03

2.5K 453 216
                                    

[Saya hantar santau kimchi buatan mama Jeon untuk silent readers.

Votes dan komen tersangatlah dihargai❤]







Forbidden Maze • jjk
[Ep3]

Tiga hari juga aku dan Jungkook mengasingkan diri daripada bertemu mata.

Jika aku nampak bayangnya, terus berdesup aku lari ke dalam bilik dan tutup pintu.

Settle!

"Buka pintu, noona."

Suara Jungkook berkata ringkas di luar bilik. Aku segera tekap cuping telingaku rapat ke muka pintu.

Mungkin telinga aku kurang berfungsi. Aku menangkap gelaran noona di hujung ayat tersebut.

Aku gelengkan kepala. Jangan kau terjerat dengan perangkap kata manis lelaki setan itu.

Lepas dah puas rasai madu, dia nak berlembut.

Pergi matilah Jeon Jungkook. Kau setaraf kehanatannya seperti hyung kau.

"Noona, tolong buka. Aku cuma ajak kau turun makan. Tolong jangan jadi manja boleh?"

Perlian Jungkook menghangatkan dendam aku kepada si dia.

Sesuka hati je nak arah aku ye budak?

"Apa awak na-"kata-kataku tersangkut tika iris mataku terlihat wajah bekunya yang terbentuk kacak.

Sejak daripada peristiwa dia menyentuh aku malam tadi, aku dipagut rasa hati yang meliar.

Setan pun satu hal. Aku masih bersuami. Jungkook tak ubah seperti pelayan yang diupah si abang lahanat itu.

"Makan. Perut kosong kau pengsan pula."dua baris ayat itu diujar tanpa perasaan. Jungkook berlalu pergi apabila selesai mengetuk pintuku.

Dinginnya bukan biasa-biasa. Kakiku dan tubuh kecilku terkial-kial mengejar langkah lelaki bertubuh tinggi dan sasa itu.

----


Jungkook merenung pinggannya yang masih ada saki-baki sarapan pagi. Genggaman jemarinya pada garfu menguat tatkala suara isteri abangnya menegurnya takut-takut.

"J-jeongguk."

Kesudahannya, garfu dan pisau yang digunakan terlepas dari genggaman tangan. Mata Jungkook meliar ke sana dan ke sini.

Panggilan comel itu begitu menusuk ke dalam jiwa.

Hatinya meroyan kata suka tika gelaran sopan dan comel yang biasa digunakan oleh Yoo Min sewaktu mereka mula diperkenalkan abangnya Taehyung muncul kembali.

'Kau tak perlu melebih, Jungkook'

Kata hatinya menegas kasar kehendak hati yang inginkan sesuatu yang terlarang.

"Aku akan singgah tidur dan melayan noona setiap hujung minggu."

Jungkook bersuara lemah. Kunyahan mulutnya disambung semula walaupun gegendang telinganya mendengar bunyi protes dari Yoo Min.

"A-apa sebab awak terima tawaran gila ini, Jeongguk?"soal Yoo Min. Selera makannya terus terbantut sepi.

Jungkook merenung tajam wajah polos Yoo Min. Kedua-dua telapak tangannya menghentak meja lalu pinggan sarapan pagi itu ditepis jatuh ke atas lantai ruang makan.

"K-kau bodoh ke,  Yoo Min?"

Jungkook enggan memendam lagi suara hati yang menjerit kebenaran yang tersorok keji.

Tattoo kecil yang terukir nama seseorang ditayang tepat di hadapan Yoo Min.

Jungkook menghamburkan gelak tawa kuat. Jemarinya meramas helaian rambutnya seperti orang hilang akal.

"A-aku dan Taehyung hyung jalin hubungan terlarang, Yoo Min."

Wajahnya memerah menahan malu. Jungkook tayang senyuman lemah kepada Yoo Min.

"dan kami masih kekal dalam keadaan itu, Yoo Min."

Ah, jilake. Apakah semua ini?

-tbc-

A/N:

Hi, hehehehehehe.

Camne perasaan korang setakat ini?

Saya update jika bab ini ada sambutan.

BYE. JUMPA NEXT WEEK SEBELUM TAHUN BARU.

SAYA NAK HABISKAN FF LAIN.

CIAOOO.

LOVE YOU❤

[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now