09

438 70 2
                                    

9:59.

❝tenang, maya. tenang.❞ buat kesekian kalinya aku menenangkan diri sendiri seraya menghalakan pandangan ke arah telefon yang terletak di meja kecil.

dia ada bagi aku nombor telefon dia tempoh hari. untuk kecemasan atau hal penting, katanya. tapi bagi aku, tu namanya 'peluang keemasan'.

miang? ya, terima kasih. aku tahu.

plan aku, text, jumpa kat cafe, pastu confess. simple. kalau kena reject, pandai-pandailah move on. apa yang susahnya.

tapi dia takkan.. reject aku kan? lepas apa yang dia dah buat, takkan dia nak tinggalkan aku dengan harapan.

aku yakin, yoon jeonghan bukan orang macam tu.

10:01.

tanganku mula menggapai telefon. jariku ligat mengetik keyboard untuk menghantar mesej. mindaku pula mulai menyusun ayat yang sesuai.

jeonghan, date kat cafe jom?

woi, tenuk. nampak sangat kau terhegeh-hegeh. ubah ayat tu. pergh, sampai bercakap dengan diri sendiri aku dibuatnya.

hai. boleh tak awak datang cafe saya hari ni? saya ada something nak beritahu.

belum sempat aku menekan punat 'send', jariku terhenti serta-merta. ah, sebelum aku send, baik aku stalk dia dulu. alang-alang jarum jam dah nak sampai ke detik 10:04.

dah jadi rutin aku tu. hm. kau apa tahu.

10:02.

kepala aku tundukkan sedikit sebelum pandangan aku halakan ke luar jendela. bilik aku tu ada dua tingkap.

satu menghala pada bahagian luar rumah jeonghan, dan satu lagi menghala tepat pada jendela bilik jeonghan. kadang aku boleh nampak gerak geri dia.

macam lagak stalker pulalah. seram siut. aku pula benci dengan diri sendiri. baik aku stop buat benda tak berfaedah ni.

sekarang aku berada di tingkap yang menghala pada jendela bilik jeonghan.

10:03.

lamunanku mati tatkala melihat bayang-bayang jeonghan yang sedang memasuki bilik.

mataku terbuntang luas tatkala terlihat figura seorang perempuan bersama dengannya. kelihatan perempuan itu memaut leher jeonghan dari kejauhan.

di saat itu, terasa hatiku dihiris-hiris perlahan.

apa yang membuatku terasa pedih, jeonghan turut melingkarkan tangannya pada pinggang perempuan itu sebelum mengucup bibirnya lembut.

mataku terasa hangat tatkala air mata mulai berkelompok. mataku masih tertancap pada pasangan yang sedang hangat bercumbuan itu. serentak itu, pakaian mereka mulai ditanggalkan satu-persatu.

oleh kerana tak sanggup, aku menurunkan tirai langsir dan kedua-dua lutut aku peluk erat dengan air mata yang bergenangan.

10:04.

yoon jeonghan,

kau berjaya patahkan hati aku.

𝟭𝟬:𝟬𝟰Where stories live. Discover now