EP.37 [YOU'RE] -SEASON 2-

36 4 45
                                    

“Arghh.  Padahal aku ingin terlihat kuat dihadapan Na-chan. Tetapi, aku malah menangis dihadapanmu...” Aku mendengar bisikkannya yang perlahan dan aku memandangnya.
___
Beberapa hari kemudian,

“Apa aku boleh berjumpa dengan orang ini?” Aku memberikan kad Kei kepada pegawai polis dihadapanku. Dan sudah tentu aku ditempat dia bekerja.

“Mengapa, adik ingin bertemu dengannya?” Pegawai itu memandangku atas kebawah.

“Aku adiknya, ada yang ingin kubicarakan kepadanya.” Dia masih sahaja diam.

“Maaf, tetapi tuan Tachibana sibuk hari ini.. ” Aku menghentak meja dan memandang pewagai dihadapanku.

“Biarkan aku bertemu dengannya atau.. ”

“Ba-baik!!” Balasnya dan segera aku menukar riak wajahku.

“Yeah! Terima kasih!!” Aku menepuk bahunya beberapa kali.

“Aku berfikir kau akan membenciku” Aku menoleh. Ke-Kei?!

“Tu-tuan!! Selamat pagi!!” Pegawai itu membongkokkan tubuhnya.

“Selamat pagi. Kaito, kau sudah sarapan? Sebentar! Mengapa kau ada disini!?” Aku hanya tersengih kepadanya.

***
“Dasar, kau menyuruh aku membelanjai kau  sushi tengahari begini ya?” Aku menyuapkan sushi salmon kedalam mulutku.

“Terima kasih, belanja aku makan~!” Aku tersenyum kepadanya. Dia hanya menghurup teh dari gelasnya.

“Set bento!!” Seorang budak lelaki menghantar set bento dimeja kami. Sebentar! Aku mengenalinya.

“Kau!!” Lelaki itu menjerit.

“Kento!!” Aku memeluknya!!

“Mengapa kau ada disini? Kau bekerja disini?” Aku bertanya kepadanya.

“Bukan, Shichon menghukumku untuk membantunya hari ini.” Aku menepuk belakangnya beberapa kali tanda untuk dia berpasrah dengan kenyataan itu.

“Kento!! Bantu aku!!” Kami terkejut dengan jeritan seorang perempuan.

“Aku pergi dahulu ya, sahabat..” Kento melambaikan tangannya dengan perlahan.

“Byebye..” Aku melambaikan tanganku juga. Hahaha.. Kasian kau, Kento..

Aku mendudukkan diriku semula.

“Siapa itu?” Kei bertanya dan aku memandangnya.

“Sahabat novel sebelahku” Muka Kei terlihat penuh dengan tanda tanya.

“Mengapa kau ingin bertemu denganku?” Aku meletakkan penyepit makanku diatas pinggan.

“Aku sudah berfikir sepenuhnya.” Aku memandang dengan senyuman.

“Aku menerimamu sebagai abang kandungku. Aku menerima semuanya tentang keluarga kita.” Aku memandangnya, dan terus memandang.

“Terima kasih, Kaito. Mari kita berkenalan dahulu.” Kei terdiam dan menyambung ayatnya semula.

“Aku Inspektor Tachibana Kei, bahagian penyiasatan yang kacak lagikan bergaya!” Kei menghulurkan tangannya.

Aku tertawa sedikit sebelum membalas.

“Aku, Tachibana Kaito. Selamat berkenalan, nii-san!” Aku membalas huluran tangan Kei dan kami tertawa sesama sendiri.

“Hahaha!! Aku jadi terharu, akhirnya selama 13 tahun! Aku akhirnya dipanggil ‘Nii-san’ oleh adikku sendiri!! Kita perlu meraikannya!!” Aku tertawa lagi. Akhirnya ya?

“Hye, budak!! Sake satu ya!!” Jerit Kei kepada Kento.

“Baik!!”Aku melihat Kento memuncungkan mulutnya. Dan pergi ke dapur untuk mengambilnya.

Hidup ini memang sebuah perjalanan yang penuh duri yang mampu melukai diri kita sendiri. Tetapi aku percaya, setiap luka yang ada pada diri kita itu pasti ada ubatnya. Pasti, luka tersebut akan pulih seperti biasa.

Musim akan bersemi semula. Musim panas mulai menutup tirainya. Musim luruh pula mulai menunjukkan dirinya. Dan pelbagai kisah mula bercerita. Kisah kami, kisah pahit dan manis Aishite Imasu.

               Aishite Imasu [Season 2]
                            -TAMAT-

Aishite Imasu SEASON 3 akan kembali pada bulan petengahan March 2020

Aishite Imasu                                                          『愛しています』 Where stories live. Discover now