BAB 15

657 34 1
                                    

Hari Ketiga

Macam biasa bangun mandi solat breakfast.

'Okay semua berkumpul' Encik Ali memberi arahan.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi.

'Harini kita akan buat jungle trekking kat bukit sana. Semua diminta bawa peralatan solat, minuman dan makanan ya sebab mungkin petang nanti baru kita akan turun' sambung Encik Ali

Okay ni adalah nightmare bagi aku. Aku telan air liur. Aku memang tak minat aktiviti yang melibatkan fizikal sebab selalunya aku akan tak larat nak naik pastu sakit badan. Alasan apa yang aku boleh bagi eh?

'Dan yang pasti tiada alasan. Jangan risau pekerja saya akan jaga di setiap checkpoint kalau sakit ke apa bagitau mereka. Faham?'

I'm dead guyssss tak sempat fikir alasan lagi.

'FAHAM ENCIK ALI'

'Saya bagi masa 30 minit sahaja untuk mengemas. Bawak barang yang penting sahaja kalau tak,tak larat awak nak naik nanti'

Bermula lah jungle trekking kami. Tak sampai 10 minit aku dah tak larat daripada aku kat tengah makin lama makin berlakang and ya aku last. Baru aku perasan yang Ian dengan Izham jaga berlakang sekali. So dorang pon terpaksa jalan slow-slow berlakang aku.

Aku stop.

Dorang pon stop.

'Takpa Izham ngan Ian jalan dulu. Saya tak larat ni. Nanti saya catch up balik' aku berkata sambil duduk kat bawah pokok.

'Tak boleh sebab kami memang ditugaskan untuk jaga berlakang sekali' kata Izham.

'Takpa Izham. Awak pergi ja. Tu ada anak panah pandai-pandailah saya nanti. Jangan risaulah. Pergi dulu nanti korang lambat'

'Izham kau naiklah dulu jaga yang lain dari belakang biar aku tunggu dia ni' tiba-tiba Ian bersuara.

Kalaulah benda ni jadi time bukan jungle trekking aku dah tersenyum lompat-lompat dah. Ya lah Ian nak tunggu aku kot... tapi malangnya berlaku time jungle trekkimg. Aku penat tak boleh nak happy pon.

'Okaylah kalau macam tu. Irfan kau jaga dia tau aku pergi dulu' selepas itu Izham terus pecut naik ke atas.

'Ian awak pergilah. Nanti saya akan stop banyak kali. Nanti awak lambat' aku berkata tanpa memandang wajah dia. Aku penat sangat-sangat.

Diam.

Aku pandang dia dan dia pon pandang sahaja aku.

Hmmm aku kena gerak kot nih.

'Jom' aku terus bergerak. Tercungap-cungap aku. Lepastu aku berhenti lagi.

Dia setia sahaja. Aku jalan dia jalan aku berhenti dia berhenti. Aku rasa bersalah gila.

'Sorry. Saya memang tak larat buat aktiviti-aktiviti macam ni dan saya tak minat pon bercamping. Kalau saya tahu saya akan susahkan awak saya takkan masuk kem ni' aku berkata dan terus jalan lagi. Rasanya semua dah sampai. Aku gagahkan tak berhenti dan tak toleh tengok dia. 

Finally aku sampai.

'Haa baru cukup. Kenapa korang lambat sangat ni?' tanya Encik Ali.

'Maaf Encik Ali saya tak larat tadi banyak berhenti'

'Takpa-takpa boleh rehat makan-makan dulu'

Aku pon pergi kat satu penjuru duduk. Cantiknya pemandangan. Aku pon tangkap gambar selfie sorang-sorang.

Aku melepaskan pandangan. Aku malu. Dia dah tahu kelemahan aku. Mesti dia tak suka aku sebab aku tak boleh buat benda yang dia suka.

'Rya okay?'

'Okay ja Kak Intan'

'Jomlah makan'

'Jom'

Aku ikut langkah Kak Intan. Lepastu langkah aku terhenti. Sekarang geng lelaki yang tolong bagi makanan dan Ian adalah salah seorang daripada mereka. Tiba-tiba dia pandang aku.

'Kenapa Rya berhenti ni? Jomlah ambik makanan'

'Kak Intan boleh tolong tak?'

'Tolong apa?'

'Ambikkan makanan untuk saya boleh? Minta maaf sangat'

'Ouh.. Boleh ja. Rya duduk dulu nanti kak ambik.'

'Terima Kasih kak'

Lepastu kami pon makan sambil bersantai dan bersembang lepastu kami ambil gambar ramai-ramai.

Harini kami solat agak lambat. Pukul 2.30 petang baru solat.

Lepas solat kami pon mengemas dan bersiap sedia untuk turun.

Izham dengan Ian mesti jaga berlakang. Aku kena ada dekat tengah ni. Turun je kan mesti senang kan. Aku tak nak malukan diri aku buat kali kedua.

Akhirnya sampai jugak ke tapak perkhemahan kami pada pukul 5.30 petang. Kami mandi cepat-cepat dan bersedia untuk solat asar lepastu maghrib dan akhir sekali solat isyak.

Selepas solat Isyak kami pon makan malam. Kerja aku macam biasa korang pon tahu kan. Walaupun penat gila aku still gagahkan diri untuk senyum.

'Nak lauk apa?' aku bertanya tanpa memandang muka orang di hadapan aku sebab maklumlah nak cepat kan.

No response.

Aku pandang muka dia and yup it's Ian.

Aku terkejut. Tiba-tiba rasa malu tadi muncul kembali.

'Saya suka dada ayam. Saya suka sangat makan sayur kalau boleh separuh pinggan saya penuh sayur'
Aku terkedu. Dia baru bagitau apa yang dia suka kat aku ke?

Aku tak dapat menyembunyikan lagi senyumku. Aku pon cedok lauk dan letak kat dia.

'Saya pon suka dada ayam.' aku senyum dia pon membalas senyuman aku dan beredar. Ya Allah bahagianyaaaaaa.

'Ehemmm rasanya boleh kot cedok lauk kat saya pulak. Lama dah tunggu ni siap boleh tengok cerita hindustan live lagi' Izham memandang aku sambil bercakap.

'Sorry hahahahah. Jap eh saya cedokkan. Okay here you go'

'Thank you'

'Welcome'

Bahagia gila aku hariniiiiiiiiiii tidur lena lah jawabnya. La la la la la

Adakah Seniorku Jodohku? (COMPLETED☑️) Where stories live. Discover now