Ainul hanya menahan air mata daripada mengalir ke pipi. Jemari Rafael dicapai dan digenggam erat. Melihat keadaan Rafael hatinya sayu.
Rafael ditempatkan di wad ICU. Alat bantuan pernafasan yang menutupi separuh wajah Rafael masih tidak mampu mengurangkan kesakitan yang dilihat oleh Ainul. Kepala Rafael berbalut. Wajahnya bercalar-balar. Tangan kirinya patah. Kesan kecederaan itu juga menunjukkan kesan daripada terbakar.
"Ain tak sangka Allah beri petunjuk melalui mimpi."
Bunyi mesin denyutan jantung sahaja kedengaran.
"Ain selalu rasa tak sedap hati. Boleh dikatakan setiap hari fikirkan Abang."
"Jangan tinggalkan Ain..." esakannya terus terburai. Dia tidak mampu menahan kesedihan di hatinya apabila melihat Rafael terbaring kaku seperti ini.
Tangan kasar itu dikucupnya lembut.
"Ain rindukan Abang. Sangat-sangat."
Mata Ain terkatup rapat. Dia tidak sanggup membayangkan kehidupannya tanpa Rafael. Hadir Rafael dalam hidupnya memberi sejuta warna. Dia fikir kehidupannya sudah lengkap dengan kehadiran Rafael. Namun dia lupa, ujian Allah itu pelengkap kehidupan manusia. Kini itulah yang dia lalui. Melengkapi takdir yang Allah aturkan buatnya.
"Ain akan tetap tunggu Abang..."
💘💘💘💘💘
"Mama okay?" soal Ainul apabila dia duduk disebelah ibu mertuanya. Doktor Mariam hanya tersenyum tawar.
"Sepatutnya mama yang tanya menantu mama ni. Mama dah biasa dengan keadaan ni." ujar Doktor Mariam dalam senyum.
"Dah biasa?"
"Daripada Abi dulu mama dah rasa perasaan seperti Ainul. Perasaan takut kehilangan. Abi dulu pun seperti Mika. Join aktiviti kemanusiaan. Samalah dengan situasi sekarang. Abi terlantar di hospital kerana menyelamatkan orang."
Ainul hanya mendengar. Dia lihat wajah Doktor Mariam sarat menanggung keresahan.
"Dah biasa pun tetap rasa yang samakan?" Ainul terus melabuhkan kepalanya di bahu ibu mertuanya. Lengan itu didakapnya. Tidak mahu ibu mertuanya lihat dia lemah.
Doktor Mariam hanya senyum tawar. Ya, perasaan masih sama tidak kurang seperti dahulu. Malah lagi bertambah. Kerana kecederaan Rafael lebih teruk daripada abinya dahulu.
"Ainul kena kuat. Kuat untuk Rafael."
"Ainul tahu maa..." Air matanya kembali bertakung. Namun ditahan sedaya mungkin supaya tidak mengalir ke pipi.
"Kalau rasa lemah semangat kami ada dengan Ainul." Lengan menantunya diusap perlahan memberi semangat.
"Kalau kami masih tidak mampu menaikkan semangat Ainul. Cari Allah. Dia yang mampu mengurangkan rasa gelisah di hati kita. Mengadu pada Dia. Mungkin itu lebih memberi ketenangan pada diri Ainul."
"InsyaAllah maa... Ainul cuba untuk kuat."
"Maaf Ainul... belum habis fasa berbulan madu kamu dah hadapi ujian ini."
"Tak perlu mama minta maaf. Ini semua ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah perkara ni berlaku."
"Sabar ya Ainul. Mama tahu kamu boleh bertahan untuk Rafael."
YOU ARE READING
RAFAINUL💘 [COMPLETED]
RomanceAinul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja.. Tapi lama-lama dia jadi selesa sendiri. Kadang terdetik dalam hati nak berteman tapi selalu dia tep...