Intro

5.2K 462 190
                                    














iamyourcupcake©2019











mempersembahkan




Forbidden Maze • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Forbidden Maze • jjk

×××


Tiada ruang lagi untuk aku melepaskan diri. Dilepaskan secara paksaan dari kandang harimau.

Masuk pula ke kandang buaya tanpa kerelaan hati. Setiap saat nafasku dihela, aku menjadi gugup.

Satu-persatu bait kata cuba direncana dalam fikiran agar aku bisa menolak setiap perlakuan manusia durjana ini.

"J-jungkook, lepaskan aku. Taehyung akan pulang bila-bila masa je. Awak dah gila ke?"aku menempelak kasar tika sentuhan jemarinya bermain di kawasan bibirku.

Derap langkah kakiku berundur ke belakang. Aku semakin gigih menggelengkan kepala walaupun aku yakin harapan untuk melarikan diri semakin tipis.

"T-tapi, kau buatkan aku cintakan kau,mahukan kau dan gilakan kau setiap masa Yoo Min."balas Jungkook seraya kucupan melulu bibirnya berlabuh di sekitar wajahku.

Telapak tanganku melekat di permukaan dada Jungkook yang berdegup kencang. Saat haruman tubuhnya menusuk rongga hidungku, aku kian lemah.

Hampir tewas aku ke dalam perangkap lelaki itu. Sekuat mungkin aku menolak dada bidang milik lelaki itu lalu tubuhku berusaha untuk melarikan diri.

Aku kecundang. Dia tarik aku ke dalam tawanannya.

Belum sempat tubuh kecilku ini mahu meloloskan diri, Jungkook menolakku rapat ke dinding.

Kedua-dua lengannya mengunci aku yang sedang ketakutan. Jemari aku diambil, ditekap rapat agar degup jantungnya dapat aku rasai.

"Jika diberi pilihan Taehyung dan aku, aku sungguh pasti kau.."dia bermain kata seraya ketawa halus.

Wajah kacak yang tersenyum sinis itu mula menghimpit rapat. Deruan nafas masing-masing menyapa kulit.

"...akan pilih aku. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Jeon Jungkook.."

Dengan satu renungan anak matanya, aku terus kaku di hadapannya. Aku biarkan sentuhan bibir terlarang itu menyentuh bibirku semula.

Damn it.

Taehyung suamiku. Jeon Jungkook bukan siapa-siapa.

Tapi, di sebalik penipuan ini, aku dapat katakan si dia ini.

Ya, Jeon Jungkook yang juga merangkap adik kepada suamiku itu seorang yang berbahaya, licik dan menggoda.

Jeon Jungkook, siapa kau?

"Aku...satu-satunya lelaki yang dapat buatkan kau merayu inginkan sentuhan aku, sayang."

Aku tahu semua ini gila.

Tapi, siapa kisah?

Dunia ini sememangnya penuh dengan orang gila.

----


A Jeon Jungkook's fanfiction

Super intense drama with a lot of conflict and overload sweetness.

Read by your own risk.

Had Umur 15 tahun ke atas.

Karya asal, jalan cerita asal daripada saya sendiri.

Sebarang persamaan adalah kebetulan.

Dilarang menciplak mana-mana bahagian yang dipersembahkan dalam fanfiksyen ini tanpa kebenaran saya.

Jalan cerita hanyalah imaginasi semata-mata.

----

Are you ready?

Drop your comment and say yes!

[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now