Bab 10

116 8 0
                                    

Qazin sedang menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Cuba menyibukkan diri agar peristiwa semalam tidak terlayar di mindanya. Tapi dia tetap gagal.

Mukanya asyik merah apabila dia ingat semula apa yang berlaku malam semalam. Barulah dia tahu erti nikmat kahwin yang sebenar bagi seorang lelaki. Ianya... memang sangat menyeronokkan. Tapi dia masih malu dengan Ashila.

Nasib dia yang bangun dulu sebelum Ashila. Kalau tak, mesti dia kekok dan janggal. Lepas je bangun tadi, terus dia mandi dan solat. Kemudian dia cepat-cepat turun ke bawah.

Qazin leka menyiapkan makanan sampai tak perasan kehadiran seseorang. Ashila hanya memandang sahaja pergerakan Qazin. Dia tak berniat nak tegur lelaki tu sekarang.

Qazin yang sudah siapkan sarapan berpaling dan terkejut dengan kehadiran Ashila di meja makan. Dia langsung tak dengar bunyi tapak kaki atau bunyi kerusi ditarik tadi.

Melihat muka Ashila yang serius, pipinya terus menjadi kemerah-merahan. Dia segan melihat muka Ashila sebab dia akan ingat muka Ashila saat mereka bersama semalam.

"Qazin," panggil Ashila. Qazin pantas menjawab.

"Ya?"

"Kau puas hati semalam?" Qazin rasa nak lari dari situ sekarang juga. Malunya semakin bertambah. Tapi... Qazin tak jawab sama ada dia puas hati atau tak.

Dia diam sambil menunduk. Terasa tubuhnya tak boleh bergerak. Dia hanya berdiri di situ sahaja sambil diperhatikan Ashila.

"Kau puas hati ke tak semalam?" soal Ashila dengan lebih kuat. Dia bengang dengan kebisuan Qazin.

Lelaki itu tersentak dengan soalan Ashila. Dia tak tahu nak jawab apa.

"Aku bukannya rasa tak puas hati semalam..." Ashila mencelah.

"Tapi?"

"Bu... Bukan tu je yang aku nak sebagai suami."

"Habis tu kau nak apa lagi?"

"Aku nak... kau layan aku sebagai suami kau, bu... bukannya sebagai suami atas nama. Dan aku nak kau hormat aku juga."

"Kau nak aku hormat kau?" soal Ashila meminta kepastian. Qazin mengangguk perlahan.

"Sebagai suami?" Sambung Ashila lagi.

"Ya."

"Baiklah, aku ikut apa je yang kau nak. Tapi aku ada satu je syarat. Kalau kau tak mampu ikut syarat aku ni, jangan berharaplah lepas ni aku nak hormat kau. Faham?" ucap Ashila tegas. Qazin pun mengangguk faham.

"Syaratnya mudah. Jangan masuk campur urusan kerja aku. Urusan peribadi, aku tak kisah. Tapi jangan sesekali tanya kerja apa yang aku buat."

"Ya, baiklah. Aku akan ikut syarat kau." Qazin akur dengan syarat Ashila walaupun dia teringin nak tahu kerja apa yang Ashila lakukan.

"Bagus. Sekarang, apa syarat kau?"

"Syarat aku?"

"Ya, untuk aku. Manalah aku tahu kau nak apa dari aku."

"Oh." Qazin baru tersedar.

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now