BAB 1

2K 49 0
                                    

Aku berada di surau Poli ku seperti biasa bersama kawanku... Memang setiap hari kami perlu turun ke surau untuk solat maghrib.. Mendengar ceramah dan kemudiannya solat Isyak... Maklumlah kami baru Sem 1 jadi kami tidak berani untuk tidak hadirkan diri ke surau.

Pada pukul 7 malam lagi kami sudah berada di surau. Aku melihat pelajar yang sedang masuk ke surau makin lama makin ramai. Tepat jam 7.10 azan maghrib berkumandang di surau. Semua pelajar merapatkan saf masing-masing. Aku dan kawanku, Zieya pon bersiap sedia untuk solat.
'Allahhuakbar Allahhuakbar Laillah Haillallah' Imam sudah membaca iqamat.

'Allahhuakbar'

Selepas sahaja Imam itu menyebut 'Allahhuakbar' dia terus membaca Surah Al-Fatihah. Aku terkejut terpaku mendengar suara dia mengalunkan surah tersebut. Serious ini kali pertama secara live aku dengar suara sesedap ini. Kemudian dia membaca surah dan tidak dinafikan lagi suaranya telah masuk ke kalbuku.

Habis sahaja solat Maghrib aku terus bertanya kepada kawanku Zieya.

'Zieya kau dengar tak suara Imam ni... Sedap kan dia baca Al-Fatihah? Yang jadi Imam kita ni pensyarah ke? Orang luar ke? Ke student? Serious aku tak pernah dengar secara live orang baca sedap macam ni' tanyaku kepada Zieya.

'Yup sedap sangat suara dia... Yang kau ni dah kenapa? Takkan dah fall in love dengan dia kot? Bertubi-tubi soalan pasal dia kau tanya aku... Kau tak pernah ambik kesah pon sebelum ni siapa Imam kita' jawab Zieya.

Aku terdiam. Okay seriously aku kena mengaku pasal ni. Memang aku tak pernah kesah pon sebelum ni siapa Imam ke bilal ke tok siak ke yang aku tau aku solat ja. Macam mana aku nak tanya dia ni. Aku betul-betul nak tahu ni.

'Ha termenung apa tu?' tanya Zieya sambil mengangkat kening.

'Ya lah dah kau tak jawab soalan aku siapa Al-Fatihah tu? Kau kenal ke?' tanyaku lagi kepada Zieya.

'Al-Fatihah?' Zieya mengerutkan dahinya pula kali ni.

'Dah kau tak nak bagitau nama dia... Aku letak je lah nama dia Al-Fatihah' jawabku dengan muka tak bersalah.

Zieya terus tergelak dekat situ. Semua pelajar perempuan memandang Zieya. Aku pula yang malu. Dah la pada masa tu tengah ada Ustaz yang memberi ceramah. Nasib baik Ustaz dan pelajar lelaki di hadapan tak dengar Zieya gelak. Zieya cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan. Aku hanya menggelengkan kepala. Kenapalah aku dapat kawan macam ni? Hmmm.

'Aku pon tak sure sebenarnya dia siapa. Tapi aku rasa dia student sebab memang selalu yang jadi Imam dekat Poli kita ni student. Maybe dia senior kot. Kalau aku tau nanti aku bagitahu kau eh?' katanya sambil melirik lirik mata kat aku. Nak jadikan bahan nak kenakan aku lah tu lepas ni. Sis redha.

'Hmmm okay'

Ceramah dah habis dan kami mula solat Isyak and yesss Al-Fatihah yang jadi imam lagiiiii.

Adakah Seniorku Jodohku? (COMPLETED☑️) Where stories live. Discover now