19

4.4K 155 38
                                    

"Kebahagiaan Tetap Milik Kita Walau Engkau Sudah Bertemu Pencipta"

Tudung berwarna putih yang tersarung di kepala dirapikan.memang dia tak sangka hari ini dia akan menjadi isteri kepada Hadif.perancangan Allah tiada siapa yang tahu.dia harap pilihannya kali ini,

Kekal hingga ke Jannah.

"Bella buat apa lagi tu?jom turun bawah.Hadif dah sampai."Naziha,memanggil.sempat tangannya diraih lembut.

Dia pun tak tahu apa kena dengan dia.entah kenapa dia rasa macam berat hati semacam nak turun bawah.tapi,mungkin dia nervous kot.

"Ye ngah.okay,Bella turun.jom"

"Takkan Bella nervous kot?macam first time kahwin pulak ya "

Bella menggeleng.

"Kak,Bella sayang akak tau.dunia akhirat akak tetap yang terbaik untuk Bella"

Naziha pelik.

"Ala,jangan macam ni adik.macam nak tinggal angah lama lama pulak.jangan sampai angah tadah air mata angah pakai baldi tau"

Nabila ketawa kecil."manade lah,Bella cakap je,tapi angah kena ingat,Bella sayang angah tau"

"Angah tau Bella.dah sebelum angah nangis,jom turun"

Naziha mula hendak melangkah.terasa tangannya ditarik Nabila membuatkan langkahnya terhenti.

"Forgive me for every single,triple's fault angah"

"Ye Bella.Bella tak pernah ada salah dengan angah"

"I love you"

Pistol segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya.dia sudah mengatur strategi ini sudah lama.dia takkan benarkan apa yang menjadi miliknya menjadi milik orang lain.selamanya.

Kepalanya mula menghendap ke kanan dan kiri.dia mesti pastikan tiada sesiapa pun yang melihat tindak tanduknya.dia akan pastikan rancangan ini berjaya.

Kedengaran suara riuh rendah di dalam rumah di hadapannya ini.dia yakin majlis akan bermula sebentar lagi.Dan sebentar lagi gadis itu akan menjadi miliknya semula.

"Apa yang milik aku,selamanya akan jadi milik aku"lelaki ini bercakap seorang diri.dia mula mengukir senyum sinis.

Di dalam pula,Nabila sudah mengambil tempat.Sempat Hadif dan Bella berbalas pandangan.

"Boleh kita mulakan?"Tengku Liwaudin mula menyoal.bukan apa,rasa agak lama sudah menunggu.

"Ya boleh"

"Hadif Iemran Bin Fikri,aku nikah akan dikau dengan puteriku Tengku Nabila Qaihani Binti Tengku Liwaudin dengan mas kahwinnyaRM 3000 Ringgit Tunai"

"Aku terima nikahnya Tengku Nabila Qaihani Binti Tengku Liwaudin dengan mas kahwinnya Rm 3000 ringgit tunai"

"Sah?"

Semua mengangguk.

"Alhamdulillah"

Saat mahu mengangkat tangan mengaminkan doa,Nabila terpandang seorang lelaki bertopeng sedang menghala pistol ke arah Hadif.

Cepat cepat,dia berlari ke arah Hadif.

HABELLAWhere stories live. Discover now