Rahsia Kuasa Evelya

480 31 0
                                    

"Shinkki! Kau tak sepatutnya berkata sampai macam tu sekali. Sepatutnya kau tunggu Takeru sendiri yang beritahu kepada Evelya." Tegas Koyu dengan serius.

Shinkki mendengus dan memandang tepat ke arah Koyu.

"Aku berkata seperti itu biar Evelya tahu kebenarannya sebelum monster2 yang jahat tu akan mengunci kuasa Evelya dengan lebih ketat lagi. Kau ingat aku suka2 marahkan Takeru ke apa?" Balas Shinkki dengan geram.

"Dan ini untuk kebaikan Evelya sendiri supaya dia lebih bersedia!" Sambung Shinkki lagi.

"Maaf menganggu percakapan kalian. Tapi, cara kau salah." Potong Joel dengan tidak kalah seriusnya.

Yang lain terus terdiam apabila Joel membuka suaranya. Pandangan Shinkki mula teralih kepada Joel.

"Salah? Apa yang salahnya? Aku hanya--"

"Cara kau nampak sedikit terburu buru. Kerajaan monster dekat dengan kerajaan aku dan aku lebih tahu hal mereka. Buat masa sekarang mereka langsung tidak tahu apa2, jadi jangan risau. Aku lebih risau, kalau Evelya tahu tentang bahayanya kuasa dia, kau rasa apa yang dia akan buat?" Soal Joel.

Shinkki mula terdiam. Dia menunduk kerana memikirkan kata2 dari Joel. Dia diam kerana ada benarnya juga.

Jika Evelya itu adalah readers, apa yang readers akan lakukan? Pasti panik dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Entah2 tidak mahu diri ini wujud kerana mampu memusnahkan semua orang.

"Tapi...aku hanya ingin dia lebih bersedia. Itu sahaja. Aku bukan nak marahkan sesiapa." Lirih Shinkki dengan perlahan.

"Aku tahu, tetapi kita kena bersabar. Kuasa Evelya masih terpendam jauh. Dan kita juga tidak tahu bila kuasanya akan keluar. Boleh bayangkan tak kalau secara tiba2 sahaja kuasa Evelya keluar dari dunia manusia. Apa yang akan terjadi?" Soal Joel.

Mereka mulai diam untuk mendengar kata2 dari Joel.

"...dunia manusia boleh hancur sampai licin."

Kata2 dari Joel membuatkan mereka terkejut. Sekarang mereka tahu kenapa monster takut akan kuasa Evelya. Mereka tidak mahu kuasa Evelya akan menghancurkan mereka.

Kerajaan Element mungkin akan ada yang terselamat kerana mereka mampu melindungi mereka begitu juga dengan vampire. Tapi tidak dengan monster.

Mereka tiada kuasa seperti vampire, werewolf dan elemental. Mereka monster yang hampir seperti witch. Tetapi agak lemah.

"Aku takut..kalau sampai Evelya tahu tentang kuasa berbahayanya lebih dari yang dia bayangkan, aku takut dia akan bertindak lebih dari yang aku bayangkan."

---

"Boleh tak awak terangkan pada saya apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa Shinkki nampak marah tadi? Tolonglah jangan diam."

Lirihan Evelya membuatkan Takeru menunduk. Takeru betul2 buntu dan tidak tahu macam mana hendak menjelaskan kesemuanya kepada Evelya.

Dia takut Evelya akan pergi jauh darinya.

"Atau...ini ada kena mengena dengan saya sebab itulah sejak kecil saya pergi jauh. Adakah saya berbahaya seperti yang saya fikirkan sebelum ni, Takeru? Cakaplah!" Paksa Evelya dengan sedih.

Takeru masih diam dan menunduk. Dia masih takut dengan hal yang akan terjadi nanti. Takeru terus memandang Evelya dan memeluknya dengan erat.

"Maaf kalau saya sentiasa berahsia dengan sayang. Dan...ya, ia ada kena mengena dengan kuasa sayang." Lirih Takeru dengan perlahan tetapi tetap didengari oleh Evelya.

Evelya menutup matanya. Dia tidak menyangka benda yang ditakutinya berakhir dengan kenyataan. Kuasanya berbahaya dan akan membuatkan dirinya seperti monster.

The Magical Forest: The Uncontrol PowersWhere stories live. Discover now