Bab 14 Baeboon

10.6K 608 78
                                    

Masuk sahaja ke dalam rumah, benda pertama yang menyapa pandangannya ialah iliya yang sudah lena di atas sofa.

Harraz memandang sebelah kaki kanan iliya yang terjuntai jatuh dari sofa,tahu sangat buas dia macam mana.

Leher digosok pelan,pantas dia mengunci pintu dan menghampiri iliya dengan perasaan serba salah yang makin bertambah.

Tambahan lagi suhu persekitaran ruang tamu memang agak panas.

"asal tak buka aircond,tak panas ke budak ni?" soalnya sendiri,terus dia melangkah ke arah suis aircond di bahagian tangga.

Kemudian Harraz ke arah iliya dan duduk melutut di tepi sofa.

Sudahla tudung tak dibuka lagi,dengan panas macam sekarang memang berpeluh habisla. Basah habis tudung dengan badan.

Perlahan-lahan Harraz membuka pin tudung bawal iliya,kepala isterinya diangkat lembut lalu tudung bawal dicabut dari kepala. Terbus juga dicabut.

Rambut ikal mayang iliya yang basah dengan peluh diusap pelan, tisu yang tersedia di atas meja di hadapan sofa diambil.

Wajah basah isterinya di lap perlahan, tak cukup dengan itu leher iliya juga di lap dengan tisu.

Dia memandang ke arah telefon yang masih di dalam genggaman isterinya. Nafas perlahan dihela,mesti iliya sedih dengan sikapnya harini.

Tapi Harraz bukan niat nak sakitkan hati,dia nak mengajar je. Sampai bila iliya nak keras kepala tak dengar cakapnya.

Lebih baik iliya menangis sekarang daripada menangis kemudian.

Dahi isterinya dicium lembut, pipi iliya diusap-usap. Marah macam mana pun dia,dia tetap lemah dengan air mata isterinya.

Lebih-lebih lagi dia tak pernah berkasar dengan iliya,sejak bertunang sehingga berkahwin. Memang tak pernah.

Memang terperanjat habisla iliya bila dia mengamuk. Selalunya dia sabar je tapi tak tahula kenapa harini rasa nak meletop.

Risau bagai nak mati tengok iliya bergelut dengan makcik kat Cameron tadi. Kalau dia tak ada macam mana?

Iliya tak pernah fikir usaha dia selama ni nak jaga iliya. Dia kahwin sebab cinta bukan nafsu.

Bila Harraz berjanji ingin menjaga iliya,dia memang betul-betul maksudkannya. Bukan dusta semata.

Kalau boleh sedikit calar pun dia taknak ada kat iliya. Dia nak tunjukkan dia pun boleh jaga iliya dengan baik sebagai seorang suami.

Salah ke dia nak jaga iliya betul-betul,atau dia memang keterlaluan hari ini?

Tipula dia tak rasa serba salah dengan tangisan iliya. Tapi dia tak mahu dianggap mudah,dia juga ada harga diri. Ceh Harraz gaya macam kau dicabul pula ayat tu.

Selepas pulang dia bukan pergi mana-mana pun,dia pergi rumah Hariz je.

Iliya ingat dia sorang je boleh buat hal? Yer dia memang tak patut tapi geram sangat.

Lepas iliya call terus dia pecut balik tanpa buang masa. Jantungnya mula berdebar-debar takut iliya menangis ketakutan pula. Gila nanti bini aku.

Lengan kanan iliya di pegang perlahan apabila iliya mengerutkan dahi. Mengigau ke?

Terus lengan baju sweater iliya diselak hingga ke paras siku. Kesan merah akibat cengkamannya tadi di lengan isterinya itu dipandang sayu.

"sayang.."
Bisik Harraz, rambut iliya diusap lembut.

"sayang bangun mandi lepastu tido kat atas yer?" ujar Harraz bila iliya sudah menggeliat perlahan.

Mata isterinya itu perlahan-lahan terbuka nipis melihat wajah Harraz yang agak dekat dengannya.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now