[08]

41 6 0
                                    

Flashback

"Iskandar? Apa sebenarnya hasrat kamu balik kampung ini?" Tanya atok yang sedang duduk di pangkin rumahnya.

"Is nak tenangkan diri" balas Iskandar lemah

"Tenangkan diri? Maksud kamu?"

"Mama tak izinkan Is kahwin dengan Alisya" balas Iskandar sambil memandang ke arah langit yang sudah gelap gelita itu.

"Hanya sebab mama kamu tak izinkan kamu kahwin. Kamu sampai datang sini. Kamu biar betul Iskandar" balas atok tidak percaya

"Betul atok. Is takut nanti Is buat mama kecewa kalau Is duduk lama-lama dekat sana"

"Kamu dah fikir betul-betul ke hasrat kamu tu?"

"Sudah. Is dah buat solat Istikharah lagi"

"Atok sarankan kamu bincanglah elok-elok dengan mama kamu tu. Hati wanita ini sangat lembut seperti kapas. Jangan sesekali buat dia sedih dengan perangai kamu Iskandar" nasihat atok setelah mendengar cerita Iskandar.

"Baik atok. Petang esok Is nak balik KL" kata Iskandar sambil menghadap atoknya

"Baguslah kalau macam itu. Kesian mama kamu tinggal seorang"

Sebaik sahaja matahari muncul  Iskandar segera pulang ke rumah ibunya yang terletak di KL. Dia hanya berhenti di RnR untuk solar dan mengisi minyak kerana dia merasa serba-salah. Kerana egonya, dia sanggup melukakan hati syurganya.

Sampai sahaja Iskandar di hadapan rumahnya, dia melihat mamanya yang sedang menyiram pokok bunga. Lalu dia segera keluar dari keretanya dan berlari memeluk mamanya dari belakang.

Puan Khadijah yang sedang khusyuk menyiram pokok bunga terkejut apabila dia tiba-tiba dipeluk dari belakang. 

"Allah, Iskandar. Kamu ini buat mama terkejutlah" kata Puan Khadijah lega selepas dia tahu itu anak bongsunya.

"Is minta maaf ma" kata Iskandar teresak-esak di belakang Puan Khadijah.

"Kenapa ini sayang?" keliru sebentar Puan Khadijah apabila anaknya tiba-tiba menangis.

Puan Khadijah segera memusingkan badannya ke arah Iskandar.

"Is banyak sangat buat mama susah hati dengan degil Is. I'm so sorry ma"
Kata Iskandar manja

"Tak apa mama tak kisahlah. Is baik dengan mama.  Mama tak pernah rasa menyesal lahirkan Is. Don't say like that. Mama always love you baby"

"Lagi satu, mama dalam perancangan nak minang Alisya untuk kamu ini" sambung Puan Khadijah sambil mengelap air mata Iskandar.

"Haaa. Mama biar betul. Mama tak main-mainkan?" kata Iskandar terkejut

"Iye, sayang lagipun mama fikir buat apa nak kisahkan sangat benda yang dah lepas. Yang penting masa hadapan kamu sahaja" kata Puan Khadijah sambil memegang pipi Iskandar.

"I can't wait to tell Alisya. Mama?  Can I call her for a while? "

"Go ahead"

Lantas laju sahaja kaki Iskandar ke arah keretanya lalu memakirkan di dalam rumah dan menelefon Alisya.

Iskandar berdebar-debar untuk telefon Alisya sedangkan semalam mereka ada berbual sebelum tidur.

"Hello?" panggil Alisya didalam telefon.

"Sayang! I ada benda nak cakap dekat U ini" kata Iskandar teruja sambil dilihat Puan Khadijah.

"Apa sayang?"

"Mama cakap dia nak merisik U" kata Iskandar semangat.

"Hello?"

"Sayang? Mana U? Kenapa diam" tanya Iskandar

"Are you crying baby? " tanya Iskandar perlahan

"Yelah mangkuk. Siapa je tak menangis!" marah Alisya teresak-esak.

"U bertenang nanti I panik. Mama cakap mungkin minggu depan dia datang rumah U" kata Iskandar ringkas

"Okay. I nak bagitau mummy I jab. Nanti kita call tau" balas Alisya

"Alright" balas Iskandar lalu memandang ke arah Puan Khadijah sambil mengucapkan terima kasih tanpa mengeluarkan bunyi dari mulutnya.

"Sama-sama" Puan Khadijah membalas ucapan Iskandar lalu melapangkan tangan supaya anaknya memeluknya. 

Iskandar berlari ke arah mamanya dengan gembira.

Dua beranak itu berpelukkan di tengah ruang tamu sambil disaksikan pembantu Puan Khadijah.

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

al-Isra’:23

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356-tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa

Vote&Comments🍒

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Di 2 Dunia  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now