Zine: 1

820 13 0
                                    

AKU masih berbaring atas katil serba putih itu. Badan sengaja aku iringkan ke kanan supaya muka aku menghadap dinding dan bukan mana-mana wajah yang aku cuba nak elakkan daripada padang.

Wajah mak. Wajah papa. Terutama sekali wajah suami aku, Fadhil Hafidz.

"Ma..."

Panggilan Fadhil membuatkan aku mendiamkan diri dan sengaja mengeraskan badan. Agar Fadhil menyangkakan aku sudah terlelap.

Namun Fadhil tak semudah itu tertipu dengan lakonan aku. Selamba saja Fadhil mendekatkan wajahnya ke wajah aku kemudian mencium tepi dahi aku. Lama dan penuh dengan kasih sayang.

Sampaikan sepasang mata aku semakin dipenuhi air mata. Lalu air mata aku mengalir keluar biarpun sepasang mata aku masih terpejam.

Aku mendengar bunyi Fadhil mengeluh. Kemudian aku merasakan bebanan badan tinggi lampai Fadhil di belakang aku. Selamba dia sahaja memanjat naik ke atas katil lalu tidur di sebelah aku.

Tangan Fadhil terus ke pinggang aku. Menarik badan aku dengan hati-hati. Agar dia dapat memeluk aku.

Seerat cintanya untuk aku. Sehangat sayangnya untuk aku.

Tangisan aku pecah. Jika tadi aku boleh menahannya dan membiarkan saja air mata menitis tapi sekarang tidak lagi. Aku menangis sampai mengeluarkan bunyi sedih dan hiba.

Aku menangis dan melepaskan semua perasaan yang aku tahankan semenjak awal pagi tadi lagi. Semenjak mengetahui aku telah pun kehilangan bayi yang aku kandung selama ini.

Dengan perlahan-lahan, aku mengalihkan badan. Kemudian terus memeluk tubuh Fadhil dan menangis di dadanya.

Fadhil laju-laju memeluk belakang badan aku dan mengurut-urut belakang badan aku. Sambil tidak putus-putus mencium tepi dahi aku.

"Baby..." panggil aku selepas lebih 10 minit menghamburkan tangisan dan perasaan di dada bidang Fadhil.

"Ye sayang..."

"Ma minta maaf. Ma dah jaga baby kita baik-baik. Ma dah cuba. Tapi..." Aku menangis lagi.

Fadhil menyentuh pipi aku. Kemudian menjauhkan wajahnya supaya kami boleh bertentangan. Saling berpandangan.

"Ma ingat saya tak tahu ke? Saya tahu Ma jaga dia dengan baik dan terbaik. Tapi bukan rezeki kita sayang. Ma kena reda sebagaimana saya reda. Mak dan papa reda," nasihat Fadhil. Kemudian mencium dahi aku.

"Tapi awak..." Aku hendak menangis lagi.

"Please don't cry sayang. Ma tahu kan saya tak boleh tengok isteri kesayangan saya ni menangis. I'll cry too. Nanti siapa nak pujuk Ma? Siapa nak pujuk baby? Hemm."

Aku cuba untuk menahan tangisan. Namun tetap air mata itu menitis juga. Fadhil mengelap air mata di pipi aku. Kemudian mencium sepasang mata aku yang terpejam.

"Jangan menangis sayang. I need you to be strong. Kita perlu kuat dengan dugaan ni. Insya-Allah, Dia sedang merancang yang terbaik untuk kita. Jangan pernah sangsi dengan Dia, okey."

Aku merenung lama sepasang mata Fadhil. Aku nampak kesedihan di dalam sepasang mata itu. Sebagaimana aku, dia juga sedang menahan hati. Menahan perasaannya.

Aku yakin dia pun mahu menangis macam aku. Namun dia tak melakukannya demi aku. Dia sedang kuat demi aku.

Aku menyentuh pipi Fadhil. Menekapkan dua-dua tapak tangan ke pipi kiri dan kanannya. Kemudian meniru aksinya. Mencium sepasang matanya silih berganti.

"I'll be strong for you. I'll be super strong for us."

"That's my wife. My sweet, and lovely wife." Fadhil mengucup bibir aku dengan lembut.

"Sekarang, jom tidur."

"Awak tidur sini juga ke?"

"Yelah. Siapa suruh hospital ni sediakan satu katil je. Kena la kita berhimpit nampaknya malam ni."

Jawapan selamba Fadhil membuatkan aku nak tergelak. Namun terpaksa menahannya. Sebab pintu bilik wad peribadi itu dengan tiba-tiba saja dibuka dari luar dan melangkah masuk Dr. Faizah.

Sambil berdeham, Dr. Faizah memandang aku dan Fadhil silih berganti.

Aku hampir nak tergelak lagi bila melihat Fadhil sengaja buat-buat lena supaya tak perlu memandang muka serius Dr. Faizah di ketika ini. Bukan main dia berlakon gara-gara takut dengan wanita garang tersebut.

"Encik Fadhil. Tak payah nak pura-pura tidur. Katil yang satu tu untuk pesakit. Bukan orang sihat macam Encik Fadhil."

Fadhil membuka mata dan menjuihkan mulutnya. Kemudian dia bangun dan duduk saja di atas katil. Memuncung sakan mulutnya tanda protes.

"You're not sleeping with her, Encik Fadhil." Dr. Faizah menegaskan.

Fadhil merengus. Kemudian melompat turun dari katil dan berjalan hentak kaki gaya sedang memprotes. Terus dia membaringkan badannya di atas sofa di bilik wad persendirian itu. Memeluk badannya dengan dua-dua tangan dilipat ke perut lalu memejamkan matanya.

"Kalau I tangkap you cuba nak tidur dengan patient I lagi, Encik Fadhil, I takkan teragak-agak humban you keluar dari bilik ni."

Fadhil membalas dengan rengusan. Kemudian memusing badannya supaya mukanya menghadap ke sofa.

Aku tersenyum. Namun bila Dr. Faizah merenung aku dengan serius, terus senyuman aku hilang.

"Don't encourage him, Maliha. You need your rest." Tegas suara Dr. Faizah.

Aku sekadar menganggukkan kepala.

Dr. Faizah terus menutup lampu bilik wad itu. Kecuali lampu tidur saja terpasang. Kemudian terus dia menutup pintu dan keluar dari bilik wad persendirian tersebut.

Aku pula terus berbaring. Sambil melihat Fadhil yang sudah mengerekot tidur atas sofa three seaters tersebut. Badan panjang Fadhil membuatkan kakinya terjuntai. Kasihan pula aku melihatnya begitu.

Tiba-tiba Fadhil duduk di sofa. Kemudian terus bangun dan berjalan dengan perlahan-lahan gaya pencuri. Mendekati katil aku.

"Awak buat apa ni?" tanya aku dalam bisikan.

Tak mahu kalau-kalau Dr. Faizah yang garang itu terdengar suara aku.

"Tidur dengan isteri saya. Dia siapa nak halang saya tidur dengan kesayangan saya? Kalau dia nak humban saya keluar pun, lantak la."

Fadhil menceberkan mulutnya. Kemudian memanjat naik ke katil aku. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Takut rupanya laki aku ni dengan doktor garang itu hihi.

"Senyum-senyum apa? Go to sleep," arah Fadhil, masih dalam bisikan.

Aku tetap tersenyum. Merenung Fadhil yang sudah pun meletak kepala ke bantal aku. Kami saling bertatapan.

"Baby."

"Ye Ma."

"Please... don't leave me," pinta aku. Takut dan risau.

Aku yakin Fadhil boleh memahami apa aku maksudkan.

"Never. You are my precious. Saya sanggup jadi Gollum daripada tinggalkan Ma saya ni."

Aku tersenyum kelucuan. Kelakar dengan perumpaan Fadhil itu.

"Tidur sayang..." Fadhil mencium dahi aku dan menarik badan aku ke dalam pelukannya.

Aku memejamkan mata. Reda dengan kehilangan yang telah kami hadapi.Terpaksa reda demikami. Demi aku dan Fadhil. Seperti kata Fadhil, pastiada yang lebih baik daripada Dia untuk kami. Insya-Allah.

SERASI BERSAMAWhere stories live. Discover now