EP.05 [MY BROTHER]

35 7 1
                                    

“Hye? Apa namamu?”

Suaranya perlahan seperti angin yang berlalu. Namun, aku masih bisa mendengarinya.

“Namaku Aizawa Somaru”
___
“Ah!” Aku merebahkan diriku diatas katil yang empuk milikku.

Aizawa Somaru? Aku seperti pernah mendengar nama keluarganya. Tapi, dimana ya?

“Ai!!” Abang! Aku segera kearah dapur yang betul berada di depan bilikku. Rumah kami hanyalah apartmen yang mempunyai tiga bilik. Dan rumah ini telah habis dibayar.

Cuma dihari minggu seperti ini. Saat semuanya bersenang-senang. Abang akan pergi ke tempat bekerja sembilannya.

Selepas kepergian mama dan papa. Hidup kami bertukar 80°. Dengan wang peninggalan mama dan papa tidak mampu untuk perbelanjaan bulaan kami. Lagi-lagi kami tidak punya saudara. Aku hanya punya abang. Dan abang hanya punya aku.

Kerja abang bukannya lumanyan. Dia hanya berkerja penuh masa di cafe semasa hari minggu. Dan kadang-kala mengambil kerja sambilan lain seperti membasuh kereta dan sebagainya. Namun, abang tidak pernah mengeluh.

“Ai? Mengapa berdiri disana sahaja? Tidak mahu sarapan? Kalau mahu cepat ke mari. Mari sarapan bersama sebelum abang ke tempat kerja.”

Abang sentiasa tersenyum manis dan aku tahu. Dia menyembunyikan 1001 makna dibalik senyumannya.

Kali terakhir aku melihat abang menangis. Ketika kekasihnya meninggal kerana sakit. Waktu itu, abang merasa kehilangan buat kali keduanya. Aku juga turut merasa kehilangan. Kerana aku sudah menganggap kekasih abang itu seperti kakakku.

“Anu, abang?” Aku memandang abang yang sedang menyuapkan sesudu nasi goreng kedalam mulutnya.

“Ya?” Abang membalasnya dengan senyumannya.

“Apa abang tidak mahu mencari kekasih baharu?”

“Ai tahu? Ini sudah setahun sejak kematian Sakura. Abang tidak bisa melupakannya. Ah! Abang sudah lambat! Kamu tolong kemaskan semuanya nanti ya!” Abang mengambil jaketnya dan sempat membelai kepalaku beberapa kali.

“Bye! Abang pergi dahulu!” Abang memakai kasut dan menoleh kearahku.

Segera aku menghampiri abang dan memeluknya dengan erat.

“Hati-hati.” Aku meleraikan pelukan dan melambaikan tangan kepada abang. Abang turut lakukan perkara yang sama sehingga daun pintu tertutup dengan sendirinya. Dan aku mendengar bunyi tapak kasut abang berlalu pergi.

“Ah! Abang menghindari persoalan itu lagi”

Abang selalu menghindari soalan itu. Abang itu orangnya overprotect. Dia ketika itu tertekan dan seolah-olah hilang cahaya. Abang dan kekasih sudah hampir 3 tahun bersama. Kekasihnya, Sakura itu telah berlawan dengan penyakitnya terlalu lama. Namun, abang cuba untuk membuatnya menjalani hidup seperti orang normal.

Dan telah berancang. Untuk bernikah suatu hari nanti. Cincin dijari abang sebagai cincin perjanjian mereka juga masih dipakai.

Apa aku boleh berjumpa dengan lelaki yang sesetia abang suatu hari nanti?

Aishite Imasu                                                          『愛しています』 Where stories live. Discover now