04

508 77 0
                                    

10:04.

pandangan aku halakan pada pintu cafe seraya menongkat dagu. jari-jariku sibuk menggentel hujung apron kerana terlalu bosan.

kecewa jugalah sebab sekarang dah pukul 10:04, dan aku tak boleh menjenguk keluar jendela. apalah yang jeonghan tengah buat?

aku pula bertugas sebagai pelayan cafe milik keluarga hari ini kerana ibu ada appointment di hospital.

nak tak nak aku terpaksa bersetuju. lagipun sekarang cuti semester dan aku tak nak mereput je dalam bilik memanjang.

boleh juga aku raih wang hasil kerja sendiri.

pandanganku tertancap pada figura yang aku kenali melangkah masuk ke dalam cafe. membulat sedikit mataku. jeonghan!

aku yang tadinya menongkat dagu terus berdiri tegak. terasa bergegar jantungku disaat ini.

❝hai, maya!❞ lelaki itu melambai kecil sebelum mengambil tempat di kerusi hadapan kaunter tepat dimana aku bertugas. waduh.

aku cuba mengekalkan raut wajah normal walhal hatiku melonjak riang.

❝hai, jeonghan.❞ segaris senyuman aku paculkan pada wajah. tanganku menggapai buku nota kecil dan pen yang tersimpan kemas di dalam poket.

❝dengar-dengar, cafe ni keluarga awak punya. tak sangka pula. hehehe. saya datang sini pun nak order coffee, boleh?❞

❝boleh! boleh sangat. awak nak pesan apa?❞ semangat aku membalas kata-katanya itu. dengan adanya yoon jeonghan disini, semakin membara semangatku untuk bekerja.

❝emm.. boleh tak awak cadangkan something?❞ lelaki itu menongkat dagu. waduh, boleh rebah aku kalau dia pandang aku macam tu lama-lama.

❝boleh! boleh sangat. kalau cuaca panas macam ni saya rasa iced americano okay, kot?❞ lancar pula ayatku hari ni. biasanya aku teragak-agak lagi kalau soalan macam ni dituju pada aku.

ah, penangan yoon jeonghan sememangnya padu. mantul bhai.

❝ah, iyakah? okaylah, saya nak pesan yang tu.❞

𝟭𝟬:𝟬𝟰Where stories live. Discover now