42

1.5K 150 1
                                    

ting tong~

Pintu yang tinggi itu dibuka dari dalam

"Hai Hye- Kau?"

Wajah Haechan yang tadi ceria berubah menjadi tegang

"Apa kau nak? Hyeri takde kat sini"

Yuta tergelak kecil mendengar cara percakapan Haechan. "Aku tahu dia takde kat sini. Dia kat rumah family dia. Aku datang ni nak jumpa kau, bukan dia" jelasnya

Haechan memandangnya atas bawah

"Masuklah" pintu dibuka lebih luas dan Yuta menapak ke dalam. Matanya ligat memerhati segenap ruang

"Kaya rupanya kau ni.. Tapi gaya macam-"

"Orang miskin. Buat apa aku nak tunjuk yang aku kaya" balas Haechan laju

Mereka duduk di sofa. Seorang maid datang sambil membawa dulang berisi dua cawan teh dan sepinggan kek

"So, ada apa kau nak jumpa aku? Nak rampas company aku pulak?" selamba Haechan

"Tch. Kalau aku nak rampas company kau, buat apa aku jumpa kau" balas Yuta sinis

"Mana la tahu kan kot-ii bila kau rampas company tu tiba-tiba dia mundur so nak dapatkan restu aku la dulu" Yuta tergelak

"Tak. Actually, aku nak minta maaf kat kau. After everything yang aku dah buat kat kau. I'm sorry"

Haechan memandang Yuta tidak percaya. "Kau betul ke ni? Tak tipu en? Kau dah insaf betul-betul kan ni?"

'Ada jugak aku tumbuk kat sini kang' bisik Yuta didalam hati

"Betul la. Buat apa aku tipu" balasnya. "SYUKURRRRRRRRRRRRRRR" laung Haechan. Yuta menjelingnya

skip

"Hello Non,"

'NAMA AKU VERNON TAHU TAK V-E-R-N-O-N BUKAN NON JE'

"Alah sama jela nama kau jugak kan. Kau busy ke?"

'Tak. Kenapa?'

"Teman aku keluar jummm"

'Ummmmmmmmm okay. Aku ambil kau kat rumah kejap lagi'

"Oraittt byeee"

Hyeri turun ke bawah dengan riang

"Nak pergi mana?" Mark menarik kolar bajunya. "Ishh lepaslah. Nak keluar jap" balasnya

"Dengan siapa?"

"Vernon"

"Nak ikut" Hyeri memandang Mark tajam

"Tak payah"

"Tak kisah. Oppa ikut jugak. Tunggu sekejap, oppa siap" Mark berlari ke biliknya. Hyeri menggeleng kepala. Lantak la

[Mall]

Hyeri dan Vernon berjalan berdampingan sambil berborak mesra. Mark hanya memerhati gelagat mereka dari belakang

Hyeri berhenti di hadapan kedai yang menjual barangan bayi

"Nak tengok ke?" soal Vernon. Hyeri mengangguk dan mereka bertiga masuk ke dalam kedai itu

Hyeri membelek satu persatu barangan bayi di situ. "Pilihlah yang mana kau nak, aku bayarkan" pelawa Vernon. "Eh takpe la, aku bukan nak beli sekarang" balas Hyeri

Sedikit sebanyak hatinya dicuit perasaan sedih. Sedih kerana bukan suaminya yang berada disampingnya sekarang ni tetapi rakan baiknya

"Hey Taeyong!"

Hyeri menoleh ke arah suara Mark yang melaung dengan kuat itu. Wajahnya berubah riak. Dia menapak ke arah Mark dan Taeyong

"Kau buat apa kat sini?" soal Mark. Sejurus itu, Minyoung berdiri di sebelah Taeyong dan memeluk lengannya

"Oh teman perempuan ni.." Mark menunjukkan riak menyampah

Taeyong menepis pelukan Minyoung namun Minyoung yang degil itu tetap memeluk lengannya

"Hai Hyeri" sapa Minyoung kepada Hyeri sambil tersenyum sinis. Hyeri membalas dengan sebaris senyuman

Matanya hanya tertancap pada suaminya. Begitu juga dengan Taeyong. Pandangan mereka bertaut

"Perut..." Taeyong memandang Hyeri dan perutnya silih berganti. Senyuman dan air mata ditahan

"Dah takde apa nak beli?" soal Vernon yang baru sampai di situ. Taeyong berubah riak

'Anak dalam perut tu... betul ke anak aku?'  hatinya berbicara

Hyeri berdehem. "Takde apa nak sembang kan? Jom Mark" Hyeri menarik lengan Mark dan Vernon keluar dari situ

"Siapa tu?" soal Vernon selepas mereka jauh dari kedai itu

"Dia la suami aku"

"Perempuan sebelah dia tu girlfriend dia?" soalnya lagi. Hyeri mengangguk

skip

Taeyong berdiam diri. Kepalanya ligat memikirkan siapa namja yang bersama Hyeri dan Mark tadi

"Sayang?"

Masih diam. Minyoung meletakkan tangannya di pipi Taeyong

"Hey saya-" Taeyong menepis tangan Minyoung. Langkahnya dipercepatkan meninggalkan Minyoung di belakang

Minyoung mengetap gigi. Dia kembali menuruti langkah Taeyong

Taeyong tidak bercakap walau sepatah sehingga pulang ke rumah

Minyoung yang geram dengan Taeyong mula membuka mulut,

"You fikir pasal namja yang ada dengan isteri you tu kan?" soalnya

"Tak payah sibuk" balas Taeyong dingin. Minyoung berdecit sambil berpeluk tubuh

"Entah-entah lelaki tu boyfriend baru dia. Yela, you pun tak ingat dia then dia give up dengan you and cari pengganti. Tunggu masa je nak minta cerai" suara Minyoung sinis

"Diam, Minyoung" Taeyong menggenggam penumbuk

"Tak mustahil juga budak dalam perut dia tu anak dia dengan lelaki tu" sambungnya lagi

Taeyong menoleh ke belakang. Dia mendekati Minyoung. Minyoung cuba menunjukkan riak tidak takut

"Sekali lagi aku dengar kau cakap macam tu pasal dia, aku tak teragak-agak nak hantar kau ke penjara" amaran Taeyong

Gertakan Taeyong membuat Minyoung sedikit takut tetapi dia cuba menunjukkan riak tenang. Taeyong beredar ke bilik

tbc

tak lama lagi end la kot kau sabar jp

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now