TERSENYUM lebar aku melihatnya naik ke podium juara. Tangannya memegang piala lawa. Tanganku ditepuk. Aku menoleh ke figura yang menepuk tanganku.
“Happy lah tu.” Kata Syaza. Sahabatku sejak aku kali pertama jejak kaki ke sekolah menengah ini. Dia lah kawan susah, dialah kawan senang. Sedar tak sedar, dah empat tahun kami berkawan.
“Mestilah happy. At least, berbaloi jugalah pengorbanan dia tu. Sanggup korbankan masa dengan latihan larian.” Kataku. Fakta.
“Untunglah kau, dapat lelaki pujaan ramai macam Qalish tu.” Aku hanya senyum tawar. Untung? Haha, dia tak tengok lagi keadaan kami di rumah. Nasib baik tak roboh je rumah tu sebab kami memang akan bergaduh setiap kali bertemu muka. Qalish? Itu nama mamat tu. Bukan nama aku.
Hari sukan sekolah akhirnya sampai ke penghujung. Memang banyak pertandingan sukan yang dianjurkan. Dan aku yakin, kalau timbang, cukup sekilo pingat Qalish. Aku? Aku jadi tukang sorak dan tukang bawak air. Itu je.
Qalish memang atlet sekolah. Ketua bola sepak, commander kawad kaki, bola jaring, lari pecut banyak lagi. Nasib baik tak masuk WWE je. Itu yang body dia lawa tu. Dengki aku. Tapi nak buat macamana, body aku pun lawa okey!Setelah selesai acara penutup, pelajar dibenarkan bersurai. Aku melangkah ke arah Qalish. Nampak dia sibuk bergambar dengan atlet lain dan gadis gadis gedik mintak penampar aku. Aku memeluk tubuh. Memerhati gadis yang ramai mengambil gambar. Maklumlah, bila lagi nak tengok atlet badan tegap macam dia bersinglet kan?
Syaza menghampiriku.
“Weh, pergilah ambil gambar dengan dia. Sexy dia harini. Nasib baik dia laki kau, kalau tak confirm dah meleleh air liur aku.” Syaza mula menggedik. Aku menggeleng. Ada ada je. Sexy? Euww..
“Malaslah aku nak pergi. Lain kali pun boleh ambil gambar. Bukan dah tak boleh jumpa dah.” Kataku. Kembali memerhati Qalish. Kenapa aku perhatikan dia? Sebab aku balik dengan dia! Hey.. Kesabaran aku dah tipis dah berjemur tengah tengah panas terik ni. Balik nanti mesti sunburn. Jagalah, memang aku bebel sampai tembus telinga dia nanti. Yang gedik tu pun satu, sibuk nak bergambar dengan driver aku. Sedang dia bergambar. Matanya menangkap padaku.
Aku senyum manis tapi penuh sinis. Hendak menyatakan bahawasanya aku di sini hampir jadi ikan kering versi manusia. Dia hanya mengangkat tangannya menunjukkan isyarat ‘sekejap’. Aku mengeluh. Susah juga sebenarnya jadi orang famous ni.
Hampir dua puluh minit aku jadi tugu pahlawan di tengah panas, akhirnya dia datang. Yes.. My romeo comes to me! Finally.
“Sorry weh. Ramai sangat awek tadi. Cantik cantik pulak tu.” Kata Qalish sambil tersenyum. Banyaklah dia punya awek!
Tapi aku tahu, Qalish hanya bergurau, buktinya? Percaya atau tidak, mukanya langsung tidak mempamerkan senyum sewaktu bergambar dengan gadis gadis gedik tadi. Hanya muka tanpa senyum disua.“Jom.” Aku dan Qalish beriringan ke keretanya. Kami hanya diam sepanjang perjalanan. Aku nak marah dia pasal buat aku jadi ikan kering tadi pun tak jadi bila aku tengok wajahnya yang sedikit kepenatan. Bukan salah dia kalau dia ada ramai peminat. Lagipun bukan satu sekolah tahu hubungan kami. Berapa orang sahaja yang tahu kami pasangan suami isteri. Termasuk Syaza.
Setibanya di rumah, Qalish melabuhkan duduk di sofa. Segala mak datuk hamper, pingat dan piala hadiah sukan tadi ditinggalkan di dalam kereta. Aku menanggalkan tudung hitamku. Pelajar perempuan dibenarkan pakai tudung hitam kerana acara sukan. Nasib baiklah kulit aku ni jenis merah kalau kena matahari, kalau tak habislah hitam legam muka aku.Aku turut duduk di sofa. Sama sama diam sebelum manusia di sebelahku bersuara.
“Malasnya nak ke sekolah esok. Tidur jap. Nanti kejut aku.” Kata Qalish sebelum merebahkan badan di atas sofa dan kepalanya di atas paha aku. Masa awal awal kahwin dulu, memanglah ada sikit rasa macam nak terajang bila dia suka suki buat paha aku ni sebagai pelabuhan entrepot dia. Tapi lama lama dah imun dah. Tangan ku pula secara automatik mengusap rambutnya.

ESTÁS LEYENDO
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...