BAB 19

65 5 0
                                    

Keesokkan harinya, aku bangun dan bersiap siap untuk ke pejabat hari ini aku awal sedikit sebab pukul 8.00 pagi ada meeting. Setelah selesai siap semua aku pun menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak ke pejabat.

Sesampai sahaja di pejabat dan dengan secara kebetulan aku sampai sama dengan Darren. Aku pun cepat cepat jalan supaya tidak berselisih dengannya. Tapi apakan daya dia nampak aku lalu memanggil namaku.

Aliyah! Aliyah! Tunggu sekejap. Panggil Darren

Apa!? Apa yang awak mahu ni? Saya dah lewatlah pukul 8.00 nanti saya ada meeting awak tahu tidak. Kataku

Awak ingat awak seorang je ke yang ada meeting? Saya pun termasuk sekali dalam meeting tu. Awak sekejaplah saya tak habis cakap lagi ni. Katanya sambil menarik tanganku.

Apa lagi yang awak mahu Darren, tidak cukup ke awak dah lukakan hati saya suatu ketika dahulu? Sudahlah Darren, antara saya dan awak dah habis okay? Kataku

Lalu aku pun berlalu pergi meninggalkan Darren keseorangan. Sampai sahaja aku di pejabat aku terus mengambil fail yang diperlukan untuk meeting tersebut dan berjalan ke bilik meeting.

Sampai sahaja di bilik meeting aku menunggu kedatangan pekerja yang lain sambil sambil itu aku melihat Instagram Daniel. Tengah aku membelek belek Instagram tiba tiba suara menyapaku.

Aikkk, awalnya awak sampai? Kata Adam rakan pejabatku.

Haih, kau ini buat terkejut aku je kalau nak masuk tu beri salam dulu boleh tak? Ini tidak terus menyapa kalau orang yang kau sapa itu ada sakit jantung tidak ke pengsan orang itu dibuatnya. Kataku

Haa, sebab aku tahu yang kau tidak ada sakit jantunglah aku sapa kau macam ini. Haha apa kau buat tu stalk Instagram kekasih hati nampak? Tanya Adam.

Ish, mana ada kau ini menyibuklah pergilah duduk belah sana. Kataku.

Alah rileklah itu pun nak marah. Ahaha. Kata Adam sambil ketawa.

Tidak sampai 15 minit semua ahli yang berkenaan tiba di bilik meeting dan masing -masing duduk ditempat yang telah disiapkan. Tidak sampai 10 minit Bos dan Darren pun sampai. Dan kami pun memulakan pembentangan.

Sepanjang mesyuarat berjalan mata Darren tidak lepas memandang aku membuatkan aku tidak selesa berada didalam bilik mesyuarat tersebut.

Selesai sahaja meeting aku terus keluar tetapi tiba tiba tanganku ditarik oleh Darren.

Apa lagi? Lepaskan tangan sayalah. Jeritku.

Tunggulah. Ada benda yang saya nak bincang dengan awak. Kata Darren.

Maaflah saya banyak kerja yang perlu saya selesaikan, tolong lepaskan tangan saya sebelum saya menjerit dan beritahu semua orang yang awak cuba untuk buat sesuatu pada saya. Kataku

Okay okay, saya akan lepaskan awak tapi tolonglah saya perlu bincang dengan awak. Tengah hari ini jumpa saya di tangga. Saya tunggu awak tau. Kata Darren dan dia melepaskan tanganku.

Aku pun berlalu pergi. Aku duduk di atas kerusiku dan memikirkan. Apa lagi yang dia mahu dari aku. Cinta aku terhadap dia dah lama pupus dan sekarang ni aku ada pengganti dia.

Dalam aku mengelamun tiba tiba notification ditelefonku berbunyi. Aku melihat ianya dari Daniel dan dia mengajakku untuk makan tengah hari bersama sama. Adakah patut aku berjumpa Darren tidak pun pergi makan bersama sama Daniel?

Arghh biarlah, buat apa aku fikirkan, lalu aku pun selesaikan kerja yang belum siap lagi.

Dalam aku tengah membuat kerja tiba tiba Aina datang dari belakang.

Boo! Hahaha. Sergah Aina

Ish kau ini, Apa yang kau mahukan? Tanyaku

Aikk, ha tulah busy memanjang sampai lunch pun boleh lupa. Kata Aina

Ya Allah, aku melihat jam ditanganku dan ianya menunjukkan pukul 12.58 tengah hari.

Weh Sorry sorry sangat sangat. Takpelah kau pergilah makan dulu aku nak siapkan kerja ni lagi sikit hehe. Kataku kepada Aina.

Betul ni, tak nak makan nak aku belikan kau apa apa ke? Tanya Aina

Haa, belikan aku air je macam biasalah teh o ais ikat tepi. Kataku

Okay. Kata Aina

Dan Aina pun berlalu dari situ, aku mengambil telefonku dan menghantar mesej kepada Daniel bahawa hari ini aku tidak dapat makan tengah hari bersama samanya. Aku pun mengemas mejaku, dan terus ke tangga yang dikatakan oleh Darren. Sesampai sahaja aku di tangga aku melihat Darren yang sedang melihat pemandangan menunggu kedatanganku. Aku pun terus menyapanya.

Apa yang awak mahu bincangkan? Tanyaku.

Eh, Aliyah terima kasih sebab sudi jumpa saya disini. Kata Darren.

Cepatlah, saya tidak cukup masa ini, kerja saya berlambak lagi yang tidak siap lagi. Kataku.

Okay baiklah macam ini. Kata Darren.

Tiba tiba tanganku dipegang olehnya.

Eh apa ni pegang pegang tangan ni. Kataku sambil menepis tangannya.

Tetapi Darren tetap berkeras.

Aliyah, saya tidak boleh lupakan awak, tiap tiap malam saya asyik teringatkan awak sahaja dan tujuan saya berjumpa dengan awak ini ialah saya ingin kita kembali semula seperti dahulu. Bolehkan? Katanya.

Eh eh, lepaslah tangan saya ni, senangnya awak cakap setelah apa yang awak buat dekat saya awak ingat saya senang senang nak maafkan awak dan terima awak balik? Macam itu? Sorry Darren saya rasa tidak boleh nak menerima awak semula please move on okay? Kataku kepada Darren.

Tapi? Dalam hati saya masih ada cinta dan sayang terhadap awak lagi Aliyah, Please maafkan saya? Kata Darren sambil memegang tanganku dengan erat seakan akan dia tidak mahu melepaskan tanganku ini.

Tolonglah Darren lepaskan tangan saya, dalam hati saya ini kenangan awak dan saya dah lama pupus awak tahu tak? Dan untuk pengetahuan awak saya dah ada pengganti awak. Kataku.

Aishhhh! Tak guna!. Jerit Darren

Dan tiba tiba dia menolakku ke dinding dan cuba untuk buat benda yang tidak elok terhadapku.

Arghhhhh!!! Tolong!!!! Tolong!!!!. Jeritku.

Jeritlah sekuat mana pun, Takkan siapa yang boleh dengar jeritan itu. Jerit lagi kuat lagi. HAHAHAHAHAHAHA. Kata Darren.

Darren tolonglah lepaskan saya. Please move on. Kataku sambil air mataku menitis.

Alolololo, menangis ke? Sayang jangan menangis saya tak akan buat apa apa dekat awak saya hanya nak awak sahaja itu je. Ha, susah sangat ke nak tunaikan permintaan saya ni? Ha?. Tengking Darren.

Aku pun tendang dibahagian sensitifnya dan lari untuk mendapatkan bantuan. Sewaktu aku lari nasib baik bertembung dengan Aina. Dan aku cerita semuanya kepada Aina.

Sewaktu aku bercerita kepada Aina, air mataku tidak henti - henti menitis dengan teresak - esak.

Dan Aina pun menelefon Daniel untuk bawa ku pulang.

Hanya KauWhere stories live. Discover now