BAB 4

111 5 0
                                    


Setelah selesai menghabiskan baris terakhir, aku dan Aina pun keluar pergi makan di kafe yang berdekatan. Sebenarnya aku malas nak drive sebab takut nanti jammed lah apa lah, jadi putuskan untuk makan di kafe yang berdekatan dengan pejabat kami.

Dik, order dik. Panggil Aina kepada pelayan gerai tersebut.

Minum kak? Tanya pelayan tersebut.

Aku macam biasalah teh o ais dan Aina pula memesan teh ais.

Makan? Tanya pelayan lagi sekali.

Bagi saya nasi ayam penyet ye, jawab Aina

Aliyah? Yuhuuuu. Panggil Aina

Aku yang sedang mengtatal skrin telefonku tiba tiba terdengar suara Aina yang memanggil namaku.

Hah? Apa dia? Jawabku

Kau nak makan apa? Tanya Aina

Oh, bagi saya bihun goreng jelah ye. Jawabku

Baiklah kak, tunggu sebentar ya. Kata pelayan tersebut.

Aikk takkan bihun goreng je kot? Tanya Aina kepadaku.

Kenyanglah lagi pun aku dah makan nasi lemak yang secret admirer aku bagi tadi. Jawabku.

Hm Untunglah ada secret admirer, kata Aina lagi.

Hahaha, kau cemburu ek? Untung apanya kalau Nama dan muka dia pun aku tak tahu. Kata ku kepada Aina

Tiba tiba aku teringat akan ayat Aina yang mengatakan orang penghantar bunga tersebut handsome dan gentleman. Lalu aku pun menanyakan kepada Aina.

Eh Aina, kau kata mamat yang hantar Bunga tu handsomekan? Tanyaku.

Haa ahhh, asal? Jawab Aina

Ceh kau cerita sikit muka dia penampilan dia cara percakapan dia. Kataku lagi

Aha, aku boleh cerita tapi macam biasa kau kena belanja aku, balas Aina

Ish kau ni kan selalu macam tu tau okay okaylah hari ni aku belanja kau. Jawabku

Lalu si Aina pun mula menceritakan tentang lelaki yang aku curious nak tahu pasal dia.

Okay, lelaki ni dia seorang cina, and penampilan dia smart and handsome boleh dikatakan lelaki idaman wanitalah dan percakapan dia Bahasa melayu dia sempurna sangat macam orang melayulah dah sampai situ je yang aku tahu pasal dia. Kata Aina

Cina? Kau ni serious ke main main? Takkanlah orang cina suka dekat aku weh! Tanya ku

Ah! Lantak kaulah nak percaya atau tidak yang penting aku cakap betul. Kata Aina

Nama dia? Kau tak tanya nama dia ke? Tanya aku lagi.

Haaa, yang tu tak sempat pula aku nak tanya dia sebab dia pun nampak macam macam tergesa gesa je. Sorrylah ye. Jawab Aina

Ala, takpelah kalau gitu. Eh cepat makan nanti lambat pula kita masuk pejabat. Kataku

Alright boss, haha. Jawab Aina

Selesai makan di kafe, aku dan Aina pun berjalan menuju ke pejabat, tiba tiba datang seorang lelaki yang tak dikenali menegurku.

Cik, cik, cik. Panggil lelaki tersebut.

Lalu aku dan Aina pun menoleh kebelakang sebaik sahaja lelaki tersebut memanggil kami berdua.

Ini kepunyaan cik ke? Tanya lelaki tersebut dengan telefon Iphone 5s ditangannya.

Aku pun mula mencari cari didalam bag tanganku entah entah telefon itu kepunyaan aku Aina juga begitu.

Aina bersuara.

Eh Aliyah, telefon aku ada. Kata Aina sambil menunjukkan telefonnya.

Aku yang masih meraba raba mencari telefonku, tiba tiba Aina bertanya.

Ada tak telefon kau?

Tak adalah. Jawabku.

Tiba tiba Aina meminta telefon yang dipegang oleh lelaki tersebut kemudian dia membelek belek telefon tersebut dan ianya milikku. Lalu Aina pun memberikan telefon tersebut kepadaku.

Aku pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebut hanya mampu membalas ucapan terima kasihku dengan senyuman yang manis. Lalu aku dan Aina pun beredar dari situ.

Tiba tiba Aina teringat akan sesuatu.

Eh, kejap kejap aku rasa macam pernah nampaklah muka mamat tadi tu tapi dimana ya? Kata Aina

Ish kau nilah tah siapa siapa tah mamat tu kau kata pernah nampak muka dia dahlah jom naik karang boss nampak kita berlegar legar kat sini mengamuk pula dia. Bilangku kepada Aina

Eh, yelah baru aku teringat mamat tulah yang hantar bunga tu kat kau Aliyah. Kata Aina dengan Mata bulatnya.

Seriuslah Aina? Tanya ku

Iye, dialah orangnya. Balas Aina

Tiba tiba teng teng bunyi notification ditelefonku yang tertulis.

Lain kali jangan letak telefon merata rata nanti macam mana saya nak whatsapp awak lagi kalau telefon awak hilang J

Aku tersentak membaca whatsapp tersebut, rupa rupanya yang selama ini whatsapp aku ialah mamat cina yang memulangkan telefon sebentar tadi. Tiba tiba Aina bersuara.

Weh, kau termenung apa tu? Tanya Aina

Ahh, Tak ada apalah. Balas ku sambil senyum.

Lalu aku pun beredar pergi ke tempat dudukku dan sambung semula menulis untuk buku terbaruku.

Teng teng lagi sekali bunyi notification masuk di telefonku, aku mencapai telefonku yang berada diatas meja aku melihat nombor yang sama whatsappku semalam dan tertulis.

Hai, awak sorrylah selama ni saya jadi stalker awak. Sebenarnya saya betul betul ingin berkenalan dengan awak dan itupun kalau awak sudilah kalau tidak mahu takpe. Saya setia menunggu jawapan dari awak.

Aku terdiam sebentar setelah membaca mesej tersebut. Kemudian aku berfikir hendak membalas whatsapp tersebut atau pun tidak. Tiba tiba telefon pejabat ku berbunyi dan aku pun mengangkat telefon tersebut.

Hanya KauWhere stories live. Discover now