"5"

Yuta mengangguk

"Taeyong tak tau sampai sekarang?"

Hyeri menggeleng

"Tadi.. aku terserempak dengan dia tapi aku tak dapat tahan emosi aku jadi aku terus lari keluar" ucap Hyeri

"Kau jumpa dia? Kat mana?" soal Yuta

"Hospital"

"Dia teman Minyoung check-up la tu" laju sahaja ayat itu meluncur dari bibir Yuta

"Check-up?"

Yuta mengangguk. "Minyoung mengandung" Hyeri sedikit tersentak

"Tapi bukan anak Taeyong" sambungnya. Hyeri memandangnya semula. "Maksud kau?"

"Minyoung tu bukannya jenis yang cukup seorang.. Dia main dengan ramai lelaki. Kau faham kan?"

Hyeri mengangguk

"You have any plan?" soal Yuta sambik menyedut minumannya

"Untuk?" soal Hyeri semula. Yuta mengguling matanya

"Taeyong dah ingat kau sekarang ni. Takkan kau tak nak pulak kat dia? Takkan tak rindu kot?"

"Ohhhh em.. Entah la.. Aku... Takde plan langsung" balas Hyeri. "Aku tolong kau" ucap Yuta serius

"Betul kau nak tolong aku?" soal Hyeri kembali inginkan kepastian. Yuta mengangguk. "Okay so sekarang ni kita rakan sepasukan!" ucap Hyeri sedikit riang dan mengeluarkan jari kelinking di hadapan Yuta

Yuta tergelak kecil dan menyatukan jari mereka berdua untuk membuat 'pinky promise'

Skip

Hyeri pulang ke rumah ibu bapanya

"Eom-" jeritannya terhenti apabila dia disapa oleh satu suara

"Hyeri"

"Kau buat apa kat sini.." wajah Hyeri berubah riak. "Hyeri jom ikut oppa balik" Taeyong cuba meraih tangan Hyeri tetapi pantas Hyeri menepis

"Tak nak" dia memandang Taeyong tajam

"Please.." rayu Taeyong

"Aku cakap tak nak, tak nak la!" tengking Hyeri membuatkan bahu Taeyong sedikit terhenjut

Hyeri terus berlari anak menaiki tangga dan menuju ke biliknya

bamm!

Pintu bilik dihempas

Taeyong mengeluh

Mark yang baru keluar dari dapur terus menuju ke arah Taeyong

"Kau balik la dulu. Biar dia cool down baru pujuk balik" nasihat Mark. Dia menepuk bahu Taeyong dan beredar ke tingkat atas

Tok tok tok

"Hyeri.."

"PERGI!!" jerit Hyeri dari dalam. Jelas terdengar esakannya walaupun pintu di tutup

"Buka pintu ni" Mark tidak berputus asa. Tiada balasan dari Hyeri

Keadaan senyap

Mark mula rasa tidak senang. "Hyeri?"

Tiada sahutan

Mark cuba memulas tombol pintu tetapi tidak boleh

"HYERI BUKA PINTU NI!!" dia menjerit sambil mengetuk pintu itu sekuat hati

Dia cuba untuk memecahkan pintu itu. Mark berdiri beberapa meter dari pintu itu

Hyeri tiba-tiba membuka pintu semasa Mark sedang berlari ke pintu. Tak sempat untuk berhenti maka Mark pun terjatuh ke lantai

"Hyeri!" laungnya dan kembali berdiri

"Apa benda oppa buat ni? Nak pecahkan pintu bilik ni? Tahu kan kos satu pintu ni berapa" bebel Hyeri

"Dahtu?! Oppa panggil Yeri banyak kali tahu tak?! Kenapa tak jawab?!"

"Eihhh tak payah la jerit-jerit. Terkejut anak Yeri ni" Hyeri mengusap perutnya

Mark menarik nafas dalam. Soalannya dibiarkan begitu saja

"Dah la. Yeri nak turun. Lapar ah nangis-nangis ni" ucap Hyeri dan melangkah keluar dari biliknya menuju ke dapur

Mark mengekori Hyeri

"Kenapa Yeri tak nak-" kata-kata Mark terputus apabila Hyeri memberi tanda supaya berhenti

"Yeri tak nak cakap pasal ni" nada dingin dalam percakapannya

Mark mengeluh. "Okay"

Tbc

ngeh

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now