9.8K 172 1
                                    

            [Media:Picisan by Adzrin.mainkan masa baca cerita ni agar feeling gituwwww]

            "Kebahagiaan tetap milik kita walaupun engkau sudah bertemu pencipta"



Pulp!

Dia terkejut besar apabila aiskrim kitkat miliknya sudah berlanding elok diatas kemeja putih seorang lelaki.

"Excuse,kau ni buta ke?"lelaki ini terus bersuara.

"Emm..saya minta maaf Encik.saya tak sengaja."

Wajah lelaki dihadapannya kini dipandang.boleh tahan handsome.eh?

"Minta maaf tak sengaja.itu je ke yang orang zaman sekarang ni mampu cakap!?"balasnya kasar.lelaki ini memandang Bella bagai nak telan.mau tak geram,baju dia dahla berwarna putih,lepastu dikotori pula dengan aiskrim.memang jelas sangatlah baju dia yang kotor ni!

Bella tahan geram.dia ni gila ke?sudah berjam jam dia menahan kebas punggung di dalam kapal terbang,ditambah pula dengan herdikan kasar dari lelaki ini. Sudahlah dia dari Turki ke Malaysia,bukan dari Kedah ke Kuala Lumpur!

Sudah empat tahun dia meninggalkan bumi Malaysia.Dan sudah setahun dia menahan nafsu melihat aiskrim KitKat yang kadang beriklan sakan setiap kali dia mengalih story di Instagram.

Dan hari ni baru dia merasa sikit,dan selebihnya sudah terlekat kemas di baju lelaki itu.sebut pasal aiskrim di baju lelaki itu,lekas Bella mengeluarkan tisu dari beg.

"Nak saya lap ke Encik nak lap sendiri?"ucap Bella lembut.lagipun,dia malas nak bertekak dekat tengah airport ni.

"Kau laplah.takkan nak bagi tangan aku kotor pula.kau yang bagi tumpah kan?"jawabnya, kasar.tanpa banyak bunyi,terus tangan Bella kemas mengelap kotoran bekas aiskrimnya di baju lelaki itu.

Lelaki ini mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah gadis dihadapannya ini.gadis ini cukup manis jika dilihat kerana bertudung.wajahnya juga bersih tanpa cela dan makeup tapi tetap cantik.

"Done."

"Aku nak pesan,kalau makan tu duduk,tak payah nak buat jejak kasih keliling airport.sekarang,kan dah langgar orang,tak tahu nak buat apa,mintak maaf aje tahu!"

Amboi!sudahlah aiskrim dia jatuh,dapat ceramah free pula!cakap terima kasih pun tak,menyampah betul!

"Sorry,encik yang langgar saya dulu lepas tu seronok aje cakap saya yang langgar encik!encik jangan nak sindir saya pula.encik pun salah,cakap telefon sambil berjalan.kenapa?ingat cakap telefon sambil berjalan tu hipster ke?dengan spek hitam acah handsome macam haqiem rusli,padahal muka macam Mr Bean je!"balas Bella.

Mata lelaki ini membuntang.muka hensem macam ni dia cakap macam Mr Bean?ni dah melebih!

"Kau tu dah langgar aku tak reti nak sedar diri ke?cakap aku muka macam Mr Bean konon,muka kau tu macam aiskrim kitkat!"balas lelaki itu.

"Sudahlah!buang masa aje bertekak dengan orang yang tak betul macam encik!dahlah sewel,cakap muka orang macam aiskrim kitkat pula!cabut spek tu baru tahu!"

"Kau nak marah-marah asal?gaduh dengan suami ke?ke kau datang..."lelaki tersengih.Bella faham dengan senyuman itu.

"Sudah!"cantas Bella.tanpa memandang lelaki dihadapannya kini,laju dia membuka langkah untuk dia beredar dari situ.tak kuasa dia nak lama-lama!

"Kejap,tunggulah aku.kau nak pergi mana?"

"Saya nak pergi.apa masalah encik ni ya?"dia tidak menghiraukan panggilan lelaki tersebut.dia melajukan langkahnya.

"Aku kata kejap kan!"hujung baju Bella ditarik dan menyebabkan langkahnya terhenti.

"Apa lagi?"

"Thanks sebab kau dah lap baju aku tadi."

"Tahu pula cakap thanks.ingatkan tak belajar"desisnya,perlahan.

"Kau cakap apa tadi?

"Manade cakap apa-apa."

Lelaki itu menjelingnya."kau ingat aku tak dengar ke?'

"Dah dengar tanya pula."

"Ikut suka aku la nak tanya ke tak."

Nabila buat muka.dijelingnya sekilas lelaki ini.

"Malas layan!saya pergi dulu ya,mungkin family saya dah tunggu.bye!"

"Kejaplah!"

"Apa lagi?"

"Aku...."

"Hadif!"sambut satu suara dari belakang.Bella melihat ada seorang lelaki dan perempuan dalam lingkungan 50-an menjerit nama seseorang.keduanya memandang ke arah mereka.eh tak,rasanya lagi tepat ke marah lelaki di tepinya.

Dia rasa dia dengar mereka panggil nama lelaki ini Zadif?Hadif?Fadif?apa-apa sajalah.malas dia nak fikir.

"Mama!papa!"lelaki ini melambai ke arah pasangan itu.mama dan papa dia rupanya.

Nabila mengorak langkah sekali lagi meninggalkan keluarga yang sedang berpelukan itu.

Pandangan Bella terhala ke luar pintu Kuala Lumpur International airport ini.mata meliar mencari susuk tubuh mama Dan papanya.dia mahu melepas rindu.setelah empat tahun,jujur dia rindu sangat dengan keluarganya.

Akhirnya susuk tubuh yang dicari akhirnya ketemu juga.Tengku Saleha dan Tengku Liwaudin setia berdiri di luar.dia sengaja beritahu mama dan papanya supaya datang lambat sedikit kerana dia sudah mengagak yang flightnya akan tiba lewat sedikit.akhirnya dekat sebelas jam juga dia berada di dalam pesawat Turkish Airline itu.

Segara dia berlari mendaptkan mama Dan papanya.mama papa,Nabila rindu!

"Mama!papa!"terus Tengku Saleha dan Tengku Liwaudin dipeluk.terlepas juga rindunya selama ini.

"Bella ke ni?"soal Tengku Saleha.dia benar benar tidak percaya bahawa di depannya ini adalah Tengku Nabila Qaihani,anaknya kerana penampilannya empat tahun yang lepas dengan sekarang sangat jauh berbeza.

"Mama ni!takkan tak kenal anak mama sendiri."

"Bukan mama tak kenal,tapi.."

"Sebab Bella dah bertudung?"laju Bella memotong.dia sudah mengagak sejak dia berada di Dubai lagi yang mama dan papanya akan terkejut dengan perubahannya.

"Ya Bella.Tapi mama dengan papa suka.you look so beautiful sayang.kan abang?"

"Of course la cantik.tengok anak siapa. Okay, jomlah masuk kereta.kita borak panjang panjang dekat Villa nanti.kesian Pak Hamid tunggu tu."ajak Tengku Liwaudin.mereka masuk ke dalam kereta.

Dalam hati Bella tidak sabar hendak pulang ke Villa mereka.kata mama along dan angahnya sudah berada di rumah.sanggup mereka mengambil cuti harini semata mata mahu bertemu dengannya.rindunya along dengan angah!

Toyota Vellfire milik Tengku Liwaudin mula bergerak keluar dari KLIA.





---------------------------------------------------------

            Jodoh itu rahsia Allah.kita tidak tahu siapa yang akan menjadi jodoh kita.boleh jadi,pertemuan tidak sengaja itu juga jodoh.teruskan berdoa,agar jodoh kita baik-baik saja.

HABELLAWhere stories live. Discover now