7

1.5K 224 25
                                    

"Semalam, bila eomma balik, kamu tak ada dekat rumah. Tapi ibu ada bau minyak wangi lelaki. Kamu keluar dengan siapa?"

Soalan Puan Jeong membuatkan Sebin yang sedang bersarapan bersama eommanya itu tersedak.

"Eh apa pula eomma, mungkin minyak wangi appa?" Balas Sebin cemas, senyuman palsu dia ukirkan.

"Tak adalah. Bau ni lain, lagipun appa outstation, takkan lah kamu ada beli minyak wangi lelaki?" Roti Puan Jeong suapkan ke mulut.

"Ah y-ya. Bin ada tersilap beli. Bentuk bekas minyak wangi tu nampak macam minyak wangi perempuan. Dari membazir biar, Bin pakailah. Hehe." Tawa palsu pula Sebin keluarkan.

"Habis tu gelang, klip rambut, cincin ni dengan gula-gula kapas semalam tu kamu beli dari mana? Dan lagi satu, jangan ingat eomma tak nampak orang yang hantar kamu semalam. Siapa dia? Teman lelaki kamu?" Tersenyum lebar Puan Jeong.

"Eh HAHA tak adalah. Lelaki tu Bin tak kenal pun ahahahaha Bin cuma tumpang dia hantarkan Bin balik je. Alang-alang, dapat hirup udara fresh. Betul tak eomma?" Sebin cuba berdalih.

"Ye ye jelah kamu. Ni cantik-cantik ni nak pergi mana?"

"Keluar sekejap dengan kawan."

"Larat ke nak keluar? Oh ya, kaki kamu ni kenapa?" Soal Puan Jeong, sibuk selama ini sampaikan punca anaknya begitu pun dia tidak tahu.

"Tak ada apalah. Bin cuma terseliuh pastu jatuh tergolek dekat tangga je. Tak perasan pulak tangga dekat sekolah tu banyak sangat."

"Itulah kamu, jalan selalu tak tengok bawah. Cermin mata tu dah besar, tebal pula tu. Tetap tak boleh nampak jelas." Bebelan Puan Jeong bermula.

Namun tiba-tiba sahaja terhenti disebabkan bunyi loceng rumah tanda orang datang.

"Jangan fikir bebelan eomma dah tamat." Sempat Puan Jeong mengecilkan matanya dengan cadangan yang menakutkan sebelum bangun dan berjalan menuju ke pintu.

"Anak ni, siapa ya?" Buka sahaja pintu, dapat Puan Jeong lihat seorang lelaki muda kacak.

Banyak persoalan mula timbul di minda Puan Jeong mempersoalkan identiti lelaki muda itu.

Tapi akhirnya, hidungnya tersapa suatu bau. Bau yang- pernah dia bau.

"Saya Hwang Hyunjin, teman lelaki kepada Jeong Sebin. Sebin ada di rumah?" Ucap Hyunjin selepas sahaja dia menunduk.

"O-oh ada ada kejap makcik pan-." Belum lagi Puan Jeong sempat menoleh, Sebin terdahulu sampai di sisinya.

"Hyunjin! Waa cepatnya kau sampai! Okaylah jom jom. Nampak macam nak hujan dah ni." Hyunjin ditolak-tolak agar tidak disoal banyak oleh eommanya.

Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak berganjak.

"Sabarlah dulu. Hyunjin, kamu okay?" Puan Jeong menghentikan Sebin lalu nemandang risau ke Hyunjin.

Sebin yang tadi hanya memandang wajah Hyunjin sekilas, memandang kembali. Mencari sebab dari soalan Puan Jeong.

"Kenapa, makcik?" Hyunjin pelik dengan riak wajah dua beranak itu.

"Muka kau pucat, hidung kau ber- darah.." ucap Sebin perlahan, terkedu melihat Hyunjin.

Hyunjin cepat-cepat lap darah di hidung menggunakan hujung lengan baju.

"Oh, biasalah. Hari panas macam ni, dah biasa dah saya jadi macam ni." Senyuman Hyunjin berikan, seperti tiada apa-apa.

"Betul ni?"

"Ya, makcik."

"Okaylah macam tu, makcik pergi kerja dulu ya. Sebin, ajaklah teman lelaki kamu ni sarapan sekali sebelum keluar ya." Sempat lagi Puan Jeong menyakat anaknya sebelum meninggalkan mereka berdua.

Selepas memastikan Puan Jeong benar-benar pergi, lengan Hyunjin Sebin cubit kuat.

"A- argh! Sakitlah! Kau dah kenapa?"

"Kau tu! Apa kau cakap dekat eomma aku tadi?!"

"Apa? Teman lelaki kau? Salah?"

"Kau tahu tak, eomma aku tu suka menyakat. Nanti sikit-sikit mention nama kau, huh! Boleh muak aku dengar nama kau tahu?!"

"Biarlah. So, just two of us here. Nak buat apa ya teman wanita?" Hyunjin mendekatkan diri dengan Sebin.

"Ee jangan nak gatal bole?" Tubuh Hyunjin ditumbuk-tumbuk agar lelaki itu menjauh.

Dalam beberapa saat, lelaki itu rebah. Tidak bergerak.

"Hyunjin?"

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now