BAB 12

65 4 0
                                    

Tindakan yang awak tidak berminat dengan syarikat kami. Kata En Hakim lagi.

Oh, ahhhh. Balasku

Hahahaha, awak ni cepat sangat percayakan? Kata En Hakim lagi.

Hah? Kataku

Aku terkejut dengan kata kata Encik Hakim adakah dia menipu sahaja dengan tindakan itu.

Haha, pasal tindakan itu, mana ada tindakan yang akan dikenakan oleh syarikat kami. Kata Encik Hakim.

Oh, ahahaha, ingatkan apa tadi. Kataku sambil tertawa kecil.

Baiklah kalau tiada apa apa lagi saya akan serahkan borang ini kepada awak dan awak hanya perlu tandatangan sahaja okay? Kata Encik Hakim lagi.

Baiklah Encik Hakim. Kataku.

Lalu aku pun mengeluarkan sebatang pen didalam bag aku lalu menandatangan borang tersebut tanpa ragu ragu.

Wow, dengan pantas sekali awak menandatangan ya tanpa membaca peraturan peraturan yang tertulis di borang tersebut. Kata Encik Hakim.

Ahahaha, saya mempercayai dengan syarikat Encik Hakim dan dari dulu lagi saya memang hendak berkerjasama dengan syarikat Encik Hakim. Kataku dengan semangat.

Baguslah kalau begitu. Baiklah Selamat Datang ke Syarikat Penerbit ALAM MAYA. Kata Encik Hakim.

Haha, Terima kasih. Kataku dengan senyuman.

Setelah selesai berjumpa dengan Encik Hakim aku pun berangkat ke rumah. Teng teng belum sempat aku nak menghidupkan enjin kereta tiba tiba notification ditelefonku berbunyi dan ianya daripada Dr Daniel. Dia mengajakku minum tetapi aku tidak tahu macammana nak berhadapan dengannya akibat hal malam semalam. Aku masih tidak berani lagi untuk bertemu dengannya.

Aku pun membiarkan sahaja mesej tersebut lalu bergerak pulang. Sesampai sahaja di hadapan rumahku, aku ternampak kereta BMW berwarna hitam sedang berhenti betul betul dihadapan rumahku dan aku tahu siapa tuannya.

Lalu aku pun bunyikan hon keretaku tanda menyuruh Dr Daniel untuk mengalihkan keretanya kerana aku hendak memasukkan keretaku didalam rumahku.

Tiba tiba, dia keluar dari keretanya dan datang ke keretaku dengan mengetuk tingkap keretaku dan berkata supaya aku keluar. Tetapi aku enggan untuk keluar kerana buat masa sekarang ini aku tidak mahu berjumpa dengannya. Tiba tiba dia pergi ke sebelah dan dia membuka pintu aku dengan pantasnya menguncikan pintu keretaku.

Lalu aku memohon supaya dia alihkan keretanya yang besar gedabak itu tetapi dia enggan berbuat demikian dan dia tetap mahuku keluar minum bersama dia. Lalu aku pun keluar dan cakap kepadanya.

Doktor tolonglah buat masa sekarang ini saya tidak mahu berjumpa dengan awak dan saya perlukan masa untuk berfikir.Tolonglah beri saya sedikit lagi masa untuk saya berfikir. Setelah semua sudah selesai barulah saya akan keluar bersama awak dan buat masa sekarang saya sangat penat dan saya perlu berehat minta tolong sangat alihkan kereta awak sebab saya nak masukkan kereta saya didalam. Kataku dengan suara yang agak lemah sangat.

Lalu aku pun masuk semula kedalam keretaku sambil memberikan Bahasa isyarat tangan kepadanya supaya dia mengalihkan keretanya yang besar gedabak itu.

Dan dia pun mengalihkan keretanya, lalu aku dengan pantas memasukkan keretaku dan terus menutup pagar.

Awak! Panggil Dr Daniel.

Apa? Tolonglah awak baliklah saya tidak larat ni.

Awak, tolonglah saya betul betul perlukan jawapan dari awak. Kalau awak tak berikan saya jawapan awak saya tidak akan balik. Kata Dr Daniel tersebut.

Lantak awaklah, saya nak masuk saya letih sangat sangat ni, bye bye.

Lalu aku pun masuk kedalam rumah meninggalkan dia seorang diri. Tiba tiba kilat berdentum dan dia masih setia menungguku dihadapan rumah. Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya dan dia masih setia menungguku dihadapan rumahku.

Dengan perasaan kesian aku pun bawakan tuala dan payung untuknya. Lalu aku menghulurkan kepadanya dan aku pun masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah aku mengintai dari tingkap dan setelah aku tidak keluar dari rumah Dr Daniel pun pergi.

Aku mengeluh dan aku pun masuk ke dalam bilik terus baring, waktu itu aku tidak tahu hendak buat apa lagi dan aku terfikir adakah kalau aku terima dia aku akan bahagia atau akan jadi seperti cerita lama.

Kemudian setelah lama berfikir aku pun pergi ke bilik air dan mengambil wudhu' untuk menunaikan solat isyak serta solat sunat istikharah. Setelah selesai mengambil wudhu' aku pun mencapai sejadah dan telekung yang tergantung di tempat penyidai tuala dan aku pun menunaikan solat.

Setelah selesai solat aku pun berdoa.

Ya Allah Ya Tuhanku, mengapa dugaan yang kau berikan kepada aku sangat berat untuk aku memilihnya, Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah ketenangan kepadaku agar mudah untuk aku memilih teman hidupku serta janganlah kau beri kepada aku pasangan yang tidak sesuai untukku. Ya Allah Ya tuhanku sekiranya Si dia jodohku kau dekatkan aku dengannya dan sekiranya dia bukan jodohku kau jauhkanlah dirinya. Ameen, Ameen, Ameen.

Setelah selesai aku pun baring dan di atas katil sambil membelek Instagramku, Sedang aku belek belek Instagramku, tiba tiba ada satu pengikut baru. Dan aku pun bukalah siapa yang telah mengikutku diinstagram. Dan rupa rupanya, orang yang mengikutiku itu adalah Dr Daniel.

Lalu aku pun approve dia, tiba tiba dia Direct message ku.

Hai Awak.

Hai?

Buat apa?

Tiada apa, baru nak masuk tidur.

Awalnya? Baru pukul 10.30.

Saya biasa tidur jam jam inilah, lagi pun esok saya kerja. Awak tak kerja ke esok?

Oh, esok saya shift malam.

Patutlah tak tidur lagi. Awak saya rasa saya dah buat keputusan.

Keputusan apa?

Keputusan untuk terima awak atau tidak.

Dan keputusannya?

Esok waktu lunch awak ada masa tak? Kita jumpa di restoran berdekatan dengan office saya?

Sudah tentu untuk awak saya sentiasa ada masa untuk awak. Okay awak jumpa esok! Selamat malam and sweet dream.

Okay, jumpa esok dan selamat malam juga.

Setelah selesai berbalas Direct message bersama Dr Daniel aku pun tertidur.

Hanya KauWhere stories live. Discover now