1%

388 2 0
                                    

"Sarah, bangun sayang, Encik Rafie dah datang ni"

.


.


.

"Ya bik, saya dah lama bangun, jap eh~"


*Buka pintu*

Terlihatlah seorang gadis cantik bermata biru langit, bertudung labuh dan berbaju kemas dan tidak ketat di hadapan Mak Cik Limah, salah seorang daripada orang gaji yang paling dipercayai di rumah itu.

"Haa Sarah, Encik Rafie dah ada kat bawah 5 minit dah, adik beradik kamu langsung tak layan dia, baik kamu cepat"

Sarah hanya ketawa sinis mendengar kata-kata orang gajinya itu,
"Biarlah dia, saya nak tengok sekuat mana dia boleh tahan dengan abang dan kakak saya tu"

Mak Cik Limah menggelengkan kepalanya tetapi bibirnya tersenyum ke arah gadis muda itu,
"Suka hati kamu lah, Sarah. Jangan marah mak cik kalau tunang kamu lari~"

Usikkan orang tua itu diabaikan oleh Sarah,
'Kalau betul dia ni alim macam apa yang ibu dengan abah cakap, test dia sikit takpe lah kan?' fikirnya sambil tersenyum sinis.

Dengan langkah yang perlahan, gadis berdarah inggeris itu pergi untuk menyambut tunangnya.

Sementara itu...

Rafie merengus di dalam hatinya apabila percubaannya untuk berbual dengan bakal abang dan kakak iparnya gagal,
'Apalah sombong sangat diaorang ni?! Nasib bakal isteri aku tak macam adik-beradik dia!' fikirnya.

"Kak Sofea, suami akak mana ye?" Malangnya soalan itu diabaikan Sofea, kakak Sarah yang kedua.

Sarah mempunyai 4 adik-beradik iaitu:-

1) Safiyah
2) Hafiz
3) Sofea
4) Fariz

Sarah merupakan anak yang kelima dari Dato' Fahmi dan Datin Sasha.

Pada mulanya gadis itu rapat dengan ibu bapanya tetapi semua itu telah berubah apabila produk dari syarikat bapanya menjadi semakin terkenal.

Dato' Fahmi dan Datin Sasha memberikan tugas untuk menjaga Sarah kepada orang gaji mereka, Salimah.

Oleh sebab itu, Sarah yang berumur 5 tahun lebih rapat dengan orang gajinya sendiri sehingga kini.

Rafie agak marah apabila mengetahui hal ini, tapi... Sarah itu baru tunangnya sahaja, tak lebih daripada itu.

Tak lama kemudian setelah beberapa lagi soalan yang baru diabaikan oleh bakal abang dan kakak iparnya itu, Sarah pun turun untuk menyambutnya.

"Maaflah, kau tunggu lama ke?" soal gadis itu.

Rafie terpegun dengan kecantikkan bakal isterinya tidak boleh membuka mulutnya lalu memutuskan untuk mengangguk sahaja.

Pandangannya serta merta jatuh ke bawah, memandang lantai yang bersih dan sejuk itu.

Sarah hanya tersenyum, 'Pemalu rupanya...'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nafsu Atau Hidayah? [Slow Updates]Where stories live. Discover now