12

1.3K 195 19
                                    

Sudah hampir seminggu Hyunjin tidak kelihatan.

Hampir mati akal Sebin mencari Hyunjin. Di rumahnya, di rumah rakan -rakan Hyunjin, semuanya tiada.

"Kau okay, Bin? Termenung jauh nampak." Felix menarik kerusi kosong di hadapan Sebin lalu dipusingkan ke arahnya.

"Macam yang kau nampaklah." Balas Sebin, acuh tak acuh.

"Kau masih fikirkan Hyunjin, ya?" Felix menyoal, sudah tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran Sebin.

"Huh, iya. Kau tahu Hyunjin di mana? Minggu ni kan minggu peperiksaan, takkan lah dia tak datang pula?"

"Eh, kau kan teman wanita dia. Takkanlah kau tak tahu?" Gurau jejaka yang mempunyai freckless di wajahnya membuatkan dia kelihatan kacak.

Teman wanita. Tersentak Sebin dibuatnya. Selama dia menjadi teman wanita palsu Hyunjin, tidak pernah pula dia melayan Hyunjin seperti teman lelaki palsunya.

"Sebab aku tak tahulah aku tanya kau. Kalau kau tak tahu tak apalah."

"Aku tak pandai menipu, jadi aku tahu Hyunjin di mana." Felix tersenyum.

"Iya?! Mana dia?!" Disebabkan terlalu terkejut, terbangun gadis itu sambil mengetuk mejanya.

Serta merta dia kembali ke posisi asal tatkala menyedari tindakan keterlaluannya menyebabkan dia menganggu orang yang sedang mengulang kaji.

"Tapi Hyunjin suruh kau jangan cari dia kalau kami cerita. Jangan risaukan dia juga. Janji?"

"Janji! Jadi korang bertiga tahu hal ini sebenarnya?"

"Ya. Pada mulanya Hyunjin tak kasi kami ceritakan pada kau, tapi lepas kami ceritakan yang kau begitu terdesak, dia pun kasilah."

"Oh okay, jadi di mana Hyunjin?"

"Selama dia menghilang, dia ada di hospital sebenarnya."

Dahi Sebin berkerut.

"Apa dia buat di situ? Dia sakit? Sakit apa?" Bertubi soalan dari Sebin.

"Itu aku tak tahu. Dia jaga ibunya yang sakit, tapi ibunya sudah tiada beberapa hari yang lepas. Sekarang aku tak tahulah dia di mana pula."

"Ibu Hyunjin? Maksud kau Puan Hwang?" Terlihat seperti Sebin tidak sangka akan perkara itu.

"Ya, ibu dia menghidap kanser paru-paru tahap akhir. Sudah lama sebenarnya ibu dia menghidap kanser. Mereka kurang berkemampuan, jadi tidak mampu ubati penyakit tu."

"I-iya? Kenapa dia tak beritahu aku?" Hampir banjir mutiara jernih bertakung di kelopak mata Sebin.

"Dia cuma tak mahu jejaskan pelajaran kau. Peperiksaan kali ni dia nak kau buat yang terbaik, buat macam mana yang dia ajar selama ini."

"Baiklah. Jadi memang betul-betul kau tak tahu Hyunjin di mana sekarang?"

"Tak. Buat masa sekarang, aku rasa baik kau fikirkan tentang diri kau dulu. Lambat laun, balik juga Hyunjin tu nanti."

"Huh, okaylah. Thanks Felix."

"Welcome." Balasnya ringkas.

Dari dalam kelas, Felix mencampakkan pandangan ke luar kelas. Memandang sekeliling.

Tanpa sengaja, dia terpandang Gedi yang ketika itu sedang berjalan di luar kelas mereka.

"Kau kena kacau lagi dengan si minah Gedi gedik tu?" Soal Felix, tahu yang Sebin juga terpandangkan Gedi.

"Tak adalah pula. Lepas aku sembuh, jumpa dia pun tak pernah. Mungkin dia gentar dengan apa yang Hyunjin cakap tempoh hari."

"Mana taknya, aku pun ikut gentar sekali. Tak pernah aku nampak Hyunjin macam tu." Felix tertawa kecil.

Sebin turut ikut ketawa. Entah apa yang lawaknya.

Dari jauh mereka berdua memerhati Gedi sehingga gadis itu berhenti. Betul di hadapan kelas mereka.

"Boleh aku nak jumpa Jeong Sebin?"

Semua murid di dalam kelas itu menunjuk ke arah Sebin menggunakan anak mata mereka.

Pelik, selalunya nada suara Gedi boleh membuatkan orang hampir muntah. Boleh pula dia menggunakan nada biasa sekarang.

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now