EP.34 [DREAM] -SEASON 2-

17 4 8
                                    

Sila buka lagu diatas

“Hahaha.. Sudah aku sakit begini. Tiba-tiba ada yang datang mengaku dia abang kandungku.” Aku memegang kepalaku.

“Kaito!” Aku tidak tahu. Hal yang terakhir aku dengar dan nampak adalah orang yang mengaku dia abang kandungku.
___
“Nanti, Kei akan menjadi seorang abang yang baik!!” Aku membuka mataku. Seorang remaja lelaki tersenyum melihat ibunya yang sedang mengandung itu.

“Baguslah, nanti adik sudah terlahir. Jagalah dia dengan sepenuh hati ya, Kei?” Seorang ayah yang menasihati anaknya.

“Ibu tahu nama yang sesuai buatnya.” Si ibu memeluk kandungannya lalu berbicara.

“Kaito.” Aku terdiam. Kaito, itu nama--

“Argrh!” Aku terjatuh oleh graviti yang tiba-tiba sahaja terpusing kearah kiri.

“Ayah!! Baha--” Kejadian yang ngeri. Sebuah kereta yang menghentam tubuh seorang manusia dan tubuhnya berlumuran darah diatas jalanan.

“A--ayah!?” Aku mencuba untuk membantu tetapi semua itu hilang menjadi kabus--

“Kau anak yang membawa sial!! Kalau sahaja kau tidak terlahir hari itu!! Suamiku tidak akan mati!!” Cerek yang berisi air panas yang berada berdekataan dicapai.

Lalu disiramnya ditubuh bayi itu--

“ARGGGGHHH!!!” Aku memegang tubuhku. Panas. Tubuhku terasa sangat panas. Jeritanku bersatu dengan tangisan bayi itu. Tubuhku bagai disiram air panas tersebut.

“KAITO!” Aku mengangkat mukaku. Lelaki itu, dia berlari menembusiku dan segera ke bayi tersebut.

“Kaito! Bertahanlah!! Abang ada disini!!” Aku terdiam seribu bahasa.

“Kei! Apa yang berlaku ini!?” Ibu, ibuku yang menjagaku dirumah anak yatim dimana aku tinggal.

“Kaito!” Aku terdiam.

---- suasana berubah kembali. Aku masih menunduk. Tidak mampu memandang. Ini mimpi! Ini pasti mimpi!!

“Ibu!!” Aku memandang diatas. Wanita yang menyiram anak sendiri, kini dia membunuh dirinya dengan mengantungkan dirinya sendiri.

“Ibu!!”

“Kaito, bertahan!!”

“Kei!! Dengarlah--!”

“DIAM!!” Aku menutup telingaku dengan kuat. Aku tidak mahu mendengar apa-apa. Aku tidak ma--

“Maafkan, ibu.” Suasana menjadi terang. Tubuhku dipeluk erat seperti aku ini orang yang hilang akhirnya ditemukan dengan wanita yang membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ itu.

“Andai sahaja ibu tidak berbuat begitu, pasti kamu hidup dengan lebih bahagia, Kaito!” Tubuhku dipeluk erat, sungguh erat.

“Tolong, terimalah Kei itu adalah abang kandungmu.”

“Ke-Kei?” Pelukkan dilepaskan dan wanita itu memandangku. Warna rambut mahupun warna iris kami sama. Aku terdiam lagi.

“Mestilah Kei, dia benar-benar abangmu.” Kini dia mengusap perlahan rambutku.

“Kaito, maafkan ibu ya?” Dia tersenyum. Ibu, apa benar aku boleh memanggilnya ‘ibu’?

“A-aku sudah memaafkan, lagi satu aku tidak mahu hidup dengan penyesalan orang lain!” Wanita itu, masih sahaja membuat riak wajah sayunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“A-aku sudah memaafkan, lagi satu aku tidak mahu hidup dengan penyesalan orang lain!” Wanita itu, masih sahaja membuat riak wajah sayunya.

“Kaito, terima kasih ya. Maaf, memberikan memori buruk pad--” Kali ini aku yang memeluknya.

“Baguslah, Sudah lamaku cari, ibuku yang sebenar...” Aku gembira, terlalu gembira. Sangat gembira ..

Aku terasa baju belakangku digenggamnya kuat.

Aku hanya mendengar tangisannya. Tangisan yang bercampur dengan kegemiraan. Tangisan yang membawa seribu makna. Mimpi indah dimana, pertama kali aku bertemu dengan ibuku.

“Ibu, terima kasih kerana telah melahirkanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Ibu, terima kasih kerana telah melahirkanku.” Aku memandang wajahnya dan tersenyum. Ibuku juga, dia membalas senyumanku dengan matanya dipenuhi dengan air mata dan semuanya hilang memutih.

Aishite Imasu                                                          『愛しています』 Where stories live. Discover now