BAB 1

237 0 0
                                    

Kaki diatur melangkah turun dari tangga menuju ke meja makan bersama keluarga. Suara ketawa mereka menceriakan lagi hari ni. Keluarga lah segalanya. Haih.

Hari ni hari paling gembira dan dinantikan bagi keluarga aku sebab malam ni ada majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat daddy. Serta pelantikan jawatan CEO kepada Shafie iaitu abang sulungku. Abang paling jahat sekali.

Miss you angah! Lambatnya balik! Belajar tak ingat dunia.

"Ha, dah turun anak dara lagi satu ni! Ingat kan nak tidur sampai kiamat. Lain kali jangan tidur lambat. Sibuk sangat dengan tulis novel tu. Tapi tak siap-siap pun." bidas along.

Aku rasa nak cili je mulut dia tu, biar kasi tebal. Banyak sangat cakap, patutlah duda anak satu. Kerusi sebelah Sara, adik bongsuku ditarik. Dia ni sekepala dengan aku, tak macam abang dia. Daaa!

"Biarlah, Shaf tulis novel pun dapat sambutan tau, untuk khas peminat 'Shafina Azharina'. Tak macam along, tulis karangan pun fail inikan pula nak jadi CEO konon. Berangan je lebih!" aku menjerlir lidah ke arah along yang berada di depanku.

Nasi goreng dicedok keatas pinggan sebagai breakfast hari ni. Haruman nasi goreng ni always jadi my favourite. Hasil tangan mama sendiri.

"Sudah sudahlah tu along. Biarkanlah si Shaf ni nak menulis, asalkan dia bahagia tak kacau hidup kamu." balas Pn.Sharifah yang duduk di sebelah Shafie.

Along mencebik, jarang-jarang dia kalah berdebat dengan adik dia ni. Takpe, kali ni 1-0. Tunggulah malam nanti.

"Shaf, kamu dah ambil ke belum baju dinner malam nanti dekat butik? Haritu kata dah siap, kan. Ingat ye, kamu jangan nak mengelak malam ni. Wajib pergi." Tan Sri Hamid yang sedang makan dari tadi menyambung perbualan ibu dan anak.

"Alaaa, malam ni kan hari along, bukan nya Shaf. Wajib sangat ke? Lain lah kalau ada putera datang meminang Shaf." ayat akhir sekali diperlahankan agar keluarganya tidak dengar. Pantang betul kalau dia sebut pasal khawin ni. Selalu sangat nak ambil serius. Tak adil.

"Aik, macam nak je. Mama okey je, kan along?" kata Pn.Sharifah. Dah mula dah mama aku ni.

"Apa yang tak okey nya. Along on je. Tak sabar nak dapat adik ipar ni. Kalau kau nak, along boleh carikan. Kan ma?"

Along didepanku dijeling tajam.
Suka sangat ambil kesempatan kena kan orang. Ni mesti dah berkomplot dengan mama. Argh!

"Tengok diri sendiri tu dulu. Habistu Haziq tu Shaf nak letak mana? Huh? Along tu hampir nak masuk 3 series tapi tak jumpa lagi ummi baru untuk Qaisarah. Kesian anak buah Shaf, tak boleh nak dapat adik baru. Dia penat nak main dengan kau je." amik kau sedas kenakan! Padah, jangan bermain dengan api.

Kaki aku bawah meja along sepak.
"Aduh! Ma, tengok along tu sepak kaki orang. Sakit! Dasar goblok lu!" aduku pada mama.

Shafie hanya buat selamba dan terus makan dengan berselera. Dasar abang tak kenang budi selalu. Harap-harap duda sampai ke tua! Haptui!

"Sudah lah tu, makan kena senyap. Pantang betul kalau berjumpa. Mestiiiii je nak bergaduh, cuba jadi macam Sara dari tadi senyap je." balas mama. Ni lagi seorang budak,Sara adik bongsu. Pendiam sangat. Bila dengan tunang dia baru kepoh. Kalau abang aku goblok, adik aku brengset!

Along dan aku memandang tajam pada Sara, acah je lebih minah ni.

"What? Pahal pandang adik macam tu?" tanya Sara keliru dengan tak tahu apa-apanya. 24/7 phone. Mestilah dia senyap.

Aku dan along berpandang sesama sendiri bersama senyuman bermakna. Idea jahat mula muncul. Tengok lah nanti, bergema satu rumah dengar orang mengilai.

"Kenapa korang tersenyum ni? Along dengan Kak Shaf jangan macam-macam eh. Adik tahu ada barang adik hilang atau rosak, siaplah! " Sara mula berdiri dan beredar dari situ. Dah cuak lah tu. Jangan berani nak lari.

"Along, nanti Shaf nak bawa Qaisara teman Shaf ambil baju tau. Shaf ingat nak bawa dia jalan-jalan sekali. Asyik terperap dalam rumah je budak kecik tu." tanya aku pada along.

Tak pandai didik anak along dia ni, tak habis habis bagi budak 5 tahun tu main barbie doll. Kalau boleh seminggu 4 kotak bawak balik. Penuh satu bilik. Bila terpijak mainan bersepah tu, tahu pula sakit. Baru menyesal sebab beli banyak banyak.

"Hmm, yelah. Jangan bagi dia makan benda manis. Aku terajang kau nanti." garfu ditangannya diajukan pada aku. Fikir takut lah? Sorry along, tapi dah banyak kali dah aku buat. Hahaha.

"Qaisara mana? Senyap je rumah."
tanya aku pada along. Selalunya ada je mulut murai budak kecik tu. Kali ni senyap je.

"Ada dekat depan tu, dapat spongebob senyap dah. Ikut kau lahtu waktu kecik. Sehari tak da cartoon tak sah!" perli along pada aku.

Goblok!

"Normallah budak budak minat kartun. Habistu kau nak si Qai tu tengok apa? Nak dia belajar addmath? Huh?" balas aku pada along. Agak-agak lah jugak bagi budak 24/7 belajar. Ngokngek punya abang.

Along teracah-acah ingin baling sudu pada aku. Aku hanya jelirkan lidah.

"Shaf, malam nanti papa nak kenalkan kamu dengan kawan papa." kata Tan Sri Hamid.

Panggilan papa buatkan aku dan along berhenti dari segala perbuatan kami. Along hanya tersenyum senget. Kenapa selalu aku je kena? Ish! Tak Aci!

______________________________________

Qaisarah yang baru turun dari tangga terus menerpa ke arah Fina yang berada di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qaisarah yang baru turun dari tangga terus menerpa ke arah Fina yang berada di ruang tamu.

Fesyennya sebijik macam Fina. Berkemaja jeans, tshirt dimasukkan kedalam seluar jeans fit hitamnya. Sunglasses disangkut atas kepala.

"Hai anak mummy, dah siap? Cantiknya anak mummy, macam mummy." muka anak buahnya dicium bertalu talu.

"Lemas anak along oi! Habis kesan lipstick ada dekat muka dia. Dah hodoh muka dia. Macam kau" Shafie yang baru turun menuju ke pintu rumah.

"Senyap lah kau! Yang along ni nak pergi mana? Cantik-cantik macam ni mesti nak pergi jumpa girlfriend kan? Kantoi." Qaisara diangkat kedalam dukungan. Boleh tahan berat juga.

"Aku debik kepala nanti, ada je benda nak cakap. Along nak jumpa clien lah. Okeylah, dah lambat ni."

"Eh kejap!" jerit Fina. Qaisara di dalam dukungannya hanya mampu tutup telinga je. Fina terus menuju ke pintu.

"Ya Allah! Perlu ke jerit. Aku tak pekak lagi. Ada apa?" Shafie menjeling tajam adiknya. Mulut tak makan saman betul.

"Kalau yepun, salam lah anak dulu dah tahu tak ada bini."

"Kau pegang anak along 24/7 buat macam anak sendiri. Sampai aku Qaisarah lupakan. Lain kali buat anak sendiri. Jangan rembat anak orang, nasib kau ni bukan orang gila." Shafie menghulurkan tangan pada anaknya dan disambut beserta ciuman.

"Along! Depan budak ni, malu lah sikit." jelingan tajam diberi pada Shafie. Tahulah dah pernah buat anak, tapi tak tak payahlah nak merapu depan budak. Orang doakan mati pucuk baru tahu! Biar mandul.

"Dahlah, nak gerak dulu. Oh ye, malam ni kita adik beradik naik sekereta. Jangan naik asing." pesan Shafie pada Fina.

"Alright"

"Bai, papa!"

"Bai, sayang! Jangan nakal-nakal ye."

Qaisarah hanya mengangguk mengiyakan.
_______________________________________

My AmorWhere stories live. Discover now