04

2.6K 452 167
                                    

[Saya nantikan votes dan komen korang. Maaf jika lama menanti update saya.]










Forbidden Maze • jjk
Ep4




Jungkook tidak senang duduk sejak siang menampakkan bayang. Bibirnya diketap resah sambil matanya melirik ke arah jam di dinding.

Lagi beberapa jam hyung kesayangannya akan pulang ke rumah. Namun, kiriman mesej pesanan ringkas daripada Taehyung benar-benar menguji kesabarannya.

Sampai bila dia perlu melayan si kakak ipar yang sering sahaja dingin terhadapnya?

"Aku rindu kaulah hyung."Jungkook bersuara dalam nada terkilan. Butang baju kemeja satin berwarna biru laut itu ditanggalkan satu persatu.

Kakinya digerakkan pula ke bilik Yoo Min. Sudah menjadi rutin untuk dia menyentuh wanita itu.

Selagi Taehyung tidak muncul, Jungkook meluangkan waktu bersama wanita itu dalam keterpaksaan.

Alang-alang Yoo Min dah tahu niat menyetan dia dan Taehyung, status hubungan dia dengan hyung tidak perlu disorok lagi.

Jungkook lega. Pada masa yang sama, dia menghitung hari untuk bebas daripada rancangan gila ini.

"Kau mengelak. Aku jadi mangsa hyung. Gatal sangat pergi menikah dengan Yoo Min. Ugh!"

Segera helaian rambutnya diramas kuat. Pintu yang dikuak perlahan olehnya dari luar.

Wajah mendung Yoo Min menyapa kornea matanya.

Buang tabiat pula wanita itu mahu merajuk. Jungkook menarik nafas sedalamnya.

Dia cuba mengikis mimik wajah rimas daripada perhatian mata Yoo Min yang berkaca.

-----

Lelaki itu menapak ke dalam bilikku tanpa segan silu. Tubuh Jungkook merangkak naik ke sisiku selepas itu.

"Hyung kata dia balik rumah hari ini."usai dia berkata, Jungkook merangkul bahagian tubuhku dari arah belakang.

Akibat ditinggalkan beberapa minggu oleh Taehyung, aku semakin selesa dengan rangkulan lengan kekar itu.

Hangat dan membuaikan pada masa yang sama. Kau tahu sebab apa aku menangis?

Salah aku. Salah aku sendiri yang sukar berenggang dengan lelaki itu. Kuasa dan penangan Jeon Jungkook terlalu kuat menarik aku ke lembah khayalan

Kau tatap mata dia sesaat dua sekalipun. Hati kau cukup goyah.

"Saya rindu T-taehyung."aku berbisik perlahan agar godaan lelaki ini mampu ditepis rasa hati yang bergelodak suka.

"Tapi, hyung tak rindu kau. Faham?"

Jeon Jungkook, lelaki yang sungguh licik dalam kata-katanya. Wajah polosnya sewaktu berkata sinis menaikkan kadar gugup dalam diriku.

"Tapi sekarang, kau cuma perlu anggap aku sahaja di hadapan kau."bibir Jungkook mula mengucup sisi kanan pipiku.

Telapak tanganku yang menekap di dadanya dilepaskan secara sengaja.

Kau fikir kau bijak, jantan bengkok.

Jungkook tersentak apabila aku sendiri beriya maju ke hadapan.

Bibir merah seksi lelaki itu aku kucup perlahan. Semangat untuk membalas dendam terhadap perbuatan keji mereka berdua semakin membuak-buak.

"Y-yoo Min, kau dah gil-.."

Aku bersorak gembira di dalam hati tatkala Jungkook membalas ciuman aku dengan bunyi rengusan nafasnya yang kedengaran kasar.

Setiap kali jemarinya bermain di kulitku, aku juga enggan mengalah.

Aku mengeji perbuatan kejamnya bersama Taehyung dalam setiap helaan nafasku. Mereka anggap aku ini begitu mudah untuk dijadikan boneka mainan mereka.

Aku hanya menunggu masa untuk lupuskan dua orang lelaki bedebah ini.

Lirikan mataku terhenti di kawasan bibir Jungkook yang kelihatan gementar menghembus nafasnya.

Kulit ibu jarinya mengelus kawasan rahangku sehingga ianya terhenti di bibir bawahku.

Panahan tajam Jeon Jungkook aku lawan tanpa rasa getar.

Tubuh aku mengatakan sebaliknya. Bahuku menggigil takut apabila kedua-dua telapak tangannya memegang kuat bahuku.

"Kau pasti mampu lawan this Jeon hurm?"

Aku menjauhkan diri tika bunyi pintu dibuka seseorang dari luar. Jungkook masih tersenyum ngeri daripada kebiasaan.

"Kau jaga Yoo Min aku dengan baik kan, Jungkook?"

Suara serak dan garau milik Taehyung yang menyapa seolah tiada kesan bagi Jungkook.

Jemarinya tangkas membutangkan kawasan dadanya yang terdedah.

Dia pandang aku seperti singa lapar. Lengannya yang ditarik manja oleh Taehyung menjengkelkan hatiku.

Rimas melihat pasangan pelangi tersebut. Dengan aku, kau jijik sangat Taehyung.

"Aku rindu kau, jantan!"Taehyung merengek manja lalu tubuh tegap Jungkook ditarik ke bilik bersebelahan.

Mata aku dan Jungkook saling bertaut. Sumpah aku menundukkan pandangan aku.

Biarpun tubuhnya sudah ditawan si Taehyung yang gelojoh, iris mata Jungkook setia memandang aku sebelum kelibatnya menghilang.

Pandangan itu sering dia hadirkan sewaktu bibirnya menyapa kulit bibirku.

Aku tekap telapak tangan ke telinga. Rentak hati yang berdegup kencang menidakkan kenyataan perit itu.

Bodohnya aku memasang rasa suka pada manusia songsang itu.

Mereka bersuka ria. Aku merana seorang diri.

-tbc-














A/N:

Serious saya rasa bab ni hambar :'(

Okay ke?

Nak saya sambung ke?

Selamat malam. Satu hari lagi sebelum berakhirnya 2019.❤








[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now