Mencuba

520 35 1
                                    

"Sudah bersedia?" Soal Takeru kepada Evelya yang sedang bersemangat.

Evelya terus tersenyum dan mengangguk laju. Dia sudah tidak sabar untuk berlatih kuasa dengan pasukannya dan naikkan nama group.

"Yakin?"

"Yakin."

Takeru tersenyum mesra melihat keyakinan yang ada pada diri Evelya.

"Baiklah. Sayang kena kosongkan fikiran dan fokus. Jangan ada satu benda pun yang muncul di dalam fikiran tu. Dan sayang kena berdiri di atas batu itu. Batu itu adalah batu milik kerajaan. Batu itu mampu mengeluarkan kuasa sayang yang terkunci." Ujar Takeru dan difahami oleh Evelya.

Tanpa membuang masa, Evelya terus berdiri di atas batu itu dengan semangat.

"Pejamkan mata sayang."

---

"Koyu?"

Panggilan dari Joel membuatkan Koyu memandangnya. Dia memandang pelik ke arah Joel yang memberikannya sarapan.

"Makanlah. Saya tahu awak belum makan. Saya masakkan untuk awak." Ujar Joel dengan lembut.

Hati Koyu mula menghangat dengan sikap Joel yang melayan dirinya dengan sangat baik walaupun dia mengacuhkan Joel sejak tadi.

Ya. Dia mengabaikan Joel sampai lupa untuk sarapan pagi. Bukan apa, hati dia masih berkeras mahu menolak Joel tapi malangnya dia takkan berpisah dengan Joel selamanya.

Koyu memandang makanan itu dengan saksama. Joel tersenyum melihat telatah Koyu yang nampak teragak agak.

"Awak jangan risau. Saya tak letak racun dalam sarapan awak. Saya takkan sanggup buat mate saya begitu. Saya cuma tambah vitamin di dalam sarapan ni. Saya nak awak selalu cergas." Jawab Joel dengan senyuman.

Koyu hanya mengangguk faham. Lagipun dia tidak mencurigai Joel, dia tahu yang Joel takkan sanggup buat sebegitu. Dia hanya agak malu.

Koyu memakan sarapan itu dan terus terdiam apabila sarapan itu sudah ditelannya. Kenapa? Tercekik?

Jawapannya adalah tidak.

Dia tidak tercekik cuma tak sangka yang Joel mampu membuat sarapan sesedap ini. Beruntungnya dia menjadi mate kepada Joel. Eh?

"Macam mana?"

Dengan anggukan dan tanda 'best' yang diberikan oleh Koyu langsung menjawab soalan Joel. Manakala Joel tersenyum senang. Dia mulai bersemangat untuk mencuri hati Koyu dengan lebih dalam lagi sampai Koyu tidak sanggup berpisah dengannya wakaupun satu saat.

Danis yang melihat pasangan itu dari kejauhan hanya tersenyum. Danis betul2 berharap bahawa Joel secepatnya pikat Koyu, dia mahu Koyu berada di kerajaannya. Tidaklah dia selalu rindukan Koyu nantinya.

---

Takeru tersenyum melihat Evelya yang masih lagi bertungkus lumus memfokuskan dirinya agar kuasa dalam dirinya keluar.

Tap itulah, sudah satu jam Takeru mengajar Evekya, tapi langsung tidak ada sebarang kuasa yang mahu keluar dari badannya. Takeru sempat pelik tapi cuba berfikir positif.

Mungkin kuasanya masih belum mahu keluar ataupun Evelya yang masih belum sedia.

"Sayang..rehatlah dulu." Ujar Takeru sambil memengang tangannya.

Evelya menepis tangan Takeru agar tidak mengganggunya untuk lebih fokus. Memang tipulah kalau dia tidak letih. Dia sudah berdiri di atas batu sudah satu jam.

"Jangan paksakan diri. Nanti akan bahayakan kesihatan sayang." Tegas Takeru lantas menarik Evelya untuk turun dari batu tersebut.

Evelya terus berbaring atas rumput kerana terlalu lelah. Dia penat. Penat kosongkan fikiran, penat berdiri, penat kaki dan penat sebagainya.

"Kenapa..ha..ha..susah sangat nak keluarkan..ha..kuasa?" Soal Evelya dengan lelahnya.

Takeru memandang kasihan kepada Evelya yang sedang menutup matanya. Dia terus mengangkat Evelya ala bridal style untuk masuk ke dalam istana.

Dia tidak akan memaksa Evelya untuk keluarkan kuasanya. Dia tidak mahu Evelya lelah dan sakit nanti.

"Sayang berehat dulu. Petang nanti kita sambung balik. Saya akan cari dulu pedang tu di akademi. Saya yakin pedang sayang ada di akademi." Ujar Takeru.

Evelya memandang Takeru dengan penuh harapan.

"Boleh saya ikut? Saya nak cari pedang tu juga. Saya akan rasa bersalah kalau pedang tu betul2 hilang." Lirihnya dengan sedih.

Takeru memikirkannya lantas menggeleng.

"Biarkan saya cari sendirian. Saya akan pergi cari dengan pasukan saya yang lain. Sayang jangan risau, kami akan cari pedang tu sampai jumpa ya?"

Evelya mengangguk. Dia mula berbaring di atas katil Takeru. Readers jangan pelik ya, kalau diikutkan, Evelya mahu tinggal di biliknya sendiri tetapi Takeru memaksanya untuk tinggal sebilik.

Dan jangan risau. Takeru tidak akan berbuat bukan2 padanya.

---

Sedang Koyu dan Joel berbicara, atau lebih tepatnya Joel yang lebih banyak bercakap dari Koyu, mereka dikejutkan oleh kedatangan Shinkki secara tiba2 di hadapan mereka.

Danis yang kebetulan ada berdekatan dengan mereka turut terkejut besar. Joel dan Danis mula pelik dengan gerangan yang datang secara tiba2 tersebut.

"Sia--"

"Shinkki!! Kau selalu muncul di hadapan orang! Terkejut aku!" Marah Koyu kepada Shinkki yang hanya memandang datar ke arah Joel dan Danis.

Dia tahu siapa mereka berdua. Lupa ke kuasa dia apa? Jadi, jangan hairan.

"Takeru panggil. Dia nak kita cari sesuatu yang penting. Sekarang." Ujarnya dengan penuh ketekanan.

Koyu mula mendengus dan mengangguk. Shinkki mula hilang dari pandangan mereka. Joel dan Danis masih lagi dengan kepelikannya.

"Ap--"

"Kalau kau tanya siapa dia..jawapannya adalah pasukan aku. Dan Takeru tu adalah ketua. Jadi, maaf ya. Aku kena pergi sebelum Takeru mengamuk."

Tanpa mempedulikan Joel dan Danis, Koyu dengan sepantas kilat berlalu pergi.

"Sepenting itukah?" Soal Joel dengan tidak suka apabila Koyu lebih memilih meninggalkannya.

Danis mengangkat bahunya tanda 'tidak tahu'.

"Aku pergi dulu."

Danis memandang pelik ke arah Joel yang turut menghilang sepantas kilat. Dia menggeleng kepalanya dengan sikap mereka berdua.

"Joel memang kuat cemburu buta. Aku tak sangka Koyu sudah ada ciri2 vampire sampai boleh lari sepantas tu." Gumamnya lantas berbaring malas di katil Koyu.

---

Koyu memandanb sekelilingnya. Dahinya berkerut seribu apabila tiada penampakan Takeru dan Shinkki.

"Biasanya mereka akan ada di sini. Kenapa tiada pula ni?" Gumamnya seorang diri.

Sekali lagi Koyu terkejut besar apabila ada yang memeluknya dari belakang. Dia memandang gerangan yang memeluknya.

"Joel?! Kenapa kau ikut aku?" Soal Koyu dengan pelik dan cuba untuk lepaskan pelukan Joel.

Dia tidak mahu Takeru dan Shinkki mengejeknya walaupun dia tahu mereka takkan berbuat begitu. Dia hanya malu.

Joel semakin mengeratkan pelukannya kerana tidak mahu Koyu terlepas.

"Biarkan saya ikut sekali. Syaa tak suka awak bersama dengan lelaki lain." Tegasnya dengan serius.

Belum sempat Koyu membalasnya, dia dikejutkan dengan suara yang lain.

"Koyu?"

Terus pucat wajah Koyu apabila memandang gerangan tersebut. Manakala Joel hanya memandang gerangan itu dengan pandangan pelik.





















Tbc...

The Magical Forest: The Uncontrol PowersWhere stories live. Discover now