1

4.4K 327 139
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau buat apa lagi dekat sini hah?" Terasa dirinya seperti direnung, Sebin yang sedang meletakkan kepalanya dengan mata yang masih tertutup menyoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau buat apa lagi dekat sini hah?" Terasa dirinya seperti direnung, Sebin yang sedang meletakkan kepalanya dengan mata yang masih tertutup menyoal.

"Tengah terbayang masa depan kitalah." Lelaki yang baru sahaja duduk di tempat kosong di sebelahnya itu ikut meletakkan kepala di hadapan dia.

Memang sudah biasa lelaki itu datang duduk di tempat kosong itu setiap pagi jika dia datang awal ke sekolah.

Sudahlah tempat itu tiada pemilik, jadi senanglah lelaki yang dari kelas lain itu masuk lalu duduk disitu.

Mahu sahaja Sebin mencari orang untuk menjadi pemilik tempat itu, tapi apakah daya, dia antara orang yang tertinggi di dalam kelas dan terpaksa untuk duduk di barisan belakang.

"Baliklah kelas kau, Hyunjin. Rimaslah." Muka Sebin ditenggelamkan di dalam ruang lipatan lengan.

Lelaki itu diam seketika, gadis didepannya itu dia renung lama walau tanpa wajah.

"Kau nak tahu tak apa yang aku mimpi harini?" Soal Hyunjin.

"Tak." Laju sahaja balasan Sebin.

"Dengarlah dulu. Ada kaitan juga dengan kau." Pujuk Hyunjin.

"Apa-apa jelah." Balas Sebin, malas mahu mendengar sebenarnya.

"Aku mimpi, aku ada anak lelaki. Hwang Sejin namanya. Tahu tak? Kau ommanya." Hyunjin tersenyum memandang langit.

Serta-merta kepala Sebin diangkat, terkejut dengan cerita Hyunjin lalu menampar kuat lengan milik Hyunjin.

"Sakitlah, sayang." Hyunjin menggosok lengannya sambil tertawa halus, lucu melihat reaksi Sebin.

Sebin hanya menayangkan mimik wajah menyampahnya sebelum dia kembali ke posisinya tadi.

Hwang Hyunjin, lelaki dari kelas pertama. Sejak seminggu Sebin menjadi pelajar di sekolah tinggi itu, tak henti-henti dia diganggu Hyunjin.

Hyunjin pandai, kacak dan tinggi lampai orangnya, pelajar terkenal satu sekolah tu.

Tetapi berlainan dari pandangan Sebin, Hyunjin bagaikan seorang lelaki yang miang atau mungkin playboy.

Iyalah, terkenal kan, banyak peminat perempuan pula tu. Tak mustahil dia tukar teman wanita macam dia tukar baju.

"Kau suka kan?" Senyum Hyunjin dilebarkan.

"Ada nampak muka aku ni macam suka?" Muka annoying Sebin tayangkan ke Hyunjin.

Comel. Berbunga hati Hyunjin. Alah siapa je tak suka kan bila crush layan kita kan?

-
Hi saya tahu awok
sume rindu saya 😀
Skz kambek setengah
jam lagi sjsjsj ❣

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now