1

1.2K 45 0
                                    

Kerana kau dari Dia.

Kaki yang baru mula melangkah masuk ke lobi hotel terhenti bila mana bunyi deringan dari telefon kedengaran. Nama kawan baiknya naik. Dan,

Dan terima kasih kepada Naura, siapa lagi kalau bukan kawan baiknya itu yang sudah berjaya buat beberapa pelanggan hotel yang sedang berada di lobi sekarang ini memandang kearah Aisy!

Laju tangan mengesek skrin ke kiri. Panggilan dari Naura diangkat sebelum salam dari corong telefon menyapanya.

"Waalaikumsalam" Aisy menjawab perlahan.

Kunci kereta di tangan, dimasukkan ke dalam tas tangan sebelum senyuman beberapa resepsionis yang menunggu di bahagian tamu hotel, Aisy balas dengan senyuman.

"Kau dah sampai hotel?" suara Naura kedengaran.

Bila Aisy mengiyakan, Naura menyambung lagi selepas itu.

"Aku lambat sikit rasanya sebab tengah singgah 7Eleven ni. Nak beli roti dengan jajan sikit. Kau nak apa-apa tak? Coffee nak tak?"

Aisy kerling jam di tangan kirinya. 9 malam.

"Alah, roti flossy dah habis. Aisy, kau nak roti apa? Untung untung karang boleh berwayang depan tv bilik hotel"

"Kau beli je lah roti apa yang ada, Naura. Aku tak kesah"

"Okay!" balas Naura di corong telefon.

"Okay, aku tunggu kau dekat lobi. Jangan lambat! Esok kita ada kursus lagi"

"Eh, tak payah lah tunggu aku. Check in lah hotel terus"

"Aku sorang-sorang ke check in hotel? Tak nak lah" Aisy keluh berat sambil mata diangkat memandang kearah kaunter hotel.

Bukan tak nak check in tapi sebab Naura yang booking awal awal dekat website minggu lepas jadi details semua Naura punya. Dia tahu location aje.

"Aisy, kau cakap je macam biasa. Lepas dapat kunci nanti, kau masuk bilik. Settle."

Aisy memandang salah satu lelaki yang memang menjadi tempat penyinggahan matanya sejak dari tadi.

"Bilik nombor?"

"Aku tak sure lah, kau tanyalah staff kat situ"

Aisy beristighfar panjang. Spontan matanya terguling bila suara ketawa dari corong telefon mulai kedengaran.

Kalau ada senapang terhidang depan mata memang Aisy sudah tunjukkan skill menembak dia dekat Naura. Boleh pulak lupa nombor bilik? Ni tak lain tak bukan memang tempah kaki saiz 5 dia untuk bekalan sebulan aje.

"Akak Liyana yang tolong booking kan. Lepastu aku lupa nak tanya dia nombor bilik berapa"

Aisy sudah mengurut pelipis. Boleh pulak suruh akak Liyana yang merangkap rakan sekerjanya itu tolong booking kan?

"Ni, kau nak apa apa lagi ke? Maggi nak?"

"Beli je lah. Aku pun lapar jugak sebenarnya ni. Pagi tadi pun sempat makan roti sekeping."

Lunch? Nak makan macam mana kalau gadis yang tengah bersembang dengan dia ni sibuk tunjuk koleksi crush yang dia ada. Sebaik rehat 20 minit je, kalau tak memang tak berhenti tunjuk sampai habis waktu bekerja. Bukan dia tak tahu koleksi crush si Naura ini tak terkira.

"Okaylah, aku tutup dulu. Nampaknya macam koleksi crush akan bertambah aje kejap lagi"

Corong telefon dipenuhi dengan gelak tawa Naura. Bila tiada sahutan dari gadis itu, tahulah yang kawan dia seorang ini tengah usha candy crush baru.

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now