0%

568 3 0
                                    

"Tengoklah tu, aku dengar dia tu anak orang kaya"


Jadi apa masalahnya kalau aku anak orang kaya? Duit ni duit bapak aku, bukan aku punya.


"Aku dengar bapak dia tu ada syarikat besar, Dato' lah katakan"


Gelaran tu sape-sape pun boleh ambil? Cuma nak ke tak nak je.


"Dia tu anak yang ke-5, so harta semua mesti dapat kat abang dengan kakak dia je"


Macam aku nak je harta tu, kalau diaorang nak, pergilah ambil!


"Tapi tak pe kan? Aku dengar dia dah bertunang dengan anak Tan Sri"


Sekurang-kurangnya Tan Sri lagi baik dengan aku, takdelah macam seseorang tu!


"Siapa nama tunangnya tu?"


Muhammad Rafie bin Tan Sri Abdullah Sani.


"Sedap namanya.."


Tak guna jugak kalau nama je yang sedap...













Aku harap aku boleh batalkan perkahwinan ni!

___________________________________


Nur Sarah Farhana merupakan seorang anak Dato' yang bijak dan rupawan orangnya, malangnya dia sudah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Rafie.


Anak kepada Tan Sri Abdullah.


Tidak seperti 2 orang kakaknya... Sarah menilai seseorang dari sikapnya, bukan duit sahaja!


Gadis berdarah campuran inggeris itu tidak berfikiran seperti kebanyakan orang yang taasub dengan mata wang ringgit.


"Benda yang ada kat dunia ni, tak boleh kita bawak bila dah mati nanti..."


Sarah tidak berkenan dengan duit dan harta di dunia... kalau ada je sikit lebihan tanggungannya, mesti dia akan bersedekah.


Tak sedekah... makanan. Tak makanan... sedekah.


Sebab itulah keluarga Sarah, ramai yang menentangnya tentang cara pemikirannya itu.


Hanya ibu dan bapanya sahaja yang tidak berkata apa-apa... itu pun sebab mereka sibuk dengan kerja.


Apalah nasib... dah kaya pun dapat keluarga yang macam ni.


Kemudian munculnya tunang gadis itu, Rafie.


Ingatkan kalau dah terima dugaan mendapat keluarga yang macam tu akan terlepas bila dah berkahwin... rupanya tak!


Walaupun sudah 5 bulan bertunang, baru Sarah dapat tahu akan perangai Rafie yang sebenarnya.


Rafie telah berlaku curang dengannya!


Dapatkah Sarah mengubah perangai bakal suaminya itu sebelum tarikh perkahwinan mereka yang berdurasi 3 bulan lagi?


Atau mungkinkah gadis itu akan membatalkan perkahwinannya kerana tidak mahu lelaki playboy itu menghancurkan hidupnya?






[Nafsu atau Hidayah]
--Coming Soon--

Nafsu Atau Hidayah? [Slow Updates]Where stories live. Discover now