Zine: 3

462 11 1
                                    

AKU memandang belakang badan Fadhil yang sedang berjalan beberapa langkah di depan aku. Beriringan dengan papa. Entah apa yang mereka berdua bualkan. Fadhil banyak mengangguk dan abah banyak bersuara. Perlahan saja.

Tadi, lepas kes papa sound Auntie Zai, aku naik ke bilik dan Fadhil sedang mandi. Bila dia sudah mandi, baru aku nak memulakan misi memujuk, tiba-tiba Fadhil membantutkannya. Menyuruh aku bersiap untuk keluar dengan papa.

Laju-laju aku masuk tandas, membersihkan muka dan menggosok gigi. Lepas itu laju-laju aku keluar demi nak memujuk suami yang masih merajuk. Sekali, suami aku dah membawa rajuknya itu keluar dari bilik tidur kami. Langsung aku tak mempunyai peluang untuk menyejukkan hati Fadhil sampai ke kini.

Aku mengeluh kemudian menundukkan muka dan terus berjalan. Dengan tiba-tiba aku terlanggar belakang badan suami aku. Bila aku mendongakkan muka, Fadhil sudah pun memusingkan badannya dan berdepan dengan aku.

Mak dan papa pula sudah meneruskan langkahan mereka ke depan sana.

Aku terus mengangkat muka dan merenung wajah Fadhil. Tak pernah tak kacak. Melalui terang lampu jalan pun Fadhil tetap kacak saja.

Rambutnya sudah panjang berbanding dulu dan nampak kerinting di hujungnya. Janggut yang halus dulunya sudah berganti dengan bulu-bulu lebih kasar tapi terjaga. Sekali pandang dah macam Jon Snow saja.

Tapi muka Melayu Fadhil memanglah takkan sama dengan muka mat salih Kit Harington itu. Tambahan pula di mata aku Fadhil berganda kali lebih kacak daripada pelakon GOT itu.

Semenjak rasmi menjadi suami isteri, begitulah nampaknya Fadhil di mata aku. Yang semakin lama semakin kabur dan kabur. Rupanya aku sudah menangis!

Aku mendengar dengan jelas Fadhil mengeluh. Kemudian memaut pinggang aku dan menarik aku ke tubuhnya. Memeluk aku dengan erat.

"Ma minta maaf. Ma minta maaf," pinta aku. Masih menangis.

"Ye sayang. Saya tahu. Shhhhh..." pujuk Fadhil.

Sambil mengelus-elus kepala aku yang bertudung dengan tangan kanannya. Manakala tangan kiri menarik pinggang aku agar lebih rapat dengannya dan jauh dari jalan raya.

Kami pun! Macam tak ada rumah saja kan nak buat aksi pujuk-memujuk tengah jalan begini!

Fadhil sambung memujuk aku dengan lembut. Kemudian dua-dua tapak tangannya ke pipi aku dan mengesat air mata aku daripada menitis lagi. Lepas itu mencium dahi aku dengan lembut dan terus memaut tangan kanan aku, menggenggamnya erat.

Lalu kami menyambung perjalanan kami tanpa mengisahkan mak dan papa yang dah pun jauh ke depan sana. Ataupun Abang Den yang masih di belakang sana.

Fadhil menggenggam erat tangan kanan aku sambil kami berjalan. Perlahan saja langkahan kami. Tak mengejar masa.

"Lain kali, bila orang cakap tak elok pasal Ma, jangan dengar dan diam je." Fadhil memulakan. Sambil mengerling aku.

Aku memandangnya sekejap. Kemudian menundukkan muka dan melihat kaki sendiri yang sedang melangkah.

"Telinga memang dijadikan untuk mendengar. Tapi mulut tak dijadikan untuk mendengar. Mulut dijadikan untuk membalas. Bila perlu dan bila kena waktunya. Tadi petang tu perlu dan kena sangat waktunya."

Aku menghentikan langkahan kaki. Spontan Fadhil juga berhenti berjalan. Terus berdiri depan aku dan mendongakkan muka aku dengan jari telunjuknya.

"Tak nak jawab ke apa saya tanya?"

Aku menceberkan bibir. Fadhil menyengih.

"Kenapa? Cuba bagitahu. Mana boleh diam je macam tu kalau diorang cakap macam-macam? Hati Ma sakit kan. Bila hati Ma sakit, hati saya pun bakal sakit. Ma nak ke hati baby Ma ni sakit?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SERASI BERSAMAWhere stories live. Discover now