[00]

223 16 9
                                    

"Dikalau cicit kau berkahwin dengan cicitku pada masa akan datang,mereka akan ditelan masa dan berada di tempat sesiapa pun tak mengenali mereka. Itu janji aku. Aku rasa engkau tahu yang aku tidak pernah memungkiri janjiku"

"Tidak perlulah engkau menyeksa mereka. Mereka tidak bersalah malahan mereka tidak tahu tentang hal ini ,ini semua salah aku biar aku sahaja yang mendapat balasannya. Janganlah melibatkan mereka dalam urusan kita ini."

"Aku tidak peduli,menyeksa engkau itu sudah pasti tapi cicitmu tu hanya balasan untuk keturunanmu"

"Adakah engkau tidak berasa bersalah buat pada keturunanmu juga?"

"Aku tidak peduli akan hal itu. Yang tersiksa mereka bukan aku"

"ENGKAU SUNGGUH KEJAM,SALIMAH!!. DISEBABKAN DENDAM ENGKAU TIDAK KISAH AKAN PERASAN KELUARGA ENGKAU SENDIRI"

"AKU TIDAK SEKEJAM ENGKAU IDRIS. YANG HILANG SECARA MENGEJUT DARI MAJLIS PERKAHWINAN KITA DAN KEMUDIANNYA PULANG BERSAMA ISTERIMU YANG SEDANG HAMIL" Marah Salimah apabila Idris menyatakan yang dia seorang yang kejam tanpa memikirkan akan kesalahannya.

"Aku fikir engkau sudah lupa akan perkara tersebut,Salimah" Balas Idris tertunduk kesedihan memikir akan kesilapannya.

"Kau fikir aku akan lupa akan perkara yang membuatkan ibubapaku malu dan maruah keluarga tercalar apabila orang kampung mengatakan anak mereka ini tidak pandai menjaga tunangnya sendiri malahan hodoh menyebabkan tunangnya melarikan diri. Adakah kau lupa dengan siapa aku telah berkahwin?"Bilang Salimah memeluk tubuh tanpa memandang kearah Idris sebaliknya memandang ke arah jendela yang menghamparkan suasana yang sunyi di sana seperti keadaan hatinya.

"MAIL!!! Mail kau tahu. Orang yang aku tolak hanya disebabkan cinta kau sedangkan ibubapaku sangat menyukai Mail itu dan dia jugalah yang sanggup menutup aib keluarga aku sedangkan aku tidak memilihnya untuk hudup semati tapi dia merelakan dirinya untuk menggantikan tempat kau. Sungguh aku merasa malu dengan Mail. Mengapa aku memilihmu berbanding dia. Aku terasa bodoh, Idris!" Sambung Salimah yang menahan tangisannya dari berguguran untuk seseorang yang tidak berhak air matanya jatuh ke bumi lagi.

"Aku tahu itu kesilapanku tapi jangan membabitkan cicitku wahai Salimah. Aku mohon!!!" Rayu Idris sambil melutut di hadapan Salimah yang tidak pernah bertentangan mata dengannya sejak dari dia memanggilnya kerana dia ingin bertanyakan khabar tapi ini yang dia dapat.

Idris fikir Salimah sudah tidak lagi berdendam dengannya hanya kerana dia melarikan diri pada hari perkahwinan mereka. Dia tika itu tidak masih mampu memikul tanggungjawab untuk menjaga atau hidup bersama Salimah. Sehinggalah dia menemui isterinya, isterinyalah yang mengajar erti kehidupan. Namun dia mengerti sekiranya Salimah tidak memaafkannya cuma tidak perlulah menyumpah sesiapa dari keluarga mereka.

"Aku tidak kisah. Sudahlah aku malas mendengar kata-kata kau lagi. Aku harap selepas ini kau tidak munculkan dirimu di hadapan padangan mataku lagi" Ujar Salimah dan berlalu keluar dari rumah Idris tanpa melihat sedikit pun wajah Idris yang sedang melutut.

"Salimah, Salimah!!!. Janganlah kau buat aku begini. Aku pohon" Ujar Idris sambil merangkak mengikuti Salimah yang menuju ke pintu.

"Aku jijik melihat mukamu lagi Idris. Selamat tinggal" Balas Salimah lalu melangkah keluar dari rumah itu.

***

Ohmy!!!!! First time buat cerita guna bahasa baku. Rasa macam hidup dekat masa lalu. Saya harap ramai puas hati dengan cerita ini. Hamba berangkat dahulu ya HAHAHAHAHAHAH

Dari hamba yang comel
Iessa🐝

Do vote and comments❤

Cinta Di 2 Dunia  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now