Bab 62

7.5K 247 31
                                    

Rafael hanya melihat Zaim yang sedang berjalan ke arahnya. Dari kaca itu dia dapat lihat wajah Zaim yang tidak terurus. Wajahnya ditumbuhi jambang-jambang yang tidak bercukur.

Wajah Zaim agak terkejut melihat dia yang sedang menanti di situ. Dia hanya beriak biasa.

Ganggang telefon dicapainya dan diletakkan di telinga.

"Kau?"

"Ya aku. Kenapa?"

"Kenapa? Ada apa-apa jadi pada Natalia ke?"

"Ha? Natalia? Apa kena mengena dengan aku datang?"

"Ouh tak apalah."

"Aku datang ni atas sebab isteri aku. Ainul Iftitah."

"Kenapa dengan Ifti? Dia marah aku ya?"

"Bukan."

"Habis tu?" Bingung Zaim dibuatnya. Rafael mengeluh.

"Dia minta aku sampaikan maaf dia pada kau. Dia minta maaf kalau dia ada salah cakap. Terkasar bahasa dengan kau. Dia minta halalkan makan minum yang kau pernah belanja dia dulu. Dia ucap terima kasih sebab pernah sayangkan dia. Dia minta maaf sebab dia tak dapat terima cinta kau sebab dia hanya untuk aku." Semuanya Rafael sebut. Rasanya tak ada yang tinggal.

"Kenapa dia tak datang sekali? Dia dah benci dengan aku ke?"

"Aiyy mamat ni. Ikutkan aku yang benci dengan kau."

"Aku minta maaf. Aku terlalu ikut emosi dulu. Aku sanggup nak bunuh kau demi nak dapatkan Ainul. Sekarang aku dah terima balasannya."

"Isteri aku dekat wad. Nak bersalin. Sebab tu dia minta aku jumpa kau."

"Ouh. Tahniah. Good luck untuk jaga anak-anak."

"Heh! Good luck untuk kau yang hidup dalam tu." Zaim hanya senyum tawar. Bila dia duduk dipenjara ini, dia mula dekatkan diri dengan Allah. Suasana penjara ini buat dia rasa takut. Rasa insaf.

"Kirim salam aku pada Ifti."

"Yalah."

"Sebelum tu Doktor Mika."

"Apa dia?"

"Aku minta maaf sangat-sangat dengan kau. Disebabkan aku, kau hilang ingatan. Kau lupa isteri kau. Kau lupa kenangan manis kau dengan Ifti. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku dah tak ada dendam dengan kau. Aku dah lama lepaskan Ifti untuk kau. Semua yang jadi ni khilaf aku."

"Yalah. Take care la duduk dalam tu."

"Thanks Doktor Mika. No wonder Ifti sayang kau sangat. Aku pernah tengok dia nangis depan wad kau. Banyak kali. Dia risau yang dia akan kehilangan kau. Tapi tak, kau tetap akan di sisi dia. Jaga dia elok-elok. Dia seorang perempuan yang sangat baik."

Rafael terdiam. Dia hanya lihat Zaim yang tersenyum ke arahnya. Pegawai penjara yang datang memberi tanda bahawa masa mereka sudah tamat.

"Aku letak dulu. Terima kasih Doktor Mika." Telefon itu sudah Zaim letak. Rafael hanya melihat Zaim yang menuju ke pintu besi itu. Perlahan dia letak telefon itu. Dia mengeluh perlahan.

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now