Kejutan

579 37 0
                                    

Koyu melangkah memasuki dormnya dengan penuh berhati hati. Dia sebenarnya bukan apa, cuma masih bingung dengan Takeru. Adakah hadiah yang doberikannya akan membuatkannya gembira nantinya?

Atau sakitkan hatinya?

Koyu menghembus nafas dan membuka pintu dormnya dengan perlahan. Dia memandang sekeliling dan dahinya berkerut seribu.

"Man--"

"Cari aku sepupu?"

Jangan ditanya keadaan Koyu sekarang. Dia terkejut besar sebesar besarnya kerana sepupunya yang sebenarnya adalah vampire ada di hadapannya dengan senyuman yang manis.

Manis ke? Bagi Koyu itu agak menakutkan.

"Ma-macam mana ka-kau boleh ada dekat sini?!" Soalnya dengan wajah yang masih terkejut.

'Ini ke hadiah aku..?'

Sepupunya tersenyum senang dan menutup pintu bilik. Dengan pantas dia membawa Koyu duduk di hadapannya.

"Aku tahu kau pasti rasa pelik. Tapi jangan risau. Aku berterima kasih pada kawan kau sebab sanggup bawa aku ke sini untuk jumpa kau. Aku sangat gembira. Nak harapkan kau jumpa aku, memang takla." Ujarnya dengan jelingan.

Koyu berdeham. Memang benar apa yang dikatakan oleh sepupu lelakinya itu. Sebenarnya dia takut untuk ke tempat vampire.

Sebab?

Sebab sepupunya pernah mengusiknya untuk lemparnya ke dalam laut yang penuh darah. Gila ke apa. Memang tak la dia nak datang.

Sepupunya itu tersenyum apabila melihat wajah kerut Koyu. Dia tahu apa yang difikirkannya.

"Kau jangan fikir tentang apa yang aku cakap. Aku hanya bergurau. Aku takkan sanggup buat macam tu dekat keluarga aku sendiri. Kau jangan risau." Ujarnya dengan baik.

Tapi tetap sahaja Koyu berasa tidak percaya. Sepupunya pernah mengatakan bahawa dia tidak akan membiarkannya diclaimkan oleh vampire yang lain semasa dia mengunjungi sepupunya waktu kecil dahulu.

Nak tahu apa terjadi?

Koyu kena claim oleh vampire betul2 apabila sepupunya tiba2 sahaja sakit perut. Dia diclaim. CLAIM!

VAMPIRE LELAKI PULA TU! MASALAHNYA SEKARANG. APABILA VAMPIRE CLAIMKAN SESEORANG, ORANG TERSEBUT AKAN MENJADI MILIKNYA.

TETAPI DISINI, DIA ADALAH LELAKI. DAN VAMPIRE YANG CLAIM DIA ADALAH LELAKI.

How?!

Memikirkannya membuatkannya pening. Dan sejak itu dia langsung menangis dan pulang ke tempat asalnya berada tanpa pedulikan vampire lelaki yang terus memanggilnya.

"Oh ya, sampai sekarang Joel masih tanya khabar kau. Dia suruh aku untuk tengok keadaan kau dekat sini." Ujar sepupunya dengan senyuman yang tidak bersalah.

Koyu memandang tajam ke arah sepupunya.

"Ini semua salah kau! Kalau kau ada bersama dengan aku hari tu, aku takkan jadi milik dia! Kau tahu tak yang aku dengan dia sejenis!" Marah Koyu dengan geram.

Sepupunya hanya mendengus. Dia tahu bahawa dia salah. Tetapi tetap sahaja Koyu tidak boleh salahkannya kerana dia betul2 sakit perut yang amat.

"Yang lepas biarkanlah lepas. Tapi aku serius, Joel arah aku supaya kau sentiasa selamat. Dia tidak boleh datang sebab dia masih dalam latihan."

"Latihan?"

"Latihan menjadi Raja Vampire. Kau milik dia, kau tak tahu ke yang dia adalah putera..?" Soal sepupunya dengan bingung.

The Magical Forest: The Uncontrol PowersNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ